Lama aku tidak singgah di blog aku ni atas sebab-sebab kesibukan kerja. Tambahan pula, dalam usia yang semakin meningkat badan mula cepat letih. Terpaksalah terima hakikat yang aku yang dulu tidak lagi yang sekarang. Mungkin telah sampai masanya untuk aku kurangkan sedikit tenaga fizikal dan mental berbanding dahulu.
Baru ini aku dikejutkan pula dengan penyakit yang mula mendekati aku. Mungkin faktor usia dan keturunan aku mendapat darah tinggi. Selama seminggu aku terpaksa memeriksa tekanan darah. Terpaksa singgah ke klinik mahupun farmasi untuk mendapatkan bacaan. Setelah 3 hari, aku mula mendapatkan sendiri mesin tekanan darah tu. ( Aku beli jenama Omron - RM250 ).
Seakan tidak menerima kenyataan bacaan darah aku antara 145-170/96-105. Memang tidak normal sama sekali. Kadang-kadang rasa pusing nak pitam. Hati berbisik sedih namun hati terpaksa merelakan takdir ini. Pelbagai petua tradisional aku cuba amalkan hasil saranan sahabat-sahabat. ( jus seledri, jus timun, air asam keping, jus epal+ seledri ). Sekurang-kurangnya tekanan darah aku ada penurunan.
lastly, hari ketujuh iaitu kelmarin doktor mengesahkan aku memang ada darah tinggi. So, dia mula memberikan aku ubat darah tinggi dan surat susulan rawatan ke Klinik Kesihatan. Mungkin ini adalah ujian aku. Inshaa Allah aku cuba amalkan budaya pemakanan yang sihat selepas ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan