William Kamkwamba dilahirkan 5 ogos 1987, di Malawi, Afrika, sebuah negara yang dibelenggu oleh AIDS dan kemiskinan. Seperti kebanyakan penduduk di kampungnya, dia yang terdiri daripada sembilan ahli keluarga hanya menjalankan aktiviti pertanian yang tidak seberapa untuk meneruskan kehidupan.
Kehidupan mereka yang di pinggir menambahkan lagi kesulitan apabila Malawi mengalami kebuluran terburuk dalam tempoh 50 tahun pada 2002. Bergelut untuk terus hidup, William yang berusia 14 tahun terpaksa keluar dan berhenti dari sekolah kerana keluarganya tidak mampu membayar tuisyennya dengan kos $ 80 setahun.
Walaupun dia tidak berada di dalam kelas, William terus berfikir untuk mencapai impiannya sendiri. Perasaan rasa ingin tahunya sangat tinggi. Dia telah pergi ke perpustakaan yang berhampiran dengan rumahnya untuk meminjam buku. Berbantukan buku yang dipinjamnya iaitu Using Energy , beliau cuba membina kincir angin bagi membolehkan keluarganya mendapatkan bekalan elektrik. Selepas beberapa percubaan, akhirnya dia berjaya untuk membina sebuah model kincir angin.
Pada tahun 2009, William telah menulis kisah hidupnya bersama seoang wartawan iaitu Bryan Mealer. Bukunya yang bertajuk " The Boy Who Harnessed the Wind: Creating Currents of Electricity and Hope " telah dipasarkan pada tahun tersebut.
Selain itu, pada bulan Ogos 2009, William Kamkwamba telah mengambil bahagian dalam satu pertandingan menguji kebijaksanaan oleh Maker faire Afrika di Ghana. William Kamkwamba merupakan salah seorang daripada empat penerima Ingenuity Award 2010 yang diberikan oleh Monica Santa.
Dengan penganugerahan itu, Kamkwamba mengadakan bengkel khas untuk golongan belia di kampungnya. Dia telah mengajar mereka bagaimana untuk membuat kincir angin dan pam air yang lebih baik. Hasilnya, pemimpin muda Afrika ini dapat membuktikan kincir angin dan pam air itu dapat berfungsi dengan baik.
ersoalannya di sini mampukah pelajar kita dapat menghasilkan sesuatu melalui pemikiran kreatif dan inovatif mereka seperti william ? Sama-sama kita renungkan....

Pada bulan November 2006, Daily Times di Blantyre telah menulis cerita mengenai kincir angin Kamkwamba. Cerita tersebut telah diedarkan melalui blogosphere. Sehubungan itu, Pengarah Persidangan TED, Emeka Okafor menjemput Kamkwamba untuk berucap pada 2007 di Arusha. Akhirnya ucapan beliau memberi kesan kepada tetamu yang hadir sehingga sebahagian peserta yang hadir berjanji untuk membantu pembiayaan pendidikan menengah beliau.
Justeru, Kamkwamba berjaya melanjutkan pelajarannya di Afrika Bible College Christian Academy di Lilongwe. Tetapi kini beliau menyambung pembelajarannya diDartmouth College Hanover , New Hampshire .
Justeru, Kamkwamba berjaya melanjutkan pelajarannya di Afrika Bible College Christian Academy di Lilongwe. Tetapi kini beliau menyambung pembelajarannya di
Antara penampilan lain yang membanggakan beliau ialah ditemuramah oleh The Daily Show tentang kebijaksanaan Sainstifik (2009), dan Reddit yang mengendalikan sesawang berita sosial (2009). Disamping itu, beliau juga telah menghadiri Google Science Fair sebagai penceramah jemputan pada tahun ini.
ersoalannya di sini mampukah pelajar kita dapat menghasilkan sesuatu melalui pemikiran kreatif dan inovatif mereka seperti william ? Sama-sama kita renungkan....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan