Jiwang Corner :)

Selasa, 31 Julai 2012

Teks Pengerusi Majlis Sambutan Ambang Merdeka

Yang berusaha, Tuan Syed Sulaiman bin Syed Ariffin, Guru Besar Sekolah Kebangsaan Taman Molek, Yang dihormati Puan Rosni binti Ghani, Pen Kanan Kurikulum, Yang dihormati Encik Sahak bin Mohd Don, Pen Kanan HEM, Puan Hajah Rokiah binti Md Isa, Pen Kanan Kokurikulum, rakan-rakan guru serta murid-murid yang dikasihi sekalian. 


Assalammualaikum dan salam 1Malaysia…. 

Dengan limpah kurnia dan izinNya, dapatlah kita sama-sama berkumpul pada pagi Isnin ini. 

Irama beralun gendang dipalu, 
langkah diayun berpasang-pasangan, 
55 tahun telah berlalu, 
Malaysia megah menyambut kemerdekaan. 
55 tahun, Janji ditepati…begitulah tema kemerdekaan Malaysia pada tahun ini. 


Hadirin sekalian, 

Sedar tak sedar negara kita, Malaysia, kini sudah menjangkau usia 55 tahun. Banyak perubahan maju yang boleh kita nampak terhadap negara ini dari semasa ke semasa. 

Namun, kita harus akui kejayaan dan tranformasi yang kita kecapi hari ini bukanlah datang dalam sekelip mata. Tetapi, hakikatnya ia berlaku atas usaha gigih pemimpin-pemimpin terdahulu yang banyak berkorban jiwa dan raga. 

Sempena hari kemerdekaan yang akan disambut pada tahun ini, saya berharap agar kita semua dapat menghayati erti sebenar kemerdekaan yang kita kecapi hari ini. 

Hadirin sekalian, 

Jika kita imbas semula sejarah kemerdekaan Tanah Melayu, negara kita mungkin tidak boleh merdeka kalau rakyatnya sendiri tak bersatu-padu. Dasar pecah dan perintah oleh penjajah telah menyebabkan rakyat berpecah-belah. Melayu sama Melayu, Cina sama Cina dan India sama India. 

Tapi atas perjuangan Tunku Abdul Rahman, Tun Tan Cheng Lock dan Tun V.T. Sambanthan kita semua disatukan. Maka wujudlah bangsa 1Malaysia yang ada pada hari ini. 

Justeru, bangsa 1Malaysia yang melata di muka bumi Malaysia inilah yang mampu membentuk ke mana hala tuju Malaysia. Sehubungan itu, sebagai rakyat Malaysia, kita perlu memainkan peranan penting untuk mempertahankan kemakmuran, keharmonian, dan keselesaan, yang sedia ada sekarang. 

Murid-murid sekalian… 

Jika kita lihat, pelbagai perubahan dari segi pembangunan, teknologi telah kita lalui. Kita semestinya bersyukur dengan kemerdekaan negara kita. Negara Malaysia aman, damai dan bebas daripada sebarang ancaman dan jajahan seperti Palestin. 

Bagi memberkati majlis perasmian ambang merdeka ke-55 pada hari ini, dijemput Ustaz ___________________________ untuk membacakan doa. Dipersilakan…. 

Alhamdulillah semoga kita, mendapat keberkatan, sepanjang hayat. Bagi meneruskan atur cara pada pagi ini, marilah kita sama-sama menyanyikan lagu Bangsa Johor, dan Ke Puncak Jaya 

Hadirin sekalian, untuk meneruskan majlis pada pagi ini, saya bagi pihak majlis mempersilakan ________________________________________________________ 

Mengetuai bacaan ikrar. 


dunia belajar erti merdeka sejati 
mempelajari dan menerima segala perbezaan 
merdeka mentafsir hidup 
tanpa paksaan kuasa 
kita tawarkan dunia menaja kemanusiaan 
dan bukan alat peperangan 


Hadirin sekalian, 

Majlis diteruskan dengan laporan guru bertugas pada minggu lepas. 

Terima kasih. 


Sebelum saya teruskan dengan acara perasmian, dengan ini saya menjemput Cik Rosliana binti Rosli selaku penyelaras program sambutan kemerdekaan untuk menyampaikan sepatah dua kata. 

Terima kasih. Diharap murid-murid yang berminat untuk menyertai aktviti yang dirancangkan dapat memberikan komitmen yang baik. 

Bagi melengkapkan majlis kita pada pagi ini, dipersilakan Tuan Syed Sulaiman bin Syed Ariffin , Guru Besar SK Taman Molek untuk menyampaikan ucapan sekaligus merasmikan Majlis Sambutan Ambang Merdeka Yang ke-55. 

Terima kasih diucapkan kepada Tuan Syed Sulaiman bin Syed Ariffin atas ucapan perasmian itu tadi. 

Sebelum mengakiri majlis pada pagi ini, diminta semua hadirin berdiri supaya kita sama-sama dapat menyanyikan lagu Janji Ditepati, Jalur Gemilang dan Tanggal 31, dan Negaraku. 

Akhir kata, tamatlah sudah majlis kita pada pagi ini. Sekali lagi syabas dan tahniah kepada warga SK Tmn Molek kerana dapat sama-sama meraikan majlis sambutan ambang kemerdekaan ini. 


Degupkanlah Jantung Kita… 
Nyatakanlah Dalam Hati… 
Kita Berbangga Menjadi Rakyat Malaysia… 
Marilah Kita Bertepuk Tangan… 
Memberi Sokongan 55 Tahun Kemerdekaan 


Terima kasih…

3 ulasan:

  1. Assalam ckgu mimi,
    Izinkan saya untuk menimba ilmu pengacaraan dengan menjadikan titipan teks pengacara majlis ckgu sebagai panduan saya. Titipan ckgu mimi sangat membantu ckgu2 yang baru mula bertatih dalam dunia pengacaraan majlis terutamanya saya yang akan mengacarakan majlis sambutan kemerdekaan dan program rimup merdeka esok. Terima kasih daun keladi, jasamu kusanjung tinggi...salam perkenalan buat ckgu mimi.

    -Ckgu Zura- (anak_jelapang_padi)

    BalasPadam
  2. Terima kasih, cikgu Zura. Mudah-mudahan membantu. Teks pengerusi majlis sambutan merdeka kali ke 57 turut saya kongsikan baru-baru ini. Cikgu boleh rujuk jika ianya lebih baik :)

    BalasPadam
  3. cikgu mimi, ini kali pertama saya mengacara majlis
    dalam kesibukan kerja lain, perkongsian cikgu mimi ni amat berharga bagi saya, mohon izin untuk dijadikan rujukan
    Terima kasih banyak2

    BalasPadam