Jiwang Corner :)

Khamis, 30 Ogos 2012

Permohonan pertukaran Guru Sesi Januari 2013


EG TUKAR : Permohonan Pertukaran Guru Antara Bahagian / Negeri, Antara Daerah dan Dalam Daerah bagi pertukaran sesi Januari 2013 untuk Pegawai Perkhidmatan Pendidikan DGA 29, DGA 32 (KUP time based), DG 41, DG 44(KUP time based) dan DG 48 (KUP time based) dibuka mulai 01 hingga 30 September 2012.

Keputusan Permohonan pertukaran Guru Sesi Januari 2013 dikeluarkan mulai 21 Oktober 2012 dan maklumat penempatan ke sekolah boleh disemak mulai 03 November 2012 .

Sila semak maklumat anda melalui laman web e-GTukar. Sekiranya terdapat sebarang pindaan yang perlu dibuat, sila berhubung dengan pegawai unit Menengah / Rendah di Pejabat Pelajaran Daerah atau Jabatan Pelajaran Negeri dengan segera sebelum sesi pertukaran bermula.

Jika masih menghadapi masalah untuk membuat permohonan e-GTukar, sila hubungi Pejabat Pelajaran Daerah atau Jabatan Pelajaran Negeri masing-masing (dapatkan no. telefon di “Bantuan”)

Sekian dimaklumkan.

Sila rujuk ke http://apps.moe.gov.my/epgo/

Jumaat, 10 Ogos 2012

16, 17 Ogos cuti berganti persekolahan sempena Aidilfitri

10 Ogos 2012

KUALA LUMPUR - Jemaah Menteri bersetuju supaya 16 dan 17 Ogos ditetapkan sebagai cuti berganti persekolahan sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri yang dijangka jatuh pada 19 Ogos.

Perkara itu dipersetujui pada mesyuarat Kabinet Rabu lepas, kata Kementerian Pelajaran dalam satu kenyataan hari ini.

"Dengan ini, semua pihak mempunyai tempoh masa mencukupi bagi merancang perjalanan pulang dan seterusnya dapat mengurangkan kesesakan jalan raya," katanya.

Sehubungan itu, Kementerian Pelajaran membenarkan sekolah untuk memohon cuti berganti melalui pendaftar masing-masing untuk kelulusan.

Bagi tujuan penyelarasan, kementerian itu mencadangkan supaya cuti berganti persekolahan 16 Ogos diganti pada Sabtu, 8 Sept manakala cuti berganti 17 Ogos diganti pada Sabtu, 22 Sept.

"Pihak sekolah hendaklah melaksanakan pengajaran dan pembelajaran sepenuhnya pada hari Sabtu berkenaan sebagai hari ganti persekolahan mengikut jadual waktu hari yang terlibat dengan hari cuti berganti tersebut," kata kenyataan itu. - Bernama


Ahad, 5 Ogos 2012

Taklimat Pengurusan Disiplin

Hari ini pihak pengurusan LDP telah mengadakan satu kursus khas tentang pengurunsan disiplin sekolah. Penceramah adalah dalam kalangan guru disiplin sekolah sendiri. Ini memandangkan guru disiplin telah pun hadir ke kursus tentang pengurusan disipilin tersebut.


Walaupun ada perkara-perkara yang kami tidak setuju, namun apakan daya itulah fakta yang harus kami terima. Argh...biarkan fakta itu tinggal fakta kerana ada masanya kami terpaksa melanggarnya. Bukan niat untuk menyakitkan ataui mencederakan, namun biarlah ia jadi satu pengajaran buat mereka.

PERHATIAN KEPADA SEMUA GURU2 TERUTAMA GURU DISIPLIN...

Jenis Hukuman Yang Ditegah

Hukuman terhadap fzikal

- berdiri lama di tengah panas

- lari keliling padang

- berdiri lama dalam/luar bilik darjah

- memukul diri sendiri/sesama sendiri

- berdiri di atas kerusi atau meja

- menarik rambut/tarik telinga

- belasah dengan alat seperti tali pinggang atau pembaris

- junjung kerusi/ buku

- cubit

- enjut/ ketuk ketampi/ mendada

- ketuk/sekel kepala


Hukuman Terhadap Mental dan Emosi
-Gunting Rambut Sesuka hati

-Berdiri Membuat Latihan

-Berleter

-Gantung Tulisan di Badan

-Memalukan di khalayak Ramai

-Kelas Tahanan pada Waktu Rehat atau Pulang

-Memaki hamun

-Menjeling

-MenyindirConteng Muka dengan Kapur

-Koyak Buku latihan

-Memperlihatkan Air muka yang Marah

-Menggugut atau mengertak murid

-Tidak Menghiraukan murid

-Tidak Menanda Buku latihan

"Semua Guru adalah Guru Disiplin"

Sabtu, 4 Ogos 2012

Ampu Majikan

Hari ini aku cuba kongsikan tentang hukum mengampu majikan. Sifat mengampu ni memang aku benci.  Tapi aku pasti di mana-mana ada je manusia bersifat kaki ampu, kaki kipas, kaki pasang econ nih. Apapun, yang pasti aku bukan jenis itu. Minta dijauhkan...



So, renung-renungkan...

Jumaat, 3 Ogos 2012

Kaji semula elaun, insentif

Oleh SHARAIMEI SHAIK AHMEDULLAH

pengarang@utusan.com.my

PUTRAJAYA 2 Ogos - Kerajaan diminta mengkaji semula beberapa jenis elaun dan insentif yang dibayar kepada anggota sektor awam memandangkan bayaran elaun sekarang masih di takuk lama.

Timbalan Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS), Azih Muda berkata, cadangan tersebut merupakan salah satu daripada 24 cadangan dan 23 syor yang dikemukakan kepada Suruhanjaya Khas Mengkaji Transformasi Perkhidmatan Awam.


Katanya, cadangan kajian semula itu berikutan kos perbelanjaan seharian telah meningkat dan untuk memberikan transformasi kepada sektor perkhidmatan awam.

“Antaranya kita meminta kerajaan mengkaji semula elaun keraian, elaun tetap perumahan dan elaun khidmat awam serta memberi penekanan terhadap isu perumahan memandangkan lonjakan harga rumah berbanding gaji diterima.

“Kita juga minta supaya elaun sara hidup (COLA) diselaraskan daripada RM150 hingga RM300 mengikut kawasan kepada RM400 untuk semua manakala elaun rumah diseragamkan kepada RM400," katanya.

Beliau berkata demikian selepas menghadiri mesyuarat bersama Suruhanjaya Khas Mengkaji Transformasi Perkhidmatan Awam yang dipengerusikan Tun Zaki Azmi, di sini hari ini.

Menurut Azih, pihaknya turut mengesa supaya kadar perumahan awam diturunkan daripada empat peratus kepada satu peratus sebagai salah satu langkah mengatasi isu pemilikan rumah di kalangan penjawat awam.

Selain itu, katanya, kerajaan juga diminta untuk melihat isu tersebut dengan lebih komprehensif untuk memastikan harga rumah tidak naik begitu mendadak.

Dalam pada itu, beliau berkata, pihaknya juga meminta supaya beberapa perkara termasuk isu 22 klasifikasi perkhidmatan yang telah diberi persetujuan untuk dinaik taraf didahulukan.

Katanya, ia merangkumi isu kakitangan gred 17 ke 27 antaranya juruteknik, renjer hutan, pegawai pertanian, pembantu pertanian dan jawatan-jawatan lain yang tertangguh sejak pemansuhan sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA), baru-baru ini.

“Kita minta pelaksanaannya bermula daripada tarikh yang telah dipersetujui oleh kerajaan dahulu iaitu pada 1 Januari tahun ini manakala cadangan suruhanjaya berkaitan transformasi pula dapat dilaksanakan pada 2013," katanya.

Sementara itu, Azih berkata, pihaknya juga komited untuk melakukan perubahan drastik terhadap sistem penyampaian sedia ada supaya dapat memberikan perkhidmatan yang memuaskan kepada rakyat.

Khamis, 2 Ogos 2012

Cuti Berganti Hari Raya Aidilfitri 2012

Akhirnya, suara-suara yang berkenaan didengar dan diguna pakai oleh Kementerian Pelajaran Malaysia    ( KPM ) di mana sekolah perlu bercuti 17 hb Ogos nanti bagi menyambut Aidilfitri. 


Walaupun cuti ini adalah cuti berganti, namun aku panjatkan kesyukuran. Sekurang-kurangnya aku dapat pulang ke kampung pada petang Khamis itu. Bukannya aku terlalu gembira nak sambut raya mengalahkan budak, namun tugas aku di kampung melebihi segala-galanya. Almaklumlah, sejak arwah emak meninggal, akulah emak, akulah kakak.

Jadi, kepada warga pendidik mulakan rancangan perjalanan yang selamat. Kepada yang memandu dengan perjalanan yang jauh, maka berhati-hati di jalan raya. Semoga perjalanan kalian selamat sampai ke destinasi. InsyaAllah...

sila rujuk website berikut untuk membaca berita penuh tentang Cuti berganti sempena Hari Raya Aidilfitri Tahun 2012

Rabu, 1 Ogos 2012

Guru Mohon Cuti Khas Raya

CIKGU SAYANG
Selangor

SEBAGAI warga sekolah di Lembah Klang, kami amat berharap agar kerajaan mempertimbangkan pemberian cuti khas atau membenarkan cuti peristiwa diambil oleh sekolah pada Jumaat 17 Ogos 2012 sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri.

Ini kerana kebanyakan warga kota, khasnya guru, berasal dari negeri di luar Lembah Klang seperti negeri di utara, timur dan selatan Semenanjung Malaysia.
Sekiranya sekolah tidak bercuti pada 17 Ogos, semua warga sekolah dan kakitangan awam yang lain akan bertolak serentak pulang ke kampung halaman pada petang dan malam hari Jumaat serta pada pagi hari Sabtu. Ini sudah tentu mengundang kesesakan jalan raya yang terlampau.


Di samping itu, dengan limpahan kenderaan di jalan raya akan mengundang kemalangan pula kerana masing-masing bersaing untuk sampai cepat ke destinasi memandangkan raya semakin hampir.
Sekiranya Jumaat masih dikira sebagai hari bersekolah, bagaimana dengan sekolah yang mempunyai dua sesi di mana sesi petangnya berakhir pukul 5.30 petang. Tidak mustahil pada hari tersebut ramai guru yang mengambil cuti sakit semata-mata untuk pulang ke kampung lebih awal. Jika ini berlaku, sesi persekolahan pada petang itu akan terjejas.

Selain itu, cuti pada hari Jumaat sepatutnya diberikan pada sekolah memandangkan sekolah tidak mengambil cuti sempena hari raya ini iaitu selama dua hari, kerana kebetulan cuti hari raya jatuh semasa cuti sekolah. Oleh itu jumlah waktu bersekolah yang sepatutnya bagi semua sekolah adalah mencukupi, malah mungkin sudah melebihi jumlah maksimum yang ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM).

Oleh itu, besarlah harapan kami warga sekolah agar permohonan kami ini mendapat perhatian dan dipertimbangkan.

Harapan kami juga agar makluman mengenai cuti ini dapat diumumkan lebih awal untuk memudahkan urusan kami membuat tempahan tiket dan merancang perjalanan.

Utusan Malaysia Online: 1 Ogos 2012