Cuti semester kali ini aku dan keluarga ke Cameron Highlands. Kira-kira 3 tahun yg lalu aku berkunjung ke CH. Lama juga tuh!
Kos percutian kali ni banyak ditaja oleh adik aku dan suaminya. Kami berlapan menaiki MPV adik menuju ke CH pada pagi Isnin. Perjalanan agak lancar kecuali semasa sampai di kawasan CH. Hujan mula turun dengan lebat membuatkan pemanduan semua kereta agak perlahan.
Kami mendaftar masuk ke Imperial Crown Apartment. Sebenarnya apartment ini milik orang-orang persendirian. Mendapatkan tempat parkir mengikut nombor rumah agak sulit. Kotak parkirnya sangat sempit. Jika kereta bersaiz S memang tidak ada masalah tetapi yang bersaiz XL memang akan timbul masalah. Apapun, kami dah selamat biarpun masing-masing jadi mat n minah parkir. Huhuhu...
Selesai merehatkan diri, kami ke kedai makan di kawasan Brinchang tersebut.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan