Jiwang Corner :)

Rabu, 11 Jun 2014

Bukit Tinggi, Pahang Siri 2

Aku sambung entry yang lalu. Sepetang di PD bertemu anak-anak saudara dapt melepaskan rasa rindu terhadap mereka. Uzma, Damia dan Ammar itulah buah hati adik aku. Kelincahan dan kenakalan Damia dan Uzma sudah tentu menjadi suasana menjadi riuh seketika. Mujurlah Ammar yang baru berusia 7 bulan itu masih terbaring. Kalau dah berkaki nanti, pasti tidak menang tangan melayan mereka.

Selesai makan malam, kami mula lepak-lepak menonton tv. Semalaman di rumah adik merasakan tidak puas bersama mereka. Pagi esok kami kena meneruskan perjalanan tambahan pula adik akan ke pejabat. Suaminya pula belum sampai ke rumah setelah 2 minggu bertugas sebagai pengadil sepak takraw di SUKMA. 

So, dalam jam 8 pagi kami telah bersiap-siap untuk bertolak ke Bukit Tinggi. Perjalanan ke sana mengambil masa kira-kira 2 jam. Destinasi pertama kami adalah ke Dusun Nora. Kami telah pun tempah chalet di situ. Berdasarkan pengalaman blogger-blogger yang pernah ke sana, tempatnya memuaskan apatah lagi jika ada musim buah. Itu yang membuatkan kami teruja nak menikmati suasana itu sendiri.

Dari KL, melalui Lebuhraya Karak, kami mengambil susur keluar ke Bukit Tinggi atau Berjaya Hills Resort. Lepas Pondok Pengawal yang pertama kami belok ke sebelah kanan, menuju ke Dusun Nora tu. Dalam beberapa kilometer je dari bawah kita akan nampak papan tanda ORCHARD LOT FOR SALE. Sebelah papan tanda tu ada satu papan tanda kecil yang tertulis DUSUN NORA.


Hah, bermulalah pemanduan yang mencabar. Walupun aku tidak memandu, tapi aku amat faham perasaan pemandu aku. Punyalah berdebar-debar sebab sebelah kanan korang tu adalah tebing yang curam. Nasib baik pemadu aku sangat cekap. Dengan jalan yang tidak berturap dan hanya ditutupi dengan batu-batu kerikil, akhirnya kami sampai di chalet Dusun Nora. 



Wow, pemandangan yang cukup indah! Suhu tidaklah sejuk iaitu hanya 24' tetapi udaranya cukup nyaman. Memang sesuai untuk merehatkan minda. Melihat kehijauan pokok-pokok dan rama-rama yang berterbangan membuatkan aku terasa tenang di sini. Hilang stress, beb !

Kehadiran kami disambut oleh Pakcik Ibrahim, iaitu pekerja Puan Nora. Dia menunjukkan chalet yang ada di situ. Kebetulan, pada hari tersebut tidak ada pengunjung lain yang datang. Maka, berleluasalah kami. 


Ok, contengan aku akan bersambung pada siri 3, yea. Kalau berminat nak tau, tunggu contengan aku tau!

Selasa, 10 Jun 2014

Bukit Tinggi, Pahang Siri 1

Hari ini aku baru sempat nak conteng dinding blog aku ni dengan kisah percutian aku baru-baru ni ( 3-5 Jun2014 ). Sebenarnya ini adalah percutian semasa cuti sekolah bulan Jun yang lalu. Kali ini percutian aku hanya bertiga. Maklumlah, geng-geng yang lain dah ada tujuan tersendiri di kampung halaman masing-masing. 

So, pagi ini sahabat dari Seri Medan dan JB telah singgah ke rumah aku di kampung. Syioknya, bila berjalan tanpa jadi pemandu. Merekalah pemandu aku. So, cik puan leh le duduk rileks kat belakang. Nak nyanyi tapi tak pandai. Hikhikhik...


Destinasi percutian kami adalah ke Bukit Tinggi, Bentong Pahang. Nak ke sana terus, memang tidak lah kan. Letih juga all the driver tu nanti. So, dari BP kami teruskan perjalanan menggunakan jalan kampung sahaja. Kita-kira 2 jam perjalanan, kami singgah ambil angin sambil makan pisang goreng di tepi laut Pengkalan Balak, Melaka. Tidak ramai pengunjung waktu itu. Udaranya yang nyaman membuatkan mata layu plak. Hiskh...mengalahkan pemandulah, pulak! Keh3...


Lepas  selesai aktiviti makan dan berselfie, kami teruskan perjalanan menuju ke Port Dickson. Malam ni kami bermalam di rumah adik aku di Kg Paya. Bila dah transit kay PD, tidaklah terasa jauh nak ke Bukit Tinggi nanti. 

Ok, sampai sini dulu untuk entry kali ini. Kita bertemu di siri 2, tau !