Seawal jam 5 pagi aku telah bangkit dari tidur. Keletihan dalam kerja-kerja pengurusan UPSR masih lagi dirasai. Aku gagahkan juga mengemas barang dan pakaian untuk percutian ke Langkawi. Bas akan bertolak pada jam 9 pagi nanti. Actually aku tidaklah begitu teruja nak ke Langkawi kali ini kerana ini adalah kali ke-4 aku ke sana.
Selepas meletakkan kereta di ruang parkir sekolah, aku bergegas naik ke atas bas. Rupa-rupanya aku menjadi orang yang terakhir. Semua telah menunggu aku. Seramai 11 orang guru dan 19 orang murid yang mengikuti rombongan kali ini. Dengan bayaran RM350, aku cuba memenuhi pelawaan ketua rombongan agar dapat memenuhkan ruang tempat duduk bas. Khabarnya ramai murid yang menarik diri.
Perjalanan bas agak lancar ekoran cuaca yang baik. Kami sampai di Kangar kira-kira jam 11.50 malam. Murid-murid ditumpangkan di SK Behor Empiang, Kangar atas ehsan PK Koko sekolah kami sebelum ini. PK Koko kami sebelum ini sudah mengajar kira-kira 20 tahun di Johor Bahru dan kini telah berpindah ke Kangar, negeri kelahirannya sejak 2010 gang lalu.
Aku and the gang menumpang tidur di rumah exPKKoko aku tu, Encik Ahmad yang kediamannya tidak jauh dari sekolah tersebut. Alhamdulillah, ada ruang yang selesa untuk kami yang kebetulan anak-anaknya tiada di rumah. Masing-masing mengikuti rombongan sekolah ke Universal Studio Singapore.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan