Harga kereta bakal turun 30% menjelang tahun 2017? Menurut laporan akhbar hari ini, perbezaan besar penurunan harga kereta akan berlaku conto di atas. Jika perancangan dalam Dasar Automotif Nasional (DAN) berjalan lancar, tidak mustahil harga kereta akan turun serendah itu. Kerajaan Malaysia melalui DAN menggalakkan pengeluar kenderaan melabur dan membuka kilang yang mengeluarkan kenderaan unit terurai (CKD) di Malaysia. Dengan cara ini, harga kereta yang ditawarkan akan lebih murah kerana ianya dikeluarkan dalam negara.
Semalam, Mitsubishi telah melancarkan kenderaan CKD model ASX dengan harga RM128,879 (berbanding hampir RM140 ribu sebelum ini). Untuk mengeluarkan model CKD, Mitsubishi melabur sebanyak RM30juta untuk membuka kilang dan tenaga kerja.Dengan menggalakkan pengeluar kereta membuka kilang di Malaysia, ianya akan dapat mengurangkan jumlah import kenderaan termasuk dari negara ASEAN. Sehingga kini, Malaysia masih mengimport sejumlah besar kenderaan.
Mungkin ada yang mempersoalkan kenapa perlu tunggu sehingga 2017 baru harga turun, mengapa tidak sekarang? Terdapat beberapa sebab antaranya:
Pengeluar kenderaan memerlukan masa untuk membina kilang bagi mengeluarkan model CKD. Selain daripada Mitsubishi, HONDA juga telah membuka kilangnya yang keduanya di Melaka.
Kerajaan cuba melindungi peniaga kenderaan terpakai dengan menurunkan harga secara berperingkat. Jika penurunan harga kenderaan dibuat secara mendadak, maka peniaga kenderaan terpakai akan gulung tikar.
Sekiranya Kerajaan menurunkan harga kenderaan secara mendadak, maka pemilik kenderaan ketika ini yang masih mempunyai hutang dengan pihak bank akan mengalami kesukaran kerana susut nilai yang terlalu tinggi.