Jiwang Corner :)

Khamis, 21 Julai 2011

16 Kalau Cikgu...


1. Kalau cikgu menunggu arah, semua kerja perlu dikerah.
2. Kalau cikgu kurang bersedia, di dalam kelas banyak cerita.
3. Kalau cikgu kurang kerja, dapat laporan berjela-jela.
4. Kalau cikgu kurang merancang, di dalam kelas banyak temberang.
5. Kalau cikgu suka berdamping, semua murid dapat dibimbing.
6. Kalau cikgu asyik naik marah, akhirnya semua murid buat tak endah.
7. Kalau cikgu rajin mendidik, akan lahirlah murid yang cerdik.
8. Kalau cikgu senyum selalu, murid sentiasa ingat padamu.
9. Kalau cikgu pilih kasih, murid terluka hatinya pedih.
10. Kalau cikgu seorang penyayang, ke akhir hayat tetap dikenang.
11. Kalau cikgu umpama ibu, murid akan sayang setiap waktu.
12. Kalau cikgu buat tak kisah, murid akan bermasalah.
13. Kalau cikgu rajin menasihat, setiap teguran akan diingat.
14. Kalau cikgu kurang ikhtiar, headcount murid akan terbiar.
15. Kalau cikgu kurang kreatif, kelas akan menjadi pasif.
16. Kalau cikgu sentiasa culas, murid akan sentiasa terkandas.




Guru Sepatutnya…..
  • Secara sedar menggunakan pelbagai pendekatan dan kaedah yang berbeza mengikut potensi pelajar.
  • Mempelbagaikan kaedah pembelajaran.
Guru Sepatutnya…..
  • Menguasai pengetahuan dalam bidang yang diajarkan
  • Mengenal pasti potensi pelajar
  • Memberi latihan yang mencukupi dan mencabar
  • Mampu mewujudkan suasana pembelajaran yang menyeronokan dan berkesan
Guru Sepatutnya…..
  • Bertindak sebagai pemudah cara dan bukan pemberi fakta
  • Mempelbagaikan aras soalan
  • Mahir dan bijak memilih perkara yan bersesuaian…




2 ulasan:

  1. Sesungguhnya untuk mencapai kecemerlangan itu usaha guru amat penting walau apa alasan sekali pun.. Jika guru lemah, lemah juga murid untuk belajar...

    BalasPadam
  2. betul tu cikgu...adakalanya kita rasa putus asa dgn apa yg telah diusahakan. namun usaha perlu diteruskan demi tanggungjawab. mgkin cara atau teknik yg kita sampaikan kurang menarik. maka di situ kita perlu ambil iktibar utk mdapatkan satu perubahan yg baharu...

    BalasPadam