Dah lama aku tak mencatat kat blog ni. Maklumlah nak menulis ni kena ambil masa yang santai dan tenang. Yang penting mood tu kena ada. So hari ini aku nak kongsikan apa yang aku dapat hasil kunjungan SISC+ Matematik yang membimbing aku.
Actually aku terkejut juga dia call aku masa waktu aku sedang mengajar untuk sampaj ke sekolah kira-kira 1/2 jam lagi. Mau berpeluh juga aku dengan apa yang diminta iaitu markah UPPM 2 mengikut individu mengikut kelas yang kita ajar. Mana tidaknya aku tak tulis lagi dalam buku RPH!
Nasib baik Encik Suhairi ni sangat memahami. Yelah, dia pun pernah mengajar di sekolah sebelum ni kan. So, aku legalah juga. Banyak perkara yang dibincangkan dengan kami berempat. Memandangkan banyak kelemahan daripada kami, maka aku akui dan akur dengan kelebihan teknik dan strategi pengajaran guru dari sekolah-sekolah lain yang dapat dia kongsikan.
Antara ilmu yang dapat dikongsikan kepada kami adalah :
1) Kenalpasti markah murid mengikut jenis kertas iaitu K1 dan K2. Saring murid mengikut markah. Bimbing mereka cara belajar dalam kumpulan. Lantik guru muda dalam kumpulan tersebut.
2) Jawab latihan dalam akhbar Didik Berita Harian ( memang kami sedang gunakan dalam kelas )
3) Banding beza keputusan UPPM 2 dengan tahun sudah. Mencari punca kelemahan.
4) Kenalpasti murid near miss menguasai kerana gagal satu subjek jika ia subjek Matematik. Beri tumpuan kepada murid tersebut.
5) Kaedah nota poket. Kertas A4 dilipat menjadi buku 8 muka surat. Beri latihan sekurang-kurangnya 5 soalan pada setiap muka surat mengikut kategori soalan 1 markah, 2 markah atau 3 markah. Minta murid bawa nota/ soalan poket itu setiap hari. Boleh gunakan juga untuk menulis formula atau rumus pada nota poket itu ( elakkan murid bosan menjawab soalan dalam modul ).
So, kesimpulannya aku memang tabik spring kat SISC+ Matematik yang membimbing aku ni. Banyak idea dia dan sangat membantu kami dalam strategi pengajaran yang lebih berkesan. Insha Allah, beliau akan muncul pada sesi ke-3 selepas UPPM 3 nanti. Mudah-mudahan ada peningkatan dalam keputusan percubaan UPSR nanti. Amin...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan