Akhirnya, suara-suara yang berkenaan didengar dan diguna pakai oleh Kementerian Pelajaran Malaysia ( KPM ) di mana sekolah perlu bercuti 17 hb Ogos nanti bagi menyambut Aidilfitri.
Walaupun cuti ini adalah cuti berganti, namun aku panjatkan kesyukuran. Sekurang-kurangnya aku dapat pulang ke kampung pada petang Khamis itu.
Bukannya aku terlalu gembira nak sambut raya mengalahkan budak, namun tugas aku di kampung melebihi segala-galanya. Almaklumlah, sejak arwah emak meninggal, akulah emak, akulah kakak.
Jadi, kepada warga pendidik mulakan rancangan perjalanan yang selamat. Kepada yang memandu dengan perjalanan yang jauh, maka berhati-hati di jalan raya. Semoga perjalanan kalian selamat sampai ke destinasi. InsyaAllah...
sila rujuk website berikut untuk membaca berita penuh tentang Cuti berganti sempena Hari Raya Aidilfitri Tahun 2012
Tiada ulasan:
Catat Ulasan