Selesai aktiviti hari terbuka tengah hari tadi, aku ditugaskan pula memantau peserta program Speed Maths. Program ini bukanlah anjuran panitia Matematik namun dianjurkan oleh pihak luar dengan kebenaran Guru Besar.
Kira-kira jam 2.00 petang aku telah sampai ke sekolah semula. Penceramah telah pun sampai. Aku cadangkan seminar ini diadakan di perpustakaan sekolah. Peserta yang mendaftar dengan aku kira-kira 100 orang terdiri daripada murid tahun 4, 5 dan 6 dengan bayaran sebanyak RM20 seorang.
Walaupun seminar ini melibatkan subjek Matematik, namun aku agak terkilan kerana hanya aku seorang yang menghadirkan diri. Ada rakan yang terpaksa ke PPD atas urusan rasmi dan tidak dapat hadir bersama. Namun, rakan yang lain hanya menghilangkan diri atau tiada arahan atau tidak tahu atau buat-buat tidak tahu? Aku sendiri tidak pasti. Apa yang aku rasakan waktu itu hanya kasihankan murid-murid aku.
Namun, aku sedikit bangga di sini kerana sedikit sebanyak aku telah mendapat ilmu mengira dengan cepat dalam topik pendaraban dua digit.
Wonder pet, wonder pet...InsyaAllah aku cuba kongsikan teknik spedd maths ni pada episod akan datang...