Jiwang Corner :)

Sabtu, 19 Julai 2014

@ Giant, Plentong

Bertemu kita pada 21 Ramadhan. Hari ini merupakan hujung minggu aku yang betul-betul santai. Mana tidaknya, seawal jam 8.30 pagi aku dah keluar rumah menuju ke Pasar Tani Larkin untuk mencari keperluan peribadi. Erm...nak raya nih mesti le cari baju, tudung dan selendang lah yea. Perempuan, oh, perempuan !

Ke Pasar Tani Larkin bersendirian tadi agak menghampakan. Aku pulang tanpa mendapat apa-apa hasil. Semuanya tidak menepati citarasa dan warna yang aku inginkan. So, kaki terus melangkah dan memandu ke Giant Plentong. Hah, kat sini aku dapat macam-macam. 

Hasil tinjau yang pertama ( after less RM145 )
Then aku ke Kedai Hiasan Dalaman Romantika untuk membeli bunga gantung. Sebenarnya dah lama aku nak memiliki bunga gantung di rumah. So, hari ini baru berkesempatan untuk membeli bunga dan pasu. Erm...nak menggubah pulaklah, yea !

Selesai pilih bunga aku ke Kedai Cosway untuk membeli keperluan peribadi. Hah, kelakarlah pulak sebab aku beli body trimmer. Konon le nak bersenam kat rumah, yea! Ahaks...Apapun aku akan usahakan almaklumlah, sedang dalam proses diet nih. So, takkan nak buat alat tu jadi perhiasan pula. Hehehe...

Allat ni berharga RM 28.90 jerk :) Total shopping at Cosway = RM95.00

Sebelum balik, sempat lagi aku singgah dan beli sepasang sandal di Kedai Kasut Amly ( RM49.99). Kat kedai kasut ni tadi aku agak terkilan dengan satu aksi begis seorang bapa kepada anak perempuannya. Masa aku masuk tu, si anak sedang mencuba kasut. So, aku pun skodeng le kasut-kasut yang ada kat situ. 
(Tak sangka ada plak sandal Dr Cardin kat situ). Dalam pada itu, si bapa yang berkopiah itu meninggikan suara kepada anaknya.

Bapa : Kasut tu boleh pakai ke tidak ?
Anak : ( muka takut )
Bapa : Boleh ke tidak !!!
Anak : Menganggukkan kepala.
Bapa : Nak cari kasut pun susah!

Bapa ke kaunter untuk membuat bayaran yang hampir dengan kedudukan aku. Aku pun naik seram. Macam ada hantu dalam badan dia. Kesian si anak sebab diperhatikan orang sekeliling. Aku turut simpati. Kemudian si bapa membuat bayaran harga kasut anaknya itu, RM70. 

Tidak lama kemudian, dia memberitahu kepada jurujual tentang saiz kasut tersebut. Aku tidak pasti apa yang dibicarakan coz tumpuan aku pada kasut yang sedang aku pilih. Tiba-tiba, " Nah, bawa sendiri kasut ni!" Bentak si bapa sambil membaling kotak kasut tersebut ke lantai dekat dengan anaknya. Dia terus berlalu meninggalkan anaknya. Sayu aku lihat akan wajah anaknya. 

Dalam fikiran, 

1) Si bapa tak sayangkan anak, ke? Kanak-kanak juga berhak membuat pilihan.
2) Mengapa wataknya tidak menggambarkan penampilannya yang berkopiah itu?
3) Ke mana isterinya pada waktu itu ?
4) Mengapa marahkan sangat anak perempuannya itu ? 
Wallahu alam...

Pengajaran : Allah bersama dengan orang-orang yang sabar.

Sabtu, 12 Julai 2014

Sajak : Tangisan Anak Gaza


Anak-anak Gaza,
Hujan air matamu itu,
Lali dalam kehidupan,
Mengiring ayah dan bondamu,
Yang pasti menantimu di syurgaNya.

Tabahlah, 
Kuatlah, dan
Senyumlah, 
Allah telah memilih mereka sebagai penghuni syurga,
Satu masa nanti pasti kau menemui mereka...

Airmata jatuh tanpa dibendung lagi,
Melihat rakaman gambar dan video,
Suara wanita yang tidak bermaya,
Jeritan si kecil yang tidak berdosa,
Ratapan si tua yang tidak terdaya,
Darah perwira tumpah melimpah...

Zionis itu takkan pernah puas menzalimi,
Bagaikan binatang buas yang lapar,
melapah manusia bernama Muslim,
Ya, Allah lindungi mereka....  
Allahu Akbar !



Selasa, 8 Julai 2014

Pink Day

Hari ini aku menggayakan shawl baharu aku dengan mood pinky. Hehehe...ramai yang memuji namun menerima pujian itu bukan satu tujuan aku. Bagi aku sesekali menggayakan pembaharuan dalam penampilan itu penting untuk menarik perhatian murid. Maklumlah bila ajar kelas belakang ni, kena pandai juga menarik perhatian mereka. Yeah, shawl dari NurJannah Collections menjadi koleksi aku. Online boleh, offline pun boleh :)


Seorang sahabat menegur tentang warna pemakaian. Rupa-rupanya warna untuk hari Selasa dalam Islam adalah warna pink. Memang sangat sesuai dengan aku le. Perkara ini sebenarnya pernah didedahkan. Bila kita tak praktikkan, maka ia semakin dilupakan. Insha Allah aku cuba praktikkan warna mengikut hari-hari ini.

Gambar hiasan seperti mana yang aku gayakan tadi. Selfie bukan cara aku coz aku
pemalu :))
                                                           
So, aku cuba tanya Pak Google tentang perkara ini. Maka, aku kongsikannya di sini :)


ISNIN = PUTIH

Warna putih merupakan warna yang merangsang kelenjar Pineal dan kelenjar Pitutary. Menurut teori warna putih ini, seseorang itu perlu mempunyai tidur yang cukup untuk menghadapi hari Isnin. Kerana tidur yang tak cukup akan membuatkan badan terasa lemah dan malas untuk berkerja atau ke kelas. Hari Isnin merupakan hari yang baik untuk pencetusan idea baru di mana kekuatan hari Isnin adalah lebih reatif dan efisyen.

Jika diperhatikan, pada hari Isnin juga, pohon bunga yang berwarna putih juga akan lebih mekar berbanding hari lain. Begitu juga jika ingin menanam pokot itu, pokok berbunga putih akan lebih sukar untuk hidup jika ditanam pada hari lain.

Bagi doktor dan pesakit pula, rawatan yang sesuai dijalankan pada hari ini adalah penyakit lemah semangat, kelesuan, tiada keyakinan diri, halusinasi, nyanyuk dan beberapa penyakit lain yang berkaitan dengan kelenjar Pitutary dan Pineal.

SELASA = PINK

Warna pink pula mempunyai perkaitan dengan bahagian Thalamus. Thalamus berperanan sebagai penjaga kasih sayang dan penghayatan. Hari ini juga merupakan hari yang paling sesuai untuk beremosi (bukan marah-marah ya), tapi untuk meluahkan perasaan kasih sayang. Hari ini juga sesuai untuk mengembara atau bermusafir ke destinasi yang jauh kerana jika berlaku kesesatan sekalipun, ianya dapat diimbangi dengan daya penghayatan yang tinggi pada hari ini.

Jadi, jika kalian memakai pakaian berwarna pink, kuasa pujukan juga akan bertambah kuat. Jangan pula pakai warna merah ya (maaf la kaum Adam sekalian ya hehe) kerana mereka yang dipujuk akan menentang semula.

Rawatan yang sesuai dijalankan pada hari ini adalah migrain, attention-deficit / hyperactivity disorder (kanak-kanak yang bermasalah) atau yang berkaitan dengan bahagian otak Thalamus.

RABU = BIRU

Untuk hari ini, ia merangsang kelenjar Tiroid dan mempunyai hubungan yang baik dengan muzik. Kalau ikut ilmu kedoktoran, pada hari ini, paras hormone thyroxine akan dirembes dalam kadar yang optimum menjadikan segala yang dihasratkan oleh hati dapat diluahkan dengan kata-kata secara lebih berkesan. Oleh itu, hari ini merupakan hari yang terbaik untuk berucap, bercakap, behujah, bersidang, berpidato dan apa-apa sahaja la ang berkaitan dengan ‘percakapan’.

Rujukan para doktor, hari ini kalian sesuai untuk merawat penyakit beguk, tongsel, kerongkong dan semua yang berkaitan dengan tiroid.

KHAMIS = KUNING / OREN

Warna kuning mampu merangsang sistem penghadaman, manakala warna oren adalah warna kesuburan. Pada hari ini, kalian tidak digalakkan untuk makan terlalu banyak pada waktu siang untuk bagi peluang kepada sistem penghadaman menjalankan fungsi dengan sepenuhnya. Maka, sistem penghadaman dapat menghadan segala sisa makanan dalam badan untuk menjadi zat dan tenaga. Pada hari ini juga, asid folik yang amat sukar untuk dihasilkan pada hari biasa tapi akan aktif pada hari ini...

Warna oren juga meransang sistem kesuburan lelaki dan wanita. Oleh itu, sesuai untuk pasangan suami isteri. Cuba kita pandang balik kepada ajaran Islam. Ada benarnya kan – subhanallah

JUMAAT = HIJAU

Warna hijau pula mempunyai tenaga yang baik terhadap jantung dan paru-paru. Pada hari Jumaat, klorofil juga akan aktif membebaskan oksigen. Maka, hari ini juga merupakan hari yang sesuai untuk menjalankan senaman pernafasan, bersenam dan beriadah. Biasanya, pada hari lain kita akan mudah terasa lemas jika berada dalam kesesakan orang ramai. Dan fungsi pernafasan yang baik pada hari ini membolehkan kita berhimpit-himpitan di dalam masjid untuk menunaikan solat Jumaat – bagus sekali kombinasi ini dengan Islam.

Hari ini merupakan hari yang sesuai untuk menjalankan rawatan kardiovaskular dan paru-paru kerana paras oksigen dalam atmosfera yang tinggi.

SABTU = MERAH

Mempunyai hubungan dengan usus, otot, darah, tulang dan saraf. Hari sabtu merupakan hari yang paling sesuai untuk bersosial dan menjalankan aktiviti lasak

AHAD = HITAM

Pada hari ini, zarah-zarah akan tertumpu kepada satu kawasan sahaja berbanding hari lain yang bergerak secara rawak. Dan gerakan zarah ini akan menyamai zarah dalam air walaupun ianya zarah dalam atmosfera. Maka, sepatutnya, warna pada hari ini adalah warna putih, namun menjadi hitam kerana pergerakan zarah yang menyamai sifat air.

Hari Ahad merupakan hari yang paling sesuai untuk beristirehat. Memandangkan penyerakan zarah yang tidak stabil, pemakaian warna hitam akan mengelakkan diri dari terdedah kepada gelombang asing

Ahad, 6 Julai 2014

Penyampaian Pin Calon Cemerlang dan Calon Harapan UPSR 2014

Ok, guys...Sambung lagi bicara untuk hari ini. So, saje aku nak kongsikan tentang salah satu aktiviti dalam Program Peningkatan Akademik tahun ini. Kiranya aktiviti ini kali pertama diadakan untuk tujuan memberi semangat kepada semua calon UPSR pada tahun ini - 293 calon.

Seramai 36 orang calon telah dikenalpasti dicalonkan sebagai calon cemerlang manakala 20 orang lagi dicalonkan sebagai calon harapan. Acara semat pin kepada calon cemerlang telah dijalankan lebih awal iaitu pada hari terbuka yang lalu. Pin tersebut  telah disematkan oleh ibu bapa mereka sendiri dalam satu program khas calon cemerlang. Jadi, aku ambil kesempatan dalam perhimpunan pagi tadi untuk menjemput Guru Besar untuk sdmatkan pin kepada calon harapan.

Mudah-mudahan program ini dapat memberi motivasi kepada semua calon terlibat agar menjadi lebih bersemangat untuk menuju ke puncak kecemerlangan. Tidak ketinggalan, calon-calon yang lain juga turut diberikan khidmat nasihat dan bimbingan dari semasa ke semasa. Beginilah keadaannya jika mempunyai calon yang ramai. Potensi gagal turut tinggi ditambah pula dengan sikap calon yang berpenyakit M.

Apapun, aku sentiasa mengharapkan hasil usaha semua guru tahun 6 akan membuahkan hasil dan menjelmakan keputusan peperiksaan yang unsangkarable. Mudah-mudahan keajaiban itu dapat mencipta sejarah sepanjang perkhidmatan aku di SKTM.


Pin ini aku tempah dari facebook melalui page AR MEDIA CREATIVE. Kosnya hanya RM2 seunit. 

Kunjungan SISC+ kali ke-2

Dah lama aku tak mencatat kat blog ni. Maklumlah nak menulis ni kena ambil masa yang santai dan tenang. Yang penting mood tu kena ada. So hari ini aku nak kongsikan apa yang aku dapat hasil kunjungan SISC+ Matematik yang membimbing aku.

Actually aku terkejut juga dia call aku masa waktu aku sedang mengajar untuk sampaj ke sekolah kira-kira 1/2 jam lagi. Mau berpeluh juga aku dengan apa yang diminta iaitu markah UPPM 2 mengikut individu mengikut kelas yang kita ajar. Mana tidaknya aku tak tulis lagi dalam buku RPH!

Nasib baik Encik Suhairi ni sangat memahami. Yelah, dia pun pernah mengajar di sekolah sebelum ni kan. So, aku legalah juga. Banyak perkara yang dibincangkan dengan kami berempat.  Memandangkan banyak kelemahan daripada kami, maka aku akui dan akur dengan kelebihan teknik dan strategi pengajaran guru dari sekolah-sekolah lain yang dapat dia kongsikan.

Antara ilmu yang dapat dikongsikan kepada kami adalah :

1) Kenalpasti markah murid mengikut jenis kertas iaitu K1 dan K2. Saring murid mengikut markah. Bimbing mereka cara belajar dalam kumpulan. Lantik guru muda dalam kumpulan tersebut.
2) Jawab latihan dalam akhbar Didik Berita Harian ( memang kami sedang gunakan dalam kelas )
3) Banding beza keputusan UPPM 2 dengan tahun sudah. Mencari punca kelemahan.
4) Kenalpasti murid near miss menguasai kerana gagal satu subjek jika ia subjek Matematik. Beri tumpuan kepada murid tersebut.
5) Kaedah nota poket. Kertas A4 dilipat menjadi buku 8 muka surat. Beri latihan sekurang-kurangnya 5 soalan pada setiap muka surat mengikut kategori soalan 1 markah, 2 markah atau 3 markah. Minta murid bawa nota/ soalan poket itu setiap hari. Boleh gunakan juga untuk menulis formula atau rumus pada nota poket itu ( elakkan murid bosan menjawab soalan dalam modul ).


So, kesimpulannya aku memang tabik spring kat SISC+ Matematik yang membimbing aku ni. Banyak idea dia dan sangat membantu kami dalam strategi pengajaran yang lebih berkesan. Insha Allah, beliau akan muncul pada sesi ke-3 selepas UPPM 3 nanti. Mudah-mudahan ada peningkatan dalam keputusan percubaan UPSR nanti. Amin...