Sejak minggu lepas kepala ni berserabut dengan pendaftaran UPSR. Maklumlah bidang tugas baru bagi aku. Tersalah pula daftar No Sekolah. Hiksh...Mulalah migrain datang tanpa diundang. Nasib baik Encik Azuden PPD dapat selesaikan walaupun aku terpaksa tunggu keesokan harinya. Huhuhu....
Telefon bimbit pula berdering-dering. Alkisahnya murid aku yang dah berpindah ke sekolah lain telah didaftarkan di sekolah aku untuk menjawab UPSR. Macamni rupanya kerja SUP UPSR. Alhamdulillah, semuanya dapat diselesaikan segera. Mujurlah tab 3 aku ni banyak membantu. Memang tak rugi aku memilikinya. Thanks to U Mobile too. Walaupun dapat amaran penggunaan data, tapi aku still boleh daftarkan murid2 aku.
Dengan calon 292 orang, ia sedikit sebanyak menganggu emosi aku. Takut2 semakin ramai calon, semakin banyak pula kesalahan menaip yang dilakukan.
Semalam seharian aku mengemaskini maklumat calon. - B tukarkan jadi BIN - kesilapan no KP - kesilapan ejaan nama terutamanya MUHAMMAD atau MOHAMAD -
Masa dah singkat. Tarikh akhir pengesahan adalah 28 Februari. Menjana angka giliran masih belum dijalankan. Grrrr...Harap-harap semakan kali kedua dapat diselesaikan segera. Sob....sob....sob....
Jiwang Corner :)
Sabtu, 22 Februari 2014
Pendaftaran UPSR
Isnin, 10 Februari 2014
Sistem Pengurusan Sekolah ( SPS )
Sejak dua minggu ni semua guru kelas sibuk mendaftarkan murid dalam kelas masing-masing dalam Sistem Pengurusan Murid - https://sps.1bestarinet.net/SPS/cms_sps/login.jsp. Tahun ini aku tidak lagi menjadi guru kelas. Nampaknya aku terlepas lah. Namun, aku telah dilantik membantu guru kelas 6X untuk membuat kerja-kerja pengurusan. Dalam masa yang sama, aku turut terlibat dalam jawatankuasa SPS ni. Wakaka....
So, aku sempat membantu guru kelas tersebut mendaftarkan 20 orang murid dari kelasnya. Sebenarnya kerja mendaftar murid dalam sistem ni adalah kerja berulang. Mananya tidaknya, awal tahun haritu kena daftarkan dalam Aplikasi Pangkalan Data Murid ( APDM ) - http://apdm.moe.gov.my, kemudian Sistem Maklumat Murid secara manual pula. Huhuhuhu....
Sekolah-sekolah lain macamana yea? Mungkin dah lama siap atau masih tak gerak lagi? Ada juga link yang mungkin membantu guru-guru untuk import data data SMM ke SPS ini, namun admin sekolah saya tidak menggalakkannya. Ini mungkin disebabkan untuk mengelakkan masalah atau ralat timbul pada kemudian hari.
Apapun, moga apa yang cuba dilaksanakan oleh KPM ini membawa manfaat sepenuhnya kepada semua pihak.
Ahad, 9 Februari 2014
Singgah marah ?
Selesai sesi persekolahan tadi aku ke pejabat untuk mencetak post moterm UPSR 2013 peringkat daerah Pasir Gudang. Semua staf pentadbiran mula keluar rehat. So keseoranganlah aku. Sedang aku mengedit sebeljm mencetak, tetiba kedengaran suara lelaki memberi salam. Aku menjawab lalu memdapatkan lelaki tersebut.
Tetiba dia mula marahkan anaknya. Kelihatan anaknya dalam keadaan takut. Rupanya bapa murid itu nak berjumpa dengan guru besar. Alkisah anaknya dipukul semasa di dalam kelas tadi. Aku mula panik untuk selesaikan kes tersebut tambahan pula aku keseorangan. Bapanya menunjukkan kesan luka dan lebam pada bahagian muka anaknya. Aduhhh....
Aku mula bersoal jawab dengan murid tersebut. Kemudian aku hubungi guru besar lantas mendapatkan bantuan daripada penolong kanan petang. Kaunselor turut ambil perhatian. Alhamdulillah keadaan yang tegang mula reda. Kes akan disambung disiasat pada hari esok.
Sabtu, 8 Februari 2014
Isu PBS : Bersabarlah guru...
SHAH ALAM – Ekoran mendapat pelbagai bantahan terhadap sistem Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS), Menteri Pendidikan II, Datuk Seri Idris Jusoh meminta guru-guru bersabar dan tidak gopoh.
Beliau turut meminta para guru memberikan masa kepada Kementerian Pendidikan untuk melaksanakan sistem yang telah ditambah baik itu.
“Sabarlah. Saya rasa tak perlu (demonstrasi)....tak perlu. Apa masalahnya? Beritahu kepada kita apa masalahnya. Kerana ini sistem yang dikehendaki.
“Yang buat itu (sistem) bukan Idris Jusoh. Yang buat itu profesor, doktor...pakar-pakar. Kita harap jangan gopoh, beri masa kepada kementerian untuk melaksanakannya.
“Kalau ada yang tak kena, beritahu apa yang tak kenanya. Kita perbaiki. Yang tak faham, beritahu kita apa yang tak faham. Kita duduk semeja, kita selesaikan masalah itu,” katanya kepada media ketika ditemui selepas merasmikan Karnival Karangkraf 2014, semalam.
Terbaru, guru-guru merancang untuk mengadakan bantahan di Putrajaya bagi menzahirkan rasa tidak puas hati terhadap sistem PBS.
Ketika ditanya tentang perkembangan proses menambah baik Sistem Pengurusan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (SPPBS) yang dijalankan sejak November lalu, Idris memberitahu tambah baik itu melibatkan penambahan server serta migrasi data.
“Di kementerian sekarang, kita sedang naik taraf sistem dengan penambahan server, integrasi sistem, penggunaan platform yang baru dan migrasi data. Kita harap apabila sistem ini dibuka pada 1 April nanti, kita tidak lagi mempunyai masalah sistem.
“Kita harap bersabar kerana ada yang mula marah pada pelaksanaan sistem ini. Kita buat perubahan, dalam membuat perubahan itu memang ada perkara yang tidak difahami oleh guru. Mungkin kerana komunikasi, masalah sistem yang ‘jammed’,” katanya.
Tambah Idris lagi, menjelang 1 April nanti semua pihak terlibat dapat melihat satu sistem yang lebih baik dalam pendidikan negara.
“Jadi, kita harap bukan hanya kita memastikan beban guru dan elemen-elemen yang perlu dimasukkan itu dikurangkan, tetapi juga bagi memastikan guru-guru tidak rasa terbeban dengan sistem integrasinya.
“Insya-ALLAH, kita akan melihat satu sistem yang lebih baik dan membantu meringankan beban guru melalui sistem lengkap dan mantap,” katanya.
Katanya lagi, beliau menyerahkan kepada Ketua Pengarah Pendidikan bagi menangani soal guru-guru yang merancang untuk mengadakan bantahan.
“Saya serah kepada Ketua Pengarah. Guru-guru di bawah Ketua Pengarah, jika ada masalah boleh beritahu kepada Lembaga Peperiksaan, Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia...apa sebenarnya masalah. Kita akan cuba mengatasi masalah-masalah tersebut dari masa ke masa.
“Jika ada lagi yang perlu diambil tindakan oleh kementerian, kita sedia menerima. Jadi, ia merupakan satu sistem yang lebih baik,” katanya.
- Sinar Harian -
Jumaat, 7 Februari 2014
Insurans Kenderaan Naik 15%
Akhirnya berita yang di tunggu tiba, berita tentang ura-ura kenaikan Insurans Kenderaan Naik Sebanyak 15% bermula Februari 2014 kini menjadi kenyataan. BNM akhirnya meluluskan pelarasan kadar baru insurans kenderaan.
Kerugian 10,20 syarikat insurans di Malaysia ni dia ambik berat sangat, ni yang rugi 10,20 juta rakyat Malaysia yang terpaksa bayar lebih untuk menamping kerugian diorang ni sapa nak amik tahu?
Apapeun semak laporan di bawah:-
KUALA LUMPUR 4 Feb -Bank Negara Malaysia (BNM) telah meluluskan pelarasan kadar baharu tarif insurans kenderaan untuk tahun ini, dengan anggaran peningkatan sekitar RM2 hingga RM23.
Tarif baharu itu akan berkuat kuasa pada 15 Februari ini, ke atas setiap kenderaan baharu yang dibeli atau insurans yang diperbaharui semula.
Kelulusan itu antara lain membabitkan pelarasan tarif asas bagi perlindungan komprehensif dan perlindungan pihak ketiga untuk kenderaan persendirian dan motosikal.
Pelarasan itu merupakan kali ketiga sejak 2012, selepas BNM membenarkan peningkatan premium setiap tahun antara 2012 hingga 2015.
Difahamkan, BNM telah pun menghantar notis pelarasan itu kepada Persatuan Insurans Am Malaysia (PIAM) minggu lalu.
Di dalam notis tersebut, PIAM perlu memastikan ahli-ahlinya yang terdiri daripada lebih 30 pemain industri insurans mengikut kadar premium terbaharu itu bagi memastikan pengguna tidak keliru dengan pelarasan tersebut.
Pada 2011, BNM telah meluluskan pelarasan kadar premium insurans itu sebagai sebahagian daripada Rangka Kerja Perlindungan Motor Baharu.
Menurut bank pusat itu, pelarasan tersebut merupakan kali pertama sejak 30 tahun lalu dan membabitkan jumlah yang kecil serta dilakukan secara berperingkat dalam tempoh empat tahun bermula 2012.
Institut Automotif Malaysia (MAI) sebelum ini meramalkan jumlah jualan keseluruhan industri (TIV) kenderaan baharu tahun ini bakal mencapai 670,000 unit.
Perkembangan ini dilihat memberi manfaat kepada syarikat insurans am yang kini boleh meraih kutipan premium yang lebih tinggi.