16/11 bermulanya cuti persekolahan. Baru rasa lega sebab dapat merehatkan diri setelah dua minggu bertungkus lumus menguruskan aktiviti terakhir di sekolah ( Hari Anugerah Kokurikulum, Hari Kanak-kanak, Majlis Graduasi Tahun 6 dan gotong royong kelas).
Kira-kira jam 3.45 petang, whatssup pada Samsung Note aku berbunyi. Aku hanya membiarkannya sahaja memandangkan aku leka mendengar ceramah UAI di Yuotube dengan Galaxy Tab3 aku. Tetiba notification pada facebook masuk. Ada rakan yang tag aku. Aku mula berdebar2 lantas menghentikan sambungan Youtube.
Aku buka akaun FB aku. Kelihatan seorang sahabat lama menulis," Takziah buat keluarga sahabatku Norhanisah binti Mohd Yusof atas pemergian arwah menemui Penciptanya. Semoga rohnya dicucuri rahmat...Al-Fatihah." Dadaku berombak kencang. Fikiran berkecamuk seketika. Terus menerus aku turunkan komen. "Aku tak faham, Siapa yang meninggal ni?" Sahabat itu menjawab komen aku, " Mimi...Anis yang meninggal." Aku terkedu. Innalillahiwailaihiraajiun....Tanganku sejuk. Aku benar-benar terkejut.
Komen-komen semakin bertambah. Rakan-rakan lain turut terkejut. Aku masih tidak mempercayai takcir itu kerana 2hb November yang lalu aku lihat kebahagiaannya bersama keluarga sewaktu mereka bercuti di Cameron Highlands. Lagaknya bersama suami dan tiga orang anaknya membuatkan aku yakin yang dia mampu menanggung kesakitan yang sedang arwah alami. Aku juga turut komen pada gambar yang dimuatnaik ke akaun FBnya itu. Namun takdir dan ketentuan Allah mengatasi segalanya. Mungkin kanser payudara yang merebak ke tubuhnya tidak dapat ditahan lagi.
Hanya surah Al-Fatihah yang dapat aku sedekahkan pada arwah. Kenangan kami sewaktu belajar dulu tetap segar dalam ingatan. Arwah seorang yang pemurah, peramah dan mudah membantu rakan-rakan.Aku pernah mengikutnya pulang ke kampung halamannya di Lekir, Perak. Pernah juga arwah bawa kami ke rumah makciknya di Pulau Pangkor untuk bercuti. Argh...pengalaman itu aku memang tidak dapat lupakannya.Semasa aku mengajar di Penang dulu, aku akan turun ke PJ terlebih dahulu sebelum pulang ke Johor bila cuti sekolah tiba.So, kitaorang akan berjimba-jimba di KL beberapa hari sebelum pulang ke kampung.
Alhamdulillah, banyak rakaman gambar antara kami yang masih dalam simpanan aku. Biarlah ia menjadi kenangan antara kami.Semoga rohnya dicucuri rahmat olehNya. Al-Fatihah...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan