Jiwang Corner :)

Sabtu, 30 Julai 2011

Salam Ramadhan & Selamat Menunaikan Ibadah Puasa


Jika semua HARTA adalah RACUN
maka ZAKAT-lah penawarnya,Jika seluruh UMUR 
adalah DOSAmaka TAQWA & TAUBAT lah ubatnya,
Jika seluruh BULAN adalah NODAmaka RAMADHAN lah pemutihnya,

                 MAAF ZAHIR & BATIN, & SELAMAT MENUNAIKAN IBADAH PUASA KEPADA SEMUA. 
                          Semoga amalan dan ibadah yang kita lakukan sepanjang RAMADHAN kali ini lebih baik daripada RAMADHAN tahun lalu
   InsyaAllah...

Khamis, 21 Julai 2011

16 Kalau Cikgu...


1. Kalau cikgu menunggu arah, semua kerja perlu dikerah.
2. Kalau cikgu kurang bersedia, di dalam kelas banyak cerita.
3. Kalau cikgu kurang kerja, dapat laporan berjela-jela.
4. Kalau cikgu kurang merancang, di dalam kelas banyak temberang.
5. Kalau cikgu suka berdamping, semua murid dapat dibimbing.
6. Kalau cikgu asyik naik marah, akhirnya semua murid buat tak endah.
7. Kalau cikgu rajin mendidik, akan lahirlah murid yang cerdik.
8. Kalau cikgu senyum selalu, murid sentiasa ingat padamu.
9. Kalau cikgu pilih kasih, murid terluka hatinya pedih.
10. Kalau cikgu seorang penyayang, ke akhir hayat tetap dikenang.
11. Kalau cikgu umpama ibu, murid akan sayang setiap waktu.
12. Kalau cikgu buat tak kisah, murid akan bermasalah.
13. Kalau cikgu rajin menasihat, setiap teguran akan diingat.
14. Kalau cikgu kurang ikhtiar, headcount murid akan terbiar.
15. Kalau cikgu kurang kreatif, kelas akan menjadi pasif.
16. Kalau cikgu sentiasa culas, murid akan sentiasa terkandas.




Guru Sepatutnya…..
  • Secara sedar menggunakan pelbagai pendekatan dan kaedah yang berbeza mengikut potensi pelajar.
  • Mempelbagaikan kaedah pembelajaran.
Guru Sepatutnya…..
  • Menguasai pengetahuan dalam bidang yang diajarkan
  • Mengenal pasti potensi pelajar
  • Memberi latihan yang mencukupi dan mencabar
  • Mampu mewujudkan suasana pembelajaran yang menyeronokan dan berkesan
Guru Sepatutnya…..
  • Bertindak sebagai pemudah cara dan bukan pemberi fakta
  • Mempelbagaikan aras soalan
  • Mahir dan bijak memilih perkara yan bersesuaian…




Selasa, 19 Julai 2011

William Kamkwamba & Kincir Angin

Pernahkah anda dengar akan kisah hidup William Kincir Angin ?
William Kamkwamba dilahirkan 5 ogos 1987, di Malawi, Afrika, sebuah negara yang dibelenggu oleh AIDS dan kemiskinan. Seperti kebanyakan penduduk di kampungnya, dia yang terdiri daripada sembilan ahli keluarga hanya menjalankan aktiviti pertanian yang tidak seberapa untuk meneruskan kehidupan. 


Kehidupan mereka yang di pinggir menambahkan lagi kesulitan apabila Malawi mengalami kebuluran terburuk dalam tempoh 50 tahun pada 2002. Bergelut untuk terus hidup, William yang berusia 14 tahun terpaksa keluar dan berhenti dari sekolah kerana keluarganya tidak mampu membayar tuisyennya dengan kos $ 80 setahun.


Walaupun dia tidak berada di dalam kelas, William terus berfikir untuk mencapai impiannya sendiri. Perasaan rasa ingin tahunya sangat tinggi. Dia telah pergi ke perpustakaan yang berhampiran dengan rumahnya untuk meminjam buku. Berbantukan buku yang dipinjamnya iaitu Using Energy , beliau cuba membina kincir angin  bagi membolehkan keluarganya mendapatkan bekalan elektrik. Selepas beberapa percubaan, akhirnya dia berjaya  untuk membina sebuah model kincir angin. 

Building the first windmill: materials and process






Pada tahun 2009, William telah menulis kisah hidupnya bersama seoang wartawan iaitu Bryan Mealer. Bukunya yang bertajuk " The Boy Who Harnessed the Wind: Creating Currents of Electricity and Hope " telah dipasarkan pada tahun tersebut.


Selain itu, pada bulan Ogos 2009, William Kamkwamba telah mengambil bahagian dalam satu pertandingan menguji kebijaksanaan oleh Maker faire Afrika di Ghana. William Kamkwamba merupakan salah seorang daripada empat penerima  Ingenuity Award 2010 yang diberikan oleh Monica Santa.


Dengan penganugerahan itu, Kamkwamba mengadakan bengkel khas untuk golongan belia di kampungnya. Dia telah mengajar mereka bagaimana untuk membuat kincir angin dan pam air yang lebih baik. Hasilnya, pemimpin muda Afrika ini dapat membuktikan kincir angin dan pam air itu dapat berfungsi dengan baik.



Pada bulan November 2006, Daily Times di Blantyre telah menulis cerita mengenai kincir angin Kamkwamba. Cerita tersebut telah diedarkan melalui blogosphere. Sehubungan itu, Pengarah Persidangan TED, Emeka Okafor menjemput Kamkwamba untuk berucap pada 2007 di Arusha. Akhirnya ucapan beliau memberi kesan kepada tetamu yang hadir sehingga sebahagian peserta yang hadir berjanji untuk membantu pembiayaan pendidikan menengah beliau.


Justeru, Kamkwamba  berjaya melanjutkan pelajarannya di Afrika Bible College Christian Academy di Lilongwe. Tetapi  kini beliau menyambung  pembelajarannya di Dartmouth College Hanover, New Hampshire. 


Antara penampilan lain yang membanggakan beliau ialah ditemuramah oleh The Daily Show tentang kebijaksanaan Sainstifik (2009), dan Reddit yang mengendalikan sesawang berita sosial (2009). Disamping itu, beliau juga telah menghadiri  Google Science Fair sebagai penceramah jemputan pada tahun ini.


ersoalannya di sini mampukah pelajar kita dapat menghasilkan sesuatu melalui pemikiran kreatif dan inovatif mereka seperti william ? Sama-sama kita renungkan....