Jiwang Corner :)

Sabtu, 18 Oktober 2014

Bila Tiba - Ungu

Saat Tiba Nafas Di Ujung Hela
Mata Tinggi Tak Sanggup Bicara
Mulut Terkunci Tanpa Suara

Bila Tiba Saat Berganti Dunia
Alam Yang Sangat Jauh Berbeda
Siapkah Kita Menjawab Semua
Pertanyaan

Bila Nafas Akhir Berhenti Sudah
Jatuh Hati Pun Tak Berdaya
Hanya Menangis Tanpa Suara
Ooo...

( Korus )
Mati tak bisa untuk kau hindari
Tak mungkin bisa engkau lari
Ajalmu pasti menghampiri
Ooo...

Mati Tinggal Menunggu Saat Nanti
Ke Mana Kita Bisa Lari
Kita Pastikan Mengalami
Mati

( Ulang Korus )

Jumaat, 17 Oktober 2014

Pertandingan Koir Patriotik

Tahun ini majlis penutupan bulan kemerdekaan sudah tidak sempat dijalankan. Kekangan masa dek kerana peperiksaan ulangan UPSR menjadi salah satu puncanya. So hari ini pertandingan koir bagi tahun 4, 5, dan 6 diadakan secara serentak di Dataran De Molek dengan anggapan sebagai majlis penutup bulan kemerdekaan yang sepatutnya diadakan pada pertengahan September yang lalu.

6 Cekal ( Tempat Ketiga )
Persembahan dimulakan dengan peserta tahun 4. Dengan bantuan dan bimbingan guru kelas masing-masing, penyertaan dianggap mantap. Semua peserta menunjukkan penampilan tersendiri dengan pakaian dan aksesori masing-masing. Tidak kurang juga dengan peserta-peserta tahun 5. Inilah peluang mereka tampil ke atas pentas mengeluarkan suara disamping mengambil peluang mencipta pengalaman.


Peserta tahun 6 mula tampil dengan tampak lebih matang berbanding peserta tahun 4 dan 5. Suara remaja mula kedengaran memukau penonton dan juri. Keseragaman dan keyakinan diri dalam persembahan menarik perhatian peserta cilik. Argh....nampaknya mereka kena bersabar. Ambil peluang semasa dalam tahun 6 nanti, yea!


6 Bijak

6 Arif ( Johan )

6 Cerdik 
So, aku kongsikan sedikit rakaman gambar peserta-peserta tahun 6 yang sempat aku rakamkan :)

Rabu, 15 Oktober 2014

Jersi Anak-anak 6 Aktif

Hari ini aku layankan lagi anak-anak 6 Aktif yang inginkan jersi untuk pasukan bola kelas masing-masing. Huh, jenuh juga melayan mereka. Bila dah reramai ni maka banyak jugalah cekadaknya.

So semalam aku sempat layankan dua orang anak yang terlebih awal membuat bayaran. Jadi mereka dah miliki jersi mereka terlebih awal. 


Syahir : Cikgu, semalam saya tak boleh tidur. Asyik terjaga je.
Aku : Kenapa jadi macamtu?
Syahir : Saya teringatkan jersi saya yang cikgu post kat FB semalam. Tak sabar nak tengok.
Aku : Lah...kesiannya dia.
Syahir : Hehehe...




Itulah semangat anak-anak. Terlalu teruja untuk mendapatkan sesuatu lantas membawa sampai ke tempat tidur. 

Syahir : Cikgu jangan lupa tengok kitaorang lawan dengan kelas Arif, esok. 
Aku : Ok-ok..
Syahir : Cikgu, rasa-rasanya kelas mana yang boleh menang ?
Aku : Semalam cikgu Hazizul ada bagitau yang kelas Cekal gerenti menang.
Syahir : Ye ke cikgu ?
Awi : Yelah, dalam kelas tu banyak star...
Syahir : Ermmm
Aku : Tak apa. Lawan je. Yang penting semangat kena tinggi. 
Tolong promote nama kedai ni. Aku ambil dari cawangannya di Kip Mart Masai

Antara contoh jersi yang sempat aku rakam sebelum pemilihan

Khamis, 2 Oktober 2014

Petrol RON95 dan diesel naik RM0.20 mulai 1Oktober 2014

KUALA LUMPUR: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) hari ini mengumumkan subsidi petrol RON95 dan diesel dikurangkan sebanyak 20 sen seliter berkuat kuasa 12.01 tengah malam, 2 Oktober 2014.

Dengan ini harga runcit baharu bagi Petrol RON95 ialah RM2.30 seliter dan diesel RM2.20 seliter.

Harga pasaran bagi petrol RON95 pada masa ini ialah RM2.58 seliter dan harga diesel RM2.52 seliter.

KPDNKK dalam kenyataannya hari ini menyatakan, walaupun kadar subsidi dikurangkan, kerajaan masih perlu membelanjakan lebih RM21 bilion untuk subsidi petrol RON95, diesel dan LPG bagi 2014.

Langkah ini juga adalah selaras dengan dasar rasionalisasi subsidi kerajaan dalam memastikan kedudukan kewangan negara terus kukuh.

Kerajaan juga dijangka dapat mengurangkan ketirisan dan aktiviti penyeludupan oleh golongan tidak bertanggungjawab.

KPDNKK berkata, pemberian subsidi perlu lebih bersasar dan tidak secara pukal, dengan bukan warganegara Malaysia, termasuk pelancong asing, turut menikmati subsidi yang diberikan kerajaan.

Langkah ini juga dapat menghasilkan penjimatan yang setimpal dan boleh digunakan untuk pembangunan pendidikan, kesihatan, sistem pengangkutan awam yang lebih meluas dan cekap serta meningkatkan keselamatan negara.

Kata KPDNKK kerajaan sedar bahawa langkah rasionalisasi subsidi ini akan memberi kesan kepada ekonomi dan masyarakat.

Oleh itu, kerajaan akan terus menyediakan pelbagai bantuan dan insentif untuk meringankan beban, terutama golongan berpendapatan rendah dan sederhana.

Antara langkah yang akan diambil kerajaan ialah menaikkan kadar pemberian BR1M yang akan diumumkan dalam Bajet 2015 kelak. - BERNAMA

Selasa, 23 September 2014

Nukilan Khas UPSR 2014

Dedikasi khas buat anak-anak didikku...
Tahun 6 (2014)

UPSR ( Udah Periksa Suruh Repeat ),
Tahun ini usaha kita diuji,
Masa kita tidak dihargai,
Pengorbanan kita dipandang sepi.

'Kebocoran' berlaku bukan salah kita,
Rasa hampa, pilu dan kecewa,
Apakan daya kena hadap juga,
Kertas diulang kena jawab semula.

30 September 2014,
9 Oktober 2014,
Tarikh keramat  pasti kita ingat,
Tiga subjek jadikan kita penat,
Mengingat formula 'si cerdik' jadi tenat,
Si pandai jadi meluat.

Anak-anakku,
Perjuangan kita tak pernah henti,
Usah gentar biarpun rasa benci,
Titian kejayaan perlu dilalui,
Ingatlah mereka yang kita sayangi.

Ayah, ibu dan cikgu-cikgu,
Ayuh sepakat kita bersatu,
Matlamat kita hanyalah satu,
Pencapaian dihulur pasti maju.

Isnin, 22 September 2014

KENYATAAN AKHBAR KETUA PENGARAH PELAJARAN MALAYSIA BERKAITAN PEMBATALAN UJIAN MATA PELAJARAN MATHEMATICS & BAHASA TAMIL UJIAN PENCAPAIAN SEKOLAH RENDAH (UPSR) TAHUN 2014



KENYATAAN AKHBAR

KETUA PENGARAH PELAJARAN MALAYSIA

BERKAITAN PEMBATALAN UJIAN MATA PELAJARAN

MATHEMATICS & BAHASA TAMIL

UJIAN PENCAPAIAN SEKOLAH RENDAH (UPSR) TAHUN 2014

1. Pada tarikh 21.9.2014 Lembaga Peperiksaan (LP) telah mengesahkan bahawa kertas ujian Mathematics 015/1 (SK), 025/1 (SJKC), 035/1 (SJKT), Bahasa Tamil 036, 037 bagi Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) 2014 telah didapati bocor.

2. Sehubungan dengan ini, pihak LP memaklumkan bahawa kertas ujian Mathematics 015/1, 025/1, 035/1, Bahasa Tamil 036, 037 bagi UPSR tahun 2014 yang berlangsung pada 10 September 2014 adalah DIBATALKAN. Tarikh baharu bagi ujian Mathematics 015/1, 025/1, 035/1, Bahasa Tamil 036, 037 adalah pada 9 Oktober 2014 setelah mengambilkira cuti umum Hari Raya Aidil Adha, dan aspek logistik (percetakan dan pengedaran). Selain itu, KPM menegaskan bahawa peperiksaan ini dilaksanakan semula bagi memastikan pengendalian peperiksaan awam mematuhi Prosedur Operasi Standard yang telah ditetapkan di samping menjamin integriti dan kredibiliti keputusan UPSR tersebut.

3. Saya amat memahami perasaan, keresahan dan kesulitan yang dihadapi oleh semua. Selaku Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia saya memohon maaf kepada murid-murid, ibu bapa, guru-guru dan semua yang terlibat ekoran insiden ini. Saya telahpun mengarahkan semua Guru Besar dan guru untuk mengenalpasti dan memberi khidmat kaunseling kepada murid-murid yang memerlukan.

4. Dengan itu, saya telah pun mengambil alih pengawasan seluruh proses pengendalian peperiksaan awam yang dilaksanakan oleh Lembaga Peperiksaan sejak insiden kebocoran pertama dilaporkan pada 12 September 2014.

5. Sebagai langkah serta-merta, saya sedang mengambil tindakan untuk membuat pertukaran pegawai-pegawai di Lembaga Peperiksaan bagi memantapkan lagi pengurusan dan pengendalian peperiksaan awam. Di samping itu, saya juga mengambil langkah mengetatkan lagi semua aspek keselamatan dalam pengurusan dan pengendalian kertas peperiksaan dari peringkat Lembaga Peperiksaan sehingga ke pusat peperiksaan.

6. Saya memberi jaminan dan komitmen bahawa insiden kebocoran kertas-kertas peperiksaan awam tidak akan berulang.

7. Untuk mengelakkan sebarang kekeliruan dan penyebaran berita palsu, saya menyeru pihak awam untuk melayari laman web LP www.moe.gov.my/lp untuk maklumat rasmi dan terkini berhubung perkara ini. Pihak awam juga boleh menghubungi HOTLINE UPSR 2014 LP di talian 03-88893601 @ 3551 @ 3809 @ 3520 @ 3030.

Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia

22 September 2014

Ahad, 21 September 2014

UPSR : Kertas 1 Matematik dan Bahasa Tamil Didakwa Bocor

KUALA LUMPUR: Kementerian Pendidikan sedang menyiasat dakwaan kebocoran kertas soalan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) Matematik dan Bahasa Tamil selepas laporan polis dibuat mengenai perkara itu.
Perkara ini disahkan oleh Timbalan Menteri Pendidikan II, P. Kamalanatan, yang berkata Menteri Pendidikan akan menyetuai penyiasatan di peringkat kementerian.
"Ia juga telah menjadi satu perkara polis dan kami percaya mereka yang bertanggungjawab akan didakwa sepenuhnya di sisi undang-undang," katanya kepada Astro AWANI.
Petang tadi, The Malaysian Insider melaporkan bahawa Lembaga Peperiksaan telah membuat laporan polis mengenai kebocoran itu.
Mengungkap kata-kata Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Tajuddin Md Isa, laporan itu akan disiasat oleh pasukan sama yang sedang mengendalikan kes UPSR bocor bagi kertas Sains dan Bahasa Inggeris yang dilaporkan sebelum ini.
Ekoran kebocoran kertas peperiksaan Sains dan Bahasa Inggeris minggu lepas, Jawatankuasa Bebas Mengkaji Pengurusan Peperiksaan Awam ditubuhkan dan bekas Ketua Hakim Negara, Tun Zaki Tun Azmi dilantik untuk mengetuainya.
Berikutan kes itu, kerajaan telah menggantung tugas Pengarah LPM Dr Na'imah Ishak dan Timbalan Pengarah Operasi badan itu Dr Wan Ilias Wan Salleh sehingga siasatan mengenainya selesai.
Susulan laporan polis berhubung kebocoran kertas peperiksaan subjek Sains dan Bahasa Inggeris UPSR, polis menahan 14 orang bagi membantu siasatan.
  
Kebocoran kertas soalan itu menjejaskan hampir 470,000 murid Tahun Enam yang terpaksa mengambil semula peperiksaan bagi kedua-dua subjek yang dijadualkan pada 30 September 2014.

Jumaat, 19 September 2014

Langkawi Trip Siri 2 ( Padang Besar )

Pagi ini berpagi di Kangar. Hujan turun membasahi bumi. Udara segar dapat dirasai. Sarapan kami disediakan oleh isteri Encik Ahmad. Nasi lemak yang menyelerakan beserta sambal ikan bilis, telur rebus, ikan bilis goreng, kacang tanah, dan sambal sardin tidak kami pandang sahaja. Syukur dengan rezeki pagi ini.
Selesai makan, kami ke SK Behor Empiang semula untuk melihat aktiviti murid di sana. Khabarnya ada aktiviti yang akan disertai oleh murid-murid aku di sana. Tabik betullah kat PK HEM sekolah tersebut sebab sempat sediakan aktiviti untuk murid aku. Selesai aktiviti, kami meneruskan perjalanan ke Padang Besar, Sempadan Thailand. Ini adalah kali kedua aku menjejakkan kaki ke sana. So, adalah sedikit pengalaman aku untuk menuju ke kedai-kedai yang ada di situ.


Langkah membelek pakaian bermula. Daripada pakaian, kami beralih pula kepada selendang. Akhirnya aku sangkut juga dengan dua helai selendang gabungan daripada tiga cantuman kain chiffon. Dapatlah kami membeli dengan harga RM15 sehelai. Okle tu, sangat berbaloi dan mampu dimiliki. Seterusnya kami singgah ke gerai aneka biskut, jeruk, kekacang dan manisan. Banyak juga yang aku beli. Adoyai, barang-barang tu dah macam takde kat Johor pulak! Hahaha...


Pemerhatian terhadap barang diteruskan ke kompleks pula. Aku cuba mencari T-shirt untuk diri sendiri. Melangkah dari kedai ke kedai, menjadikan kaki semakin lenguh. Namun, pakaian masih tidak sesuai untuk dibeli. Ada juga peniaga kedai yang sombong. Melayan aku bagai endah tak endah. Huh, ko ingat aku takde duit nak bayar ke? Geram pula aku dibuatnya.

Lastly, aku temui sebuah kedai yang peniaganya amat berbudi bahasa. Kebetulan ada pula TShirt yang aku berkenan. So, aku pun tangkap 2 helai Tshirt untuk diri sendiri dan 2 helai lagi untuk abah dan mak muda. Harga yang ditawarkan pula agak murah berbanding dengan harga di tingkat atas. Sahabat aku turut membeli sehelai TShirt di kedai yang sama. Alhamdulillah, berkat senyuman dan baik bahasa, rezekinya bertambah. Macam tu lah jika jadi peniaga, bukannya berlagak sombong ! Hah, kan aku dah emo! Hehehe....

Ice Cream Yogurt Padang Besar RM 4 sahaja

Sebelum berangkat ke Kuala Perlis, aku sempat membeli aiskrim yogurt dari gerai berhampiran. Harganya hanya RM4 sebekas. Murahlah jika dibandingkan dengan yogurt yang dijual di Tutti Frutti mahupun Snogurt. Rasanya turut memenuhi tekak aku. Sedap!

Khamis, 18 September 2014

Langkawi Trip Siri 1 ( Kangar )

Seawal jam 5 pagi aku telah bangkit dari tidur. Keletihan dalam kerja-kerja pengurusan UPSR masih lagi dirasai. Aku gagahkan juga mengemas barang dan pakaian untuk  percutian ke Langkawi. Bas akan bertolak pada jam 9 pagi nanti. Actually aku tidaklah begitu teruja nak ke Langkawi kali ini kerana ini adalah kali ke-4 aku ke sana.

Selepas meletakkan kereta di ruang parkir sekolah, aku bergegas naik ke atas bas. Rupa-rupanya aku menjadi orang yang terakhir. Semua telah menunggu aku. Seramai 11 orang guru dan 19 orang murid yang mengikuti rombongan kali ini. Dengan bayaran RM350, aku cuba memenuhi pelawaan ketua rombongan agar dapat memenuhkan ruang tempat duduk bas. Khabarnya ramai murid yang menarik diri.

Perjalanan bas agak lancar ekoran cuaca yang baik. Kami sampai di Kangar kira-kira jam 11.50 malam. Murid-murid ditumpangkan di SK  Behor Empiang, Kangar atas ehsan PK Koko sekolah kami sebelum ini. PK Koko kami sebelum ini sudah mengajar kira-kira 20 tahun di Johor Bahru dan kini telah berpindah ke Kangar, negeri kelahirannya sejak 2010 gang lalu.

Aku and the gang menumpang tidur di rumah exPKKoko aku tu, Encik Ahmad yang kediamannya tidak jauh dari sekolah tersebut. Alhamdulillah, ada ruang yang selesa untuk kami yang kebetulan anak-anaknya tiada di rumah. Masing-masing mengikuti rombongan sekolah ke Universal Studio Singapore.

Khamis, 11 September 2014

PENJELASAN KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA BERKAITAN PENANGGUHAN UJIAN MATA PELAJARAN SCIENCE & BAHASA INGGERIS UJIAN PENCAPAIAN SEKOLAH RENDAH (UPSR) TAHUN 2014

1. Pada tarikh 10.9.2014 pihak Lembaga Peperiksaan (LP) telah membuat kenyataan media berkaitan Peperiksaan Science 018 (SK), 028 (SJKC), 038 (SJKT) bagi Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) 2014 yang dijadualkan pada 11 September 2014 telah didapati bocor.
2. Ekoran kebocoran tersebut, pihak LP telah menangguhkan peperiksaan kertas tersebut dan akan diadakan pada 30 September 2014.
3. Pada 11.9.2014, pihak LP juga telah menerima laporan bahawa Kertas Peperiksaan Bahasa Inggeris 014/1 dan Bahasa Inggeris 014/2, bagi Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) 2014 yang berlangsung pada 11 September 2014 telah juga dilaporkan bocor. LP telah menjalankan siasatan dan mendapati perkara ini adalah benar. Kertas Bahasa Inggeris 014/1 dan 014/2 adalah untuk Sekolah Kebangsaan sahaja dan tidak ada kesan terhadap kertas Bahasa Inggeris yang diduduki di SJKC dan SJKT.
4. Sehubungan dengan ini, pihak LP memaklumkan bahawa kertas peperiksaan Bahasa Inggeris 014/1 dan Bahasa Inggeris 014/2 bagi UPSR tahun 2014 yang berlangsung pada 11 September 2014 adalah DIBATALKAN. Tarikh baharu bagi peperiksaan Bahasa Inggeris 014/1 dan Bahasa Inggeris 014/2 adalah pada 30 September 2014 bersekali dengan Science 018, 028 dan 038.
5. Pihak LP menyedari bahawa tindakan selepas keputusan di atas perlu dilaksanakan secepat mungkin. Tarikh 30 September 2014 adalah tarikh yang paling sesuai bagi membolehkan pihak LP melaksanakannya kerana isu logistic (percetakan dan pengedaran) dan teknikal, termasuk keselamatan soalan dan integriti. Proses ini melibatkan seramai 473,175 calon, 51,438 petugas, 8,299 pusat, dan 382 bilik kebal di seluruh Negara.
6. Dengan perkembangan terbaharu ini, KPM akan membuat siasatan dalaman atas semua dakwaan kebocoran kertas peperiksaan. KPM memandang serius insiden ini dan akan mengambil tindakan tegas untuk memastikan perkara seperti ini tidak berlaku lagi. KPM akan bekerjasama dengan pihak berkuasa (PDRM, SKMM) untuk mengenalpasti pihak yang bertanggungjawab dan seterusnya membawa mereka ke muka pengadilan, termasuk kemungkinan pendakwaan jenayah di mahkamah terhadap mereka yang didapati bersalah. KPM berharap tindakan tegas dan semaksimum mungkin dikenakan kepada pengkhianat tersebut.
7. KPM amat berasa kesal dengan perbuatan tidak amanah dan tidak berintegriti yang dilakukan oleh pengkhianat ini. Sehubungan itu, laporan polis telah dibuat dan berharap satu siasatan dan tindakan keras dapat kita ambil tanpa mengira siapa pun yang bertanggungjawab dalam hal kebocoran ini.
8. Selain daripada kertas peperiksaan Bahasa Inggeris 014/1 dan 014/2 dan Science 018, 028 dan 038 sepertimana yang disebut di atas, TIADA PEMBATALAN untuk mana-mana kertas peperiksaan UPSR yang lain setakat ini.
9. Untuk mengelakkan sebarang kekeliruan dan penyebaran beritu palsu, pihak LP menyeru pihak awam untuk melayari laman web LP www.moe.gov.my/lp untuk maklumat rasmi dan terkini berhubung perkara ini. Pihak awam juga boleh hubungi HOTLINE UPSR 2014 LP di talian 03-88893601 @ 3551 @ 3809 @ 3520 @ 3030.
10. KPM akan menubuhkan satu Jawatankuasa Bebas bagi meneliti semula Prosedur Operasi Standard (SOP), pengendalian dan pengurusan peperiksaan awam. Ahli-ahlinya akan terdiri daripada pakar pelbagai bidang antaranya teknologi maklumat, keselamatan, dan logistik.
11. Kementerian Pendidikan Malaysia ingin meminta maaf kepada mereka yang mengalami sebarang kesulitan akibat insiden ini.
Kementerian Pendidikan Malaysia
12 September 2014

Rabu, 3 September 2014

Kemas Bilik Peperiksaan UPSR

Jam 11.00 pagi semua murid tahun 5 dikumpulkan sementara tahun 4 dicutikan. Aku telah pun membahagikan tugas mengikut senarai AJK yang telah ditaklimatkan. So, masing-masing menjalankan tugas mereka. Alhamdulillah, semuanya berjalan dengan lancar demi keselesaan dan memenuhi peraturan peperiksaan.

Simpati juga aku tengok cikgu-cikgu lelaki dan murid-murid lelaki yang berhempas pulas mengangkat meja dan kerusi. Almari dan rak turut diubah agar kedudukan calon mengikut pelan yang telah ditetapkan. AJK minuman pula, membancuh air minuman untuk setiap kerahan tenaga yang digunakan. Syukur, alhamdulillah:)


Ahad, 31 Ogos 2014

Kemerdekaan Malaysia Kali Ke-57

Hari ini cuti umum sempena sambutan kemerdekaan Malaysia kali ke-57. Namun aku tetap melangkah kaki ke sekolah. Ini lah perjuangan aku untuk anak bangsa. Tinggal 9 hari je lagi UPSR akan dijalankan. Aku pula yang berdebar-debar. Mudah-mudahan semuanya berjalan lancar. Semoga anak-anak didik aki dapat menjawab soalan dengan tenang dan mudah. Inshaa Allah, setiap ilmu yang diterima ada keberkatannya. 

Sementara mengadap televisyen ni aku terpanggil untuk mereka puisi sempena kemerdekaan ini. Actually aku bukannya pandai bebenor nak berpuisi apatah lagi  bergurindam bagai ni. Untuk suka-suka bolehlah...

Saban tahun ia kembali,
Sambutannya kini berulang lagi,
Perjuangan terdahulu diimbas kembali,
Mendokong kemenangan menabur bakti.

Jalur gemilang berkibar bangga,
Negeri aman bersatu dalam negara,
Rakyat megah menggamit sejahtera,
Hanya Malaysia negara tercinta.

Di sini lahirnya sebuah cinta,
Di sini tanah tumpahnya darah kita,
Menabur bakti aku rela,
Sampai masa aku undur jua.

Malaysia, oh tanahairku...
Meski diheret bencana pilu,
Tragedi hiba rakyat bersatu,
Merentap perasaan lidah jadi kelu,
Bangkit sebaris menitip syahdu,
Kenangan tersimpan terpahat padu.

Pejuang bangsaku,
Malaysia bebas daripada penjajah,
Namun minda masih terjajah,
Pergaulan bebas masa depan musnah,
Fesyen keterlaluan menjemput padah,
Penzinaan mengundang murka Allah.

Anak muda pewaris bangsa,
Bangkitlah perjuang selamatkan negara,
Usah alpa nikmat dunia,
Ayuhlah berbakti hingga ke akhirnya....

Ahad, 24 Ogos 2014

Majlis Pelancaran Bulan Kemerdekaan Kali Ke-57

Pagi tadi majlis berjalan lancar. Kebetulan pada minggu ini aku bertugas merangkap mempengerusikan majlis. Persembahan turut menyemarakkan majlis biarpun latihan koir hanya dijalankan sejak empat hari yang lalu. So, aku cuba kongsikan rakaman potret sebagai kenangan.

Jumaat, 22 Ogos 2014

Berkabung : Kepulangan Jenazah MH17

Jumaat merupakan hujung minggu bagi negeri Johor. Jadi warga Johor berkesempatan menonton siaran langsung kepulangan jenazah anak kapal dan penumpang MH17. Aku turut tidak ketinggalan mengambil kesempatan tersebut. Seawal pagi aku telah mengikuti siaran Nasi Lemak Kopi O dan seterusnya Astro Awani berselang seli dengan siaran TV3.

Hari ini adalah hari warga Malaysia bersatu menghimpun duka mengenang mangsa MH17. Biarpun aku tidak mempunyai talian persaudaraan ataupun kenalan dengan mangsa, namun kesedihan tersebut turut menyelubungi aku. Airmata mata mengalir tanpa dipaksa. Hibanya hati seakan terasa bagaimana jika antara mangsa tersebut adalah saudaraku sendiri.

Saat jenazah diusung mengikut istiadat, hanya Al Fatihah dapat ku sedekahkan. Mereka pergi meninggalkan semua insan yang disayang hanya sekelip mata. Perginya dalam kemalangan yang seakan sukar diampunkan. Merekalah mangsa kekejaman. Takdirnya telah tertulis. Moga roh mereka dicucuri rahmatNya.
Semoga keluarga mangsa tabah menghadapi ujian dariNya. Dari Allah kita datang, dan kepadaNya kita kembali.

10 Cara Mengenali Rakyat Malaysia

Hari ni aku terbaca artikel ni di page Astro Awani.  Aku rasa menarik untuk aku kongsikannya di sini sebab aku rasa memang benar dengan apa yang cuba disampaikan oleh pengkaji.

Istimewanya menjadi rakyat Malaysia, anda mudah dikenali di serata dunia melalui gaya percakapan, budaya dan tingkah laku. Bagaimana hendak mengenal sama ada anda seorang rakyat Malaysia? Jika ciri-ciri di bawah menggambarkan diri anda, maka dengan bangganya anda boleh mengatakan, "Ya, saya memang anak Malaysia".

1. Tangan anda berkuasa.
Hanya dengan mengangkat tangan, kenderaan pastI berhenti dan memberi laluan kepada anda untuk melintas jalan. Selaju mana pun kereta, lori, van atau bas di jalan raya – semuanya mematuhi isyarat "tangan" ini. Lambaian "tangan" juga memudahkan akses kekawasan perumahan yang berpengawal. Malah, di mana-mana jua, "tangan" adalah alat komunikasi yang paling berkuasa.

2. Anda memanggil semua orang sebagai "bos".

Tetapi bukanlah bermaksud anda bekerja untuk mereka. Sesiapa sahaja yang anda temui, semuanya anda panggil "bos". Peguam, tukang gunting, pelayan restoran - contohnya, "Bos, kuah lebih sikit!" adalah laungan yang biasa didengari di kedai mamak. Satu panggilan yang mesra dan menunjukkan rasa hormat. Begitulah indahnya budaya kita, kesopanan memupuk keharmonian dan persaudaraan.

3. Anda teruja dengan "jualan murah" dan "percuma".
Sememangnya menjadi sifat orang Malaysia untuk cukup peka dengan berita jualan murah, diskaun hebat dan hadiah percuma. Lebih murah, lebih baik. Kalau percuma, lebih menarik! Sanggup beratur seawal jam 7 pagi untuk jualan murah, sedangkan ke pejabat jam 9 pagi pun berat kak melangkah. Soalan biasa didengar, "Bos, ada diskaun?"

4. Anda menantikan pengumuman cuti umum setiap kali menang acara sukan.
Setiap kali wira sukan negara bertarung di pentas dunia, setiap kali juga peminat berdebar-debar menantikan keputusannya. Sama ada Piala Thomas, Piala AFF Suzuki, mahupun sukan Olimpik- pengumuman cuti umum yang mengiringi setiap kejayaan sememangnya amat dinantikan. Apabila Dato' Lee Chong Wei memenangi perlawanan akhirnya di Piala Thomas, sorakan anda menggegarkan ruang tamu, dengan harapan esoknya diumumkan cuti sebagai meraikannya!

5. Anda mengakiri ayat anda dengan "lah".
Bolehlah. Taklah. Jomlah. "Lah" adalah istilah serba guna. Cuaca? "Panas sangatlah." Harga? "Mahal sangatlah." Tidak percaya? "Takkanlah?" Di mana jua, pada bila-bila masa … kalau anda rakyat Malaysia, katakan saja-lah.


6. Anda sanggup memandu berjam-jam lamanya untuk mendapatkan makanan istimewa. Dan jika ke luar negara, makanan tempatanlah yang paling dirindui.
Anda sanggup memandu ke mana jua biar pun jauh ke Utara. 4 jam ke Pulau Pinang untuk menikmati keenakan nasi kandar asli? Boleh, Bos! Bukankah hidup ini satu perjalanan, dan di penghujungnya pasti ada ganjaran yang menanti. Begitu juga jika merantau - biarpun hujan emas di negara orang, cita rasa Malaysia tetap di hati.

7. Anda gemarkan makanan yang pedas rasanya.
Bagi rakyat Malaysia, taburan kepingan cili tidak memadai. Kalau ada sambal belacan, cili potong atau cili padi, barulah dikatakan 'pedas'. Tak pedas, tak sah! Bukan untuk masakan tempatan sahaja, apa jua hidangan mesti ada penambah seleranya. Piza atau ayam goreng? Boleh ditambah sos cili. Kami gemarkan makanan yang memenuhi cita rasa, mencabar selera dan menggugat deria. Kepelbagaian makanan umpama lambang keharmonian rakyat Malaysia.

8.Anda gemarkan makanan yang kuat baunya.
Mm-hm! Anda gemarkan durian, petai, cencaluk, budu dan belacan. Meskipun aromanya mencabar deria, anda tahu keenakannya lebih istimewa! Keenakan yang unik inilah yang kita banggakan sebagai rakyat Malaysia.

9. Ambil gambar dulu, baru makan.
Pantas sahaja tangan mencapai telefon, merakam gambar hidangan dan berkongsi di Facebook, Twitter atau Instagram. Mestilah beritahu rakan-rakan apa dan di mana kita makan! Kedai mamak, restoran mewah, hidangan Barat, sajian Timur, berseorangan ataupun beramai- ramai – mesti ambil gambar dulu. Jom kongsikan di media sosial betapa seronoknya menikmati makanan kegemaran yang enak menyelerakan.


10.Anda sentiasa lewat sekurang-kurangnya 30 minit untuk sebarang janji temu.
Sama ada untuk menghadiri mesyuarat di pejabat, majlis perkahwinan ataupun berjumpa rakan di kedai mamak, anda selalunya tiba lewat. Sekurang-kurangnya 30 minit. 'Janji Malaysia', alasan yang biasa diberi. Bukankah anda juga selalu mengatakan, "saya dalam perjalanan", sedangkan anda baru sahaja hendak bertolak?