Jiwang Corner :)

Khamis, 20 Mac 2014

Program Persediaan Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PPISMP) 2014

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mempelawa calon lulusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang berkelayakan, berpotensi, berminat dan beriltizam untuk mengikuti Program Persediaan Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PPISMP).

1.KETERANGAN PROGRAM   
1.1 Nama Program: Program Persediaan Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PPISMP) 
1.1.1 Program ini dikhususkan untuk melatih bakal guru di Institut Pendidikan Guru (IPG) yang ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia dalam pelbagai bidang pengkhususan bagi keperluan di sekolah rendah. 
1.1.2 Calon dikehendaki mengikuti PPISMP selama dua belas (12) bulan/dua (2) semester di IPG berkenaan yang ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia. 
1.1.3 Calon yang LULUS Program Persediaan Ijazah Sarjana Muda Perguruan akan diberikan Sijil Tamat PPISMP dan DITAWARKAN mengikuti pengajian Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP)selama empat (4) tahun/lapan (8) semester di IPG yang ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia. 
1.1.4 PPISMP dan PISMP dijalankan menggunakan Mod Sepenuh Masa.

2.SYARAT DAN KELAYAKAN ASAS   
2.1 Warganegara Malaysia.   
2.2 Umur tidak melebihi 20 tahun pada 30 Jun 2014 iaitu lahir pada atau selepas 30 Jun 1994.   
2.3 Calon mesti sihat tubuh badan.   
2.4 Calon mesti aktif dalam kegiatan kokurikulum.   
2.5 Calon mendapat gred cemerlang Makluman Gred cemerlang merangkumi gred A-, A dan A+ dalam mana-mana lima (5) mata pelajaran di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).    
2.6 Calon mesti mendapat sekurang-kurangnya gred kepujian dalam mata pelajaran yang berikut iaitu:
 i.Bahasa Melayu; dan
ii.Sejarah.  2.7Calon mestilah lulus Bahasa Inggeris.   2.8Calon memenuhi syarat bidang pengkhususan (Rujuk Syarat Bidang Pengkhususan dalam permohonan online). 

3.BIDANG PENGKHUSUSAN YANG DITAWARKAN:   3.1Sekolah Kebangsaan (SK)    3.1.1Bahasa Melayu3.1.11Pendidikan Muzik3.1.2Bahasa Inggeris
3.1.12 Pendidikan Pemulihan
3.1.3 Bahasa Arab
3.1.13 Pendidikan Khas
3.1.4 Bahasa Tamil
3.1.14 Pendidikan Awal Kanak-Kanak
3.1.5 Bahasa Cina
3.1.15 Sejarah
3.1.6Bahasa Iban
3.1.16Reka Bentuk dan Teknologi
3.1.7Bahasa Kadazandusun
3.1.17Matematik
3.1.8Pendidikan Jasmani
3.1.18Sains
3.1.9Pendidikan Islam
3.1.19Bimbingan dan Kaunseling
3.1.10Pendidikan Seni Visual     
3.2Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) 
3.2.1Bahasa Melayu 
3.2.9Pendidikan Khas
3.2.2Bahasa Inggeris
3.2.10Pendidikan Awal Kanak-Kanak
3.2.3Bahasa Cina
3.2.11Sejarah
3.2.4Pendidikan Jasmani
3.2.12Reka Bentuk dan Teknologi
3.2.5Pendidikan Islam
3.2.13Matematik
3.2.6Pendidikan Seni Visual
3.2.14Sains
3.2.7Pendidikan Muzik
3.2.15Bimbingan dan Kaunseling
3.2.8Pendidikan Pemulihan     
3.3Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT)    
3.3.1Bahasa Melayu
3.3.9Pendidikan Khas
3.3.2Bahasa Inggeris 
3.3.10Pendidikan Awal Kanak-Kanak
3.3.3Bahasa Tamil
3.3.11Sejarah
3.3.4Pendidikan Jasmani
3.3.12Reka Bentuk dan Teknologi
3.3.5Pendidikan Islam
3.3.13Matematik
3.3.6Pendidikan Seni Visual
3.3.14Sains
3.3.7Pendidikan Muzik
3.3.15Bimbingan dan Kaunseling
3.3.8Pendidikan Pemulihan          

CALON TIDAK LAYAK MEMOHON

1.Calon yang sedang mengikuti Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan atau Ijazah Sarjana Muda Pendidikan di institusi-institusi pendidikan Kementerian Pendidikan Malaysia.  
2.Calon yang dikenakan tindakan tatatertib atau sedang dalam proses tindakan tatatertib semasa dalam perkhidmatan awam atau latihan yang dianjurkan oleh agensi kerajaan.   
3.Calon yang pernah mengikuti program ikhtisas di Institut Pendidikan Guru, tetapi gagal dalam peperiksaan dan ditamatkan daripada program.   
4.Calon yang pernah atau sedang disabitkan dengan kesalahan penyalahgunaan dadah, jenayah atau tindakan mahkamah.           

CARA MEMOHON

1.Permohonan hanya boleh dibuat secara dalam talian (online dengan melayari laman sesawang Kementerian Pendidikan Malaysia di alamat : http://www.moe.gov.my mulai 10 Mac 2014.  
2.Permohonan calon akan ditapis berdasarkan syarat kelayakan dan kriteria yang telah ditetapkan oleh KPM. Calon yang terpilih mesti menduduki dan LULUS Ujian Kelayakan Calon Guru (UKCG) sebelum layak dipanggil temu duga  
3.Pemohon dinasihatkan melayari laman sesawang : http://www.moe.gov.my bagi mendapatkan maklumat iklan, Ujian KelayakanCalon Guru (UKCG), temu duga, bidang pengkhususan dan gred minimum serta kalendar aktiviti sebelum membuat permohonan.  
4.Calon dibenarkan mengemukakan SATU (1) permohonan dan boleh mengemaskini pada bila-bila masa sahaja.  
5.Permohonan hendaklah disahkan dan dihantar sebelum tarikh tutup permohonan. Permohonan yang berjaya dihantar akan menerima nombor rujukan sebagai pengesahan.   
6.Maklumat yang tidak benar dan tidak lengkap boleh mengakibatkan permohonan ditolak.      

PERINGATAN

Calon yang didapati memberi maklumat salah/tidak benar/manipulasi maklumat dalam borang permohonan akan diambil tindakan dengan menarik balik surat tawaran dan dikenakan tindakan undang-undang. Maklumat ini akan disemak secara terperinci pada hari pendaftaran dan selama tempoh pengajian.    

TARIKH TUTUP PERMOHONAN : 30 MAC 2014 (11:59 MALAM)       

Sila hubungi alamat berikut sekiranya ada sebarang pertanyaan berkaitan dengan permohonan :      

INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
ARAS 1, ENTERPRISE BUILDING 3, BLOK 2200
PERSIARAN APEC, CYBER 6,63000 CYBERJAYA 
(u.p: Unit Pengambilan Pelajar, Sektor Hal Ehwal Pelajar dan Hubungan Luar)
No. Telefon : 03-8312 6731/6720/6733/6769/6723

Sumber : http://apps.moe.gov.my/smg/02/020002/spcg/iklan_pismp.cfm

PROGRAM BURSARY PELAJAR CEMERLANG LEPASAN SPM 2013 (KPM) AMBILAN 2014

Bursary Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) adalah merupakan penajaan di peringkat persediaansebelum pelajar melanjutkan pengajian Ijazah Pertama dalam pelbagai bidang di universiti sama ada di dalam atau luar negara.

Bursary KPM ditawarkan secara automatik kepada pelajar-pelajar cemerlang lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) Tahun 2013 yang mendapat keputusan cemerlang 9A+ dan ke atas bagi mengikuti pengajian peringkat persediaan di dalam negara sahaja.


Program persediaan yang boleh diikuti pelajar seperti berikut:

Sijil Tinggi Persekolahan MalaysiaAsasi di IPTA  International Baccalaureate
Syarat-syarat penajaanMendapat 9A+ dan ke atas dalam peperiksaan SPM Tahun 2013;
Warganegara Malaysia; danUmur belum mencapai 18 tahun (19 tahun bagi pelajar peralihan) pada 31 Disember 2013.


Mengikuti salah satu program persediaan yang ditetapkan berikut:

Sijil Tinggi Persekolahan MalaysiaAsasi di IPTAInternational BaccalaureateMengikuti pengajian peringkat persediaan di Institusi Persediaan dalam negara yang telah ditetapkan oleh KPM sahaja.

Pelajar yang menerima Bursary KPM layak mendapat kemudahan dan elaun berikut:
Pembiayaan yuran pengajian di institusi persediaan; dan elaun Sara Hidup sebanyak RM430.00 sebulan.


SISTEM APLIKASI ONLINE BURSARY PELAJAR CEMERLANG LEPASAN SPM TAHUN 2013 KPM AMBILAN TAHUN 2014 AKAN DIBUKA PADA PUKUL 10 PAGI KEESOKAN HARINYA SELEPAS KEPUTUSAN PEPERIKSAAN SPM 2013 DIUMUMKAN.

Selasa, 18 Mac 2014

PMR diganti PT3

KENYATAAN MEDIA

YAB MENTERI PENDIDIKAN TAN SRI MUHYIDDIN MOHD YASSIN

MENGENAI PENAMBAHBAIKAN PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH (PBS)

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) amat prihatin terhadap isu pelaksanaan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) yang telah dibangkitkan oleh guru-guru.

PBS merupakan dasar yang melibatkan pentaksiran secara menyeluruh (holistik) terhadap pencapaian murid yang terangkum menerusi empat komponen pentaksiran iaitu Pentaksiran Sekolah (PS), Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum (PAJSK), Pentaksiran Psikometrik (PPsi) dan Pentaksiran Pusat (PP).

Selain itu PBS merupakan sistem pentaksiran yang akan digunakan bagi menjamin pencapaian seseorang murid supaya tidak lagi dinilai berasaskan peperiksaan semata-mata.

Jemaah Menteri pada Disember 17, 2010 telah bersetuju supaya PBS dilaksanakan sebagai sebahagian daripada program transformasi pendidikan. Pengoperasian PBS mula dilaksanakan di sekolah rendah  pada sesi persekolahan tahun 2011 dan sekolah menengah  pada sesi persekolahan tahun 2012.

Walaubagaimanapun, pada 11 Februari tahun ini, KPM telah membuat keputusan untuk menangguhkan PBS dan mengkaji semula pelaksanaannya.


Ini adalah kerana guru-guru  menyatakan bahawa mereka  dibebankan dengan kesibukan mengisi dan merekodkan penilaian pelajar ke dalam sistem komputer berpusat yang menjadi bebanan kepada mereka, manakala ibubapa pula tidak pasti bagaimana murid dinilai terutama pelajar tingkatan 3 tahun ini yang merupakan kohort pertama melalui PBS.

Penangguhan ini adalah untuk mengenalpasti permasalahan yang ditimbulkan ekoran daripada rungutan guru-guru dan ibu-bapa dan mengambil langkah-langkah yang perlu dan segera dalam penambahbaikan PBS.

Ekoran dari kajian semula PBS, KPM telah mengambil langkah proaktif dengan mengadakan beberapa siri perbincangan dan pertemuan dengan kesatuan-kesatuan guru serta beberapa kelompok guru-guru  untuk mendapatkan maklum balas dan membantu dalam memberi input kepada penambahbaikan PBS.



Isu-isu pelaksanaan PBS

Berdasarkan kajian KPM dan input daripada guru-guru dan kesatuan-kesatuan guru, didapati terdapat tiga isu utama  berkaitan perlaksanaan pentaksiran sekolah.



Pertama, ialah penggunaan Dokumen Standard Prestasi (DSP) yang menyebabkan guru terikat dengan bilangan pernyataan deskriptor dan pernyataan evidens yang banyak.  

Bagi menangani isu ini, KPM telah menetapkan DSP dipermudahkan menjadi Panduan Perkembangan Pembelajaran Murid.

Guru mengajar menggunakan kurikulum kebangsaan yang dibangunkan berdasarkan tema, tajuk atau kemahiran mata pelajaran yang perlu dikuasai oleh murid. Guru seterusnya mentaksir perkembangan pembelajaran murid berdasarkan pemerhatian dan penilaian mereka sendiri dengan merujuk kepada Panduan Perkembangan Pembelajaran Murid tersebut.

Guru boleh merekodkan tahap penguasaan murid mengikut kesesuaian masa dan kaedah mereka sendiri. Perekodan ini menggambarkan perkembangan pembelajaran murid semasa proses pengajaran dan pembelajaran yang boleh dimaklumkan kepada ibu bapa. Dengan yang demikian, guru tidak lagi dibebankan dengan pengumpulan data dan evidens hasil kerja murid melalui pernyataan evidens yang terlalu kompleks.

Bagi ibu bapa yang ingin mengetahui tahap pencapaian anak-anak mereka, pihak sekolah boleh menyediakan pelaporan pencapaian dengan mengadakan ujian bulanan, peperiksaan pertengahan tahun atau peperiksaan akhir tahun sekolah.



LAMPIRAN 1 DAN LAMPIRAN 2

Isu kedua ialah pengurusan fail yang rencam meliputi Fail Perkembangan Murid (FPM) dan Rekod Transit.

Bagi menangani masalah ini, guru tidak perlu lagi menyediakan FPM dan melengkapkan Rekod Transit. Perekodan perkembangan pembelajaran murid boleh dilakukan mengikut kesesuaian masa guru.



LAMPIRAN 3

Ketiga, perekodan prestasi murid melalui Sistem Pengurusan PBS (SPPBS) secara atas talian (online) yang sukar diakses dan memakan masa yang lama.



Oleh kerana bilangan pernyataan deskriptor dan evidens telah dikurangkan, secara otomatik guru-guru tidak akan dibebankan dengan kesibukan mengisi dan merekodkan penilaian pelajar ke dalam sistem komputer berpusat.  

Bagi memastikan guru memberi fokus terhadap pengajaran dan pembelajaran, guru tidak perlu lagi mengisi data penguasaan murid menerusi SPPBS secara online seperti sebelum ini. Guru boleh merekodkan perkembangan pembelajaran murid secara offline.

Menerusi PBS juga, peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) di Tingkatan 3 akan digantikan dengan Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3). Ini bermakna tiada peperiksaan berpusat untuk pelajar Tingkatan 3 yang akan dilaksanakan di peringkat sekolah.

PT3 bagi mata pelajaran Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris akan dilaksanakan dengan menggunakan instrumen pentaksiran ujian bertulis dan ujian lisan. Manakala mata pelajaran Science, Mathematics, Pendidikan Islam, Kemahiran Hidup, Bahasa Arab, Bahasa Cina, Bahasa Tamil, Bahasa Iban dan Bahasa Kadazandusun akan menggunakan instrumen pentaksiran ujian bertulis sahaja. Mata pelajaran Sejarah dan Geografi pula akan ditaksir menggunakan pelbagai instrumen seperti tugasan bertulis (assignment), ujian amali (practical test), projek, kajian lapangan (field study) atau kajian kes (case study).

Melalui PT3, pihak sekolah akan mentadbir, mentaksir dan memberi skor terhadap pentaksiran tersebut berpandukan instrumen dan panduan peraturan penskoran yang setara (standardised) yang disediakan oleh pihak Lembaga Peperiksaan (LP). LP dan pentaksir luar yang dilantik oleh LP akan melaksanakan moderasi dan verifikasi sebelum pelaporan dikeluarkan.

Moderasi ialah suatu proses menyelaras markah yang diberi oleh beberapa orang pemeriksa ke atas hasil kerja murid bagi mendapatkan satu markah yang dipersetujui bersama. Persetujuan ini adalah berdasarkan peraturan pemarkahan yang disediakan dan merupakan prosedur untuk memastikan ketekalan (konsistensi) pemberian markah antara pemeriksa. Verifikasi pula ialah proses menentusahkan markah yang diperoleh murid adalah markah yang selayaknya diterima.



LAMPIRAN 4

PT3 ini juga akan digunakan sebagai asas untuk menentukan kemasukan murid-murid ke tingkatan 4 sama ada di Sekolah Berasrama Penuh (SBP), Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA), Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) termasuk Sekolah Menengah Teknik (SMT) dan Kolej Vokasional. Di samping PT3, kemasukan ke sekolah-sekolah tersebut juga menggunakan Ujian Psikometrik bagi memastikan pemilihan dan penempatan murid bersesuaian dengan kemampuan dan minat mereka.



LAMPIRAN 5

Untuk memastikan PBS yand telah di tambahbaik ini dapat dilaksanakan dengan berkesan dan seperti yang dihasratkan, KPM akan mengadakan taklimat secara terperinci tentang konsep dan pelaksanaannya kepada pegawai-pegawai di Jabatan Pendidikan Negeri, Pejabat Pendidikan Daerah, pentadbir dan guru-guru.

Latihan adalah satu aspek utama dalam memastikan guru dapat melaksanakan pentaksiran. Oleh itu, KPM akan berusaha mengadakan latihan supaya guru memahami konsep pentaksiran dan mengamalkannya dalam proses pengajaran dan pembelajaran.  Selain daripada itu, KPM juga akan mengadakan latihan bagi meningkatkan kemahiran guru memeriksa jawapan murid.

Penambahbaikan PBS akan di laksanakan mulai April 1.


Sabtu, 15 Mac 2014

Teks Perhimpunan Bulanan Uniform Tunas Puteri 2

Ini aku kongsikan pula teks pengerusi majlis untuk perhimpunan bulanan kami yang akan di adakan pada hari Rabu 19 Mac 2014 nanti. Jika rakan-rakan guru ada yang lebih baik untuk dikongsikan, boleh lah kongsi sama :)

Perhatian...

1)      Diminta semua guru mengambil tempat masing-masing.
2)      Semua murid diminta bersedia kerana perhimpunan akan dijalankan sebentar lagi

Komendan bagi arahan sedia kepada semua murid

Baris, baris sedia
Baris, senang diri,
Baris, rehatkan diri,
Baris, ke kanan lurus
Pandang..depan

3)      Yang berusaha, Tn Syed Sulaiman bin Ariffin, Guru Besar SK Taman Molek, Pn Rosni binti Gani, PK Pentadbiran, Pn Soh Rosie, PK Hal Ehwal Murid, Pn Hjh Rokiah binti Md Isa, PK Kokurikulum, guru-guru serta rakan-rakan sekalian. Assalammualaikum dan selamat sejahtera.

4)      Bersyukur kita kehadrat Ilahi kerana masih dapat bertemu pada pagi ini. Walaupun negara dalam keadaan kesulitan dengan fenomena kemarau, jerebu dan kehilangan MH370, kita masih mampu berdiri di sini dengan aman. Mudah-mudahan setiap apa yang kita usahakan dipermudahkan oleh Allah.

5)      Bagi memberkati majlis perhimpunan kita pada pagi ini, dijemput  Ammar Ridhauddin untuk membacakan doa. Dipersilakan.

6)      Seterusnya majlis diteruskan dengan nyanyian Lagu Bangsa Johor dan lagu sekolah Ke Puncak Jaya. Semua hadirin diminta berdiri tegak dan tangan di sisi.

LAGU BANGSA JOHOR
LAGU SEKOLAH

7)    Majlis diteruskan dengan bacaar ikrar pelajar. Dijemput Siti Hazwany binti Zaini untuk mengetuai bacaan ikrar.

      RUKUN NEGARA
      IKRAR PANDU PUTERI  TUNAS

            Kem Kom beri arahan kepada semua
            – baris, senang..... diri


Semua kumpulan bunga naik atas pentas

Komander bagi arahan
                                                                                                                              
Baris, baris sedia
Baris, senang diri,
Baris, rehatkan diri,
Baris, ke kanan lurus
Pandang..depan
Dari...kanan, nombor
Hentak kaki dengan nombor, dari kiri hentak...

Nyanyi Lagu Dunia

Setiap kumpulan nyanyikan lagu kumpulan masing-masing dalam bulatan
kecil.

Memperkenalkan diri, kami kumpulan .......................

-kesidang
-melur
-cempaka
-teratai
-siantan
-kenanga

Nyanyi lagu

Di Sini Suka Di sana Suka
Ini Tari Pandu


8)      Terima kasih atas persembahan daripada kumpulan uniform Pandu Puteri Tunas sebentar tadi. Diharap semua hadirin terhibur.

9)      Majlis diteruskan dengan menjemput ketua guru yang bertugas pada minggu lepas untuk membuat laporan. Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan Cikgu .........................

10)  Majlis mengucapkan terima kasih kepada Cikgu .................................. atas laporan itu tadi. Semoga setiap teguran dan kata nasihat yang disampaikan tadi memberi kesan kepada kita semua.

11)  Seterusnya dijemput Yang Berusaha / Yang Dihormati ....................................................... Guru Besar / Penolong Kanan Kokurikulum untuk menyampaikan ucapan. Dengan segala hormatnya dipersilakan.

12)  Terima kasih, tuan/puan atas ucapan sebentar tadi. Diharap setiap kata dalam ucapan tadi memberi pengajaran yang manfaat buat kita semua.

13)  Sebelum bersurai, diminta semua hadirin berdiri tegak dan bersedia untuk sama-sama menyanyikan lagu Negaraku.

14)  Akhir sekali, dijemput ......................................................... untuk mengetuai bacaan tasbih kifarah dan surah Al-Asr.

15)        Puan Rozita berkebaya merah,
            Lenggang lenggok meniti titi,
            Kalau ada silap dan salah,
            Jangan disimpan di dalam hati.

16)  Sekian, wabilah hi taufik wal hidayah, wassalammualaikum warah matullahi wabarakatuh








Teks Perhimpuan Bulanan Kokurikulum Tunas Puteri 1

Hari ini aku nak kongsikan teks perhimpunan bulanan Kokurikulum unit Pandu Puteri Tunas. Teks ini sebenarnya aku gunakan pada tahun lepas. Persembahan kokurikulum ini sebenarnya berlaku mengikut giliran unit masing-masing. So, sebagai ketua pemimpin akulah yang bertanggungjawab nak urus perjalanan persembahan ni. Mujurlah, rakan-rakan banyak membantu.


Pemasangan khemah dan backdrop banyak diusahakan oleh guru-guru sesi petang. Kami guru-guru sesi pagi uruskan persembahan. Masa yang singkat membataskan aksi yang cemerlang tapi tetap bersyukur.



Ralat tahun lepas :
1) Tak dapat sediakan doa pada masa yang ditetapkan
2) Lagu rasmi perhimpunan tiada dalam simpanan


Harapan untuk mendapat persembahan tebaik unit uniform terpaksa dikuburkan. Namun aku puas hati sebab ramai yang memuji persembahan daripada unit Pandu Puteri Tunas. Lain daripada yang lain. Suasana perkhemahan, gitu. 

Teringat juga komen daripada PK Koko, " Sayangnya awak tak bersedia 100%. Kalau tidak, saya memang nampak unit awak yang akan menang." Aku tersenyum redha. " Takda rezeki, puan. Latihan saat akhir. Bertindih pula dengan aktiviti lepas UPSR," jawab aku. Huhuhu...

,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,

Perhatian...

1)      Diminta semua guru mengambil tempat masing-masing.
2)      Semua murid diminta bersedia kerana perhimpunan akan dijalankan sebentar lagi

........kem komendan bagi arahan sedia kepada semua murid..........
........bunyi ayam hutan kokok diiringi bunyi unggas dalam hutan....
( pukul 5.30 pagi )
........kem kom tiup wisel, bagi arahan bersiap .....................
.......murid keluar dr khemah, bersiap........

LAGU DI SINI KITA BERKUMPUL

.......kem kom bagi arahan senaman pagi.......
.......senarobik........


Peserta senamrobik turun
Peserta koir naik

Kem kom – arahan kawat kaki

3)      Bagi memberkati majlis perhimpunan kita pada pagi ini, dijemput ........................................... untuk membacakan doa. Dipersilakan.
4)      Seterusnya majlis diteruskan dengan nyanyian Lagu Bangsa Johor dan lagu sekolah. Semua hadirin diminta berdiri tegak dan tangan di sisi.

LAGU BANGSA JOHOR
LAGU SEKOLAH

5)    Majlis diteruskan dengan bacaar ikrar pelajar. Dijemput Yasmin Batrisya untuk mengetuai bacaan ikrar.

RUKUN NEGARA
IKRAR PANDU PUTERI  TUNAS

Kem Kom beri arahan kepada semua – arahan senang diri
Kem kom beri arahan sedia untuk persembahan

LAGU UNDANG-UNDANG TUNAS PUTERI
LAGU SAYONARA

Kumpulan koir turun

6)      Terima kasih atas persembahan daripada kumpulan uniform Pandu Puteri Tunas sebentar tadi. Diharap semua hadirin terhibur.

7)      Majlis diteruskan dengan menjemput ketua guru yang bertugas pada minggu lepas untuk membuat laporan. Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan Cikgu .........................

8)      Majlis mengucapkan terima kasih kepada Cikgu .................................. atas laporan itu tadi. Semoga setiap teguran dan kata nasihat yang disampaikan tadi member kesan kepada kita semua.

9)      Seterusnya dijemput Yang Berusaha / Yang Dihormati ....................................................... Guru Besar / Penolong Kanan Kokurikulum untuk menyampaikan ucapan. Dengan segala hormatnya dipersilakan.

10)  Terima kasih, tuan/puan atas ucapan sebentar tadi. Diharap setiap kata dalam ucapan tadi memberi pengajaran dan manfaat buat kita semua.

11)  Sebelum bersurai, diminta semua hadirin berdiri tegak dan bersedia untuk sama-sama menyanyikan lagu Negaraku.

12)  Akhir sekali, dijemput ......................................................... untuk mengetuai bacaan tasbih kifarah dan surah Al-Asr.

13)   Cik Rozita berkebaya merah,
        Lenggang lenggok meniti titi,
        Kalau ada silap dan salah,
        Jangan disimpan di dalam hati.

14)  Sekian, wabilah hi taufik wal hidayah, wassalammualaikum warah matullahi wabarakatuh


Khamis, 13 Mac 2014

SISC+ dan Aku

Semalam jurulatih SISC+ berkunjung ke sekolah aku. Jurulatih SISC+ ini merupakan perjawatan baharu di PPD. Aku mulanya tak faham juga tapi bila sudah diterangkan, barulah aku faham objektif mereka.


So, jurulatih yang datang ke sekolah aku berfokus kepada subjek BM dan Matematik. Kenapa dia nak datang ke sekolah aku bukan sekolah hebat yang lain? Rupanya tugas mereka adalah membantu guru dalam meningkatkan prestasi akademik. Maklumlah impak peratus daerah dalam UPSR nanti sedikit sebanyak akan mempengaruhi kedudukan daerah mengikut negeri. Bilangan calon seramai  293 orang sangat mencemaskan. GPS perlu ditingkatkan. InsyaAllah aku cuba yang terbaik lantas merelakan diri menjadi mentee mereka.


So kat bawah ni aku kongsikan serba sedikit maklumat tentang SISC+  ( School Improvment Specialist Coaches  bukan Suka Intip Salah Cikgu, yea )

 Apa itu SISC+? School Improvment Specialist Coaches +

Program SISC ataupun dikenali sebagai Jurulatih Pakar Pembangunan Sekolah (School Improvement Specialist Coaches) telah dimulakan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia sejak awal tahun 2011 di bawah inisiatif sub NKRA GTP 1.0. Guru-guru yang telah dilantik sebagai Pegawai SISC+ ini akan mendapat latihan berterusan dalam memantapkan lagi ilmu pedagogi dan kurikulum. Mereka ini ditugaskan memantau dan membimbing guru-guru di sekolah-sekolah (khususnya sekolah berprestasi rendah) iaitu dalam band 6 dan 7.

Apa perbezaan SISC dan SISC+?

Rentetan daripada kejayaan program SISC di bawah GTP 1.0, kelangsungan bidang keberhasilan utama NKRA diteruskan di bawah GTP 2.0 dan jawatan SISC+ diperkenalkan secara sepenuh masa dan bertugas di Pejabat Pelajaran Daerah, dengan 2 negeri rintis telah pun berjalan sepenuhnya di Kedah dan Sabah pada tahun 2013. Menjelang 2014, program ini akan dilaksanakan sepenuhnya di seluruh negara.


Bagaimana SISC+ dapat menjadi agen mengupaya JPN dan PPD?

Kewujudan jawatan ini juga adalah di bawah anjakan ke 6 Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 iaitu Mengupaya JPN dan PPD. Guru-guru yang terpilih akan ditempatkan sepenuh masa di PPD, tetapi tidak akan terlibat langsung dengan pengurusan PPD. SISC+ ini akan memantau sekolah di bawah jagaan nya 4 hari untuk seminggu. Manakala 1 hari lagi diperuntukkan untuk berada di pejabat, membuat laporan dan juga bermesyuarat. Buat sementara waktu ini, SISC+ ini hanya dibuka untuk 3 subjek teras sahaja, iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan Matematik. Bidang tugas mereka adalah untuk membimbing guru dalam aspek pedagogi, PBS, KSSR dan sebagai penghubung terus pihak Kementerian dengan sekolah.


Isnin, 10 Mac 2014

Program Kecemerlangan UPSR 2014

Hari ni aku nak kongsikan beberapa program yang akan dijalankan khas untuk calon UPSR tahun ni.   Jenuh juga nak fikirkan program untuk mereka. Maklumlah calon UPSR aku tahun ini ialah 293 orang.





So, harap-harap program yang dirancang ini dapat membantu prestasi akademik mereka. InsyaAllah...So kawan-kawan guru yang mungkin ada program yang baik untuk dikongsikan, saya amat mengalu-alukan :)

1.  Program Motivasi Ibu Bapa “ Anakku Temanku
2.  Program Menggapai Bintang
3.  Program Motivasi Mencetus Kesedaran Kendiri
4.  Program Anakku Sayang Perjumpaan Khas Ibu Bapa Murid Cemerlang 
5.  Program Penggunaan Zoom A
6.  Kem Akademik  21 – 22 Feb (Kelompok Cemerlang), 25 – 26 April (Kelompok GALUS), 
     20 – 21 Jun (Kelompok Hard Core)
7.  Klinik Kecemerlangan UPSR
     ( Teknik Menjawab Soalan subjek UPSR )
8.  Program Jalinan Kasih Mentor Mentee
9.  Program Modulku Sayang
10.Buku Soalan UPSR
11.Solat Hajat
12.Kelas Tambahan Hari Jumaat dan Cuti Sekolah
13. Program Gerak Gempur
14. Penggunaan Akhbar Didik Berita Harian
15. Bacaan Yaasin setiap Khamis
16. Hari Pemuafakatan Pelanggan
17. Audit Akademik dari semasa ke semasa

Ahad, 2 Mac 2014

Anak buah ke 5

Syukur dengan kelahiran anak buah lelaki pertama nih. Muhammad Ammar Darwisyh nama diberi. Diam tak diam dah masuk lima bulan. Apa yang seronoknya dia dah pandai senyum. Badan plak semakin bulat.
Bulan ni pula menunggu kelahiran anak buah ke 6. InsyaAllah akan lahir baby lelaki juga. Hehehe...