Jiwang Corner :)

Jumaat, 22 Jun 2012

Seminar " Speed Maths "

Selesai aktiviti hari terbuka tengah hari tadi, aku ditugaskan pula memantau peserta program Speed Maths. Program ini bukanlah anjuran panitia Matematik namun dianjurkan oleh pihak luar dengan kebenaran Guru Besar.

Kira-kira jam 2.00 petang aku telah sampai ke sekolah semula. Penceramah telah pun sampai. Aku cadangkan seminar ini diadakan di perpustakaan sekolah. Peserta yang mendaftar dengan aku kira-kira 100 orang terdiri daripada murid tahun 4, 5 dan 6 dengan bayaran sebanyak RM20 seorang. 


Walaupun seminar ini melibatkan subjek Matematik, namun aku agak terkilan kerana hanya aku seorang yang menghadirkan diri. Ada rakan yang terpaksa ke PPD atas urusan rasmi dan tidak dapat hadir bersama. Namun, rakan yang lain hanya menghilangkan diri atau tiada arahan atau tidak tahu atau buat-buat tidak tahu? Aku sendiri tidak pasti. Apa yang aku rasakan waktu itu hanya kasihankan murid-murid aku.


Namun, aku sedikit bangga di sini kerana sedikit sebanyak aku telah mendapat ilmu mengira dengan cepat dalam topik pendaraban dua digit. 

Wonder pet, wonder pet...InsyaAllah aku cuba kongsikan teknik spedd maths ni pada episod akan datang...

Hari Terbuka

Dalam kesibukan menjalankan latihan sukan, kami sempat menyediakan semua dokumen untuk ibu bapa sempena hari terbuka. Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar.


Murid kelas aku hanya seorang yang tidak hadir. Beberapa ibu bapa menceritakan kisah anak-anak mereka di rumah tanpa segan silu. Apa yang mereka harapkan hanyalah kejayaan anak-anak mereka dalam pelajaran...



Khamis, 21 Jun 2012

Bermulanya Episod Latihan Sukan

Selasa yg lalu latihan rumah sukan sekolah aku telah bermula...tahun ni aku masih mengendalikan pengurusan rumah sukan biru atau lebih dikenali dengan nama Jengking. 

Sukan tahun ini akan di adakan pada 5 Julai 2012 akan datang. Kira-kira 2 minggu dari sekarang. Minggu ini semua guru dan murid turun ke padang hingga jam 10 pagi bagi aktiviti pemilihan atlet setiap rumah sukan. 


Jika tahun lepas pasukan rumah harimau menjuari acara keseluruhan, tahun ini tidak pasti rumah sukan mana pula yang akan merampas kejuaraan tersebut ? Adakah rumah helang ? atau tebuan ? atau seladang ? atau jerung ? atau jengking ? Kita tunggu keputusannya nanti. 

Rabu, 20 Jun 2012

Latihan Kebakaran

Dalam sibuk kami menjalankan aktiviti latihan sukan, AJK 3K sempat menganjurkan latihan kebakaran. Latihan sukan berakhir jam 10.00 pagi. Murid-murid direhatkan selama 30 minit. Murid sesi pagi atau tahap 2 yang jumlahnya kira-kira 900 orang sudah cukup memeningkan kepala aku untuk dikawal. 

Kadang-kadang jadi letih menjadi pengawal keselamatan dikala sekolah mengadakan sesuatu aktiviti atau program. Nisbah guru dengan murid dianggarkan 1:20. Itupun tidak semua guru yang hadir pada setiap hari atas urusan rasmi mahupun peribadi. Maka ada kalanya nisbahnya jadi 1:25. wah...bayangkan jika seorang ibu nak menguruskan 25 orang anak-anaknya. Mahu jadi migrain !


Kali ini aku nak kongsikan beberapa rakaman gambar aktiviti yang diajarkan oleh pihak Jabatan Pertahanan Awam ( JPAM ) yang sudi ke sekolah aku. Pihak bomba di balai yang berdekatan tidak dapat menyumbangkan perkhidmatan mereka atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan. Kebetulan pembantu PRA sekolah aku merupakan anggota JPAM. Maka, JK 3K terus berurusan dengannya. Alhamdulillah...semuanya berjalan dengan lancar walaupun kami terpaksa berjemur di tengah panas.




Murid-murid diberi peluang mengendalikan alat pemadam api

Khamis, 17 Mei 2012

Hari Guru Peringkat Sekolah 2012

Tiada apa yang nak digambarkan selain berseronok pada hari guru. Sama-sama meraikan diri sendiri bersama anak-anak didik aku. Tema baju kami tahun ini adalah ungu. Antara warna kegemaran aku gitu :)

Bagi aku tahun ini agak istimewa kerana semua guru dibahagikan mengikut aliran mereka mengajar untuk membuat persembahan. Memang 3 atau 4 hari juga kumpulan aku membuat latihan. Aku dan ahli kumpulan yang mewakili guru-guru aliran tahun 4 mempersembahkan Dikir Boria.

Dikir Boria ini diilhamkan oleh guru muzik yang kebetulannya ada ddalam kumpulan aku. Itulah keistimewaan kumpulan aku kerana ada guru muzik disamping beberapa lagi guru yang memang berbakat dalam persembahan. 

Walaupun aku dilantik sebagai ketua, namun aku hanya menurut arahan mereka kerana aku memang tidak sekali berbakat dalam nyanyian apatah lagi tarian. Gamaknya jika aku menari mungkin nampak ala-ala kayu bergerak gitu. Hehehe...

Di sini aku kongsikan beberapa rakaman gambar persembahan setiap kumpulan guru. Persembahan guru ini sebenarnya berselang seli dengan 4 buah persembahan murid. 

Persembahan daripada guru-guru tahun 1 : Tarian pelbagai jenis irama termasuk lagu 60an


Persembahan daripada guru-guru tahun 2 : Nyanyian

Persembahan daripada guru-guru tahun 3 : Nyanyian Ombak Rindu dll





Ini persembahan daripada kumpulan aku iaitu guru-guru tahun 4 . Sebahagian bermain alat muzik dan sebahagiannya lagi menyanyi dan menari : Dikir Barat + Boria

Persembahan daripada guru-guru tahun 5 : Lakonan dan nyanyian

Persembahan daripada guru-guru tahun 6 : Lakonan dan nyanyian



Persembahan khas dariapada guru-guru lelaki


Guru Besar aku mengambil peluang menunjukkan bakatnya bermain gitar dan menyanyi. 

Rabu, 16 Mei 2012

Ucapan Selamat Hari Guru

Lama dah xupdate blog ini. Maklumlah ada xtvt sampingan skg nih. Alhamdulillah semuanya telah selesai disiapkan.

Tanggal 16 Mei merupakan sambutan hari guru bagi semua yang bergelar pendidik. Di sini saya cuba kongsikan beberapa kata2 menarik sempena hari guru.


Untuk parä guru, guru tadika, guru sek memandu, guru besar, guru kecik, guru sndrn, guru ganti, guru rajin,guru selalu takde kat sekolah, guru yg sering isi borang tukar, guru malas masuk kelas guru mgandung,guru yg tak suka jadi guru , guru disiplin, guru tak disiplin, guru keluar makan dan tak lupa guru2 yg tak suka relief.. ,guru yg buat relief.
SELAMAT HARI GURU. SEMOGA ANDA TERUS CERIA.

Apakh cita2 anda sbl jd guru? Mejistret?Loyar? Enjiniar?Anda mnysal jd guru? Cuba lihat,ada x loyar yg sggup pki topi arkitek?Ada x mejistret yg brani sarung kot doktor? Tp guru adalah SEMUA itu. Kita la doktor bila budak sakit,loyar bila parents soal, mejistret bila budak bgaduh. Hatta security guard & AHLI NUJUM pun kita! Smlm plak jd tkg kebun gtg ryg perdana.. Oleh itu, banggalah jd cikgu. SELAMAT HARI GURU.


Bila murid duduk...cikgu berdiri! Bila murid di seligi...cikgu pulak kena gari, murid dtg naik BMW 7 siri..cikgu dtg naik motor buruk road tax pun dah mati! Murid pi belajar sampai PhD..cikgu baru berkira-kira nak samb.degree.. Namun begitu...di dunia cikgu berbakti, moga di akhirat syurga tempat kita kekal abadi.... Selamat Hari Guru.

Dulu DIA pegang rotan hang kata DIA garang..Bila DIA lmbt msuk kelas hang kata DIA malas..Bila DIA marah2 hang kta DIA mlampau,KINI...hang adalah DIA.SELAMAT HARI GURU..

Selamat hari guru. Guru patut faham & usaha jayakan muridnya. Bercita tinggi, berfikir luar kotak,+ ilmu tk henti & positif berhikmah.

Dulu, murid hormat & takut Guru, kini,Guru takut murid. Dulu, Guru chalk n talk. Kini,Guru kena slow talk. Dulu,Guru boleh claim. Kini, x boleh complain. Dulu, Hari Guru dpt wang saku. Kini,Hari Guru dpt 'penyapu'(Gotong-royong). SELAMAT HARI GURU!

Erti sebenar seorang cikgu
C : cantik budi pekertinya
I : inovatif praktisnya
K : kreatif mindanya
G : garang semangatnya
U : unggul ilmunya
Selamat Hari Guru !

Tuturmu muzik yg tak jemu di dgar, dlm critamu terselit hiburan dan pengajaran, gayamu jadi sebutan, marahmu menjadi kenangan manis, tidak ada paling indah bagi insan yg bernama guru krn engkaulah pelita hidup, pemburu yg bijaksana, penglipurlara ketika duka, pemberi ketika tiada, penyabar ketika dduga, berbangga ketika mereka berjaya, sedih kerana gagalnya anak bangsa. Itulah cikgu. Berbanggalah kerana kita bekalkan ilmu kpd yg tdk tahu. Seribu tahun namamu akan dseru. Selamat Hari Guru!

'Jadilah seorang guru yg hadirnya di TUNGGU, hilangnya di RINDU, ilmunya di BURU, nasihatnya di SERU, tingkahlakunya di TIRU dan KEHILANGANNYA diiringi doa restu."Selamat Hari Guru"

Ya Allah, insan yg sdg mmbaca sms ini adalh insan yg sgt hebat krn dgn peranannya, dia tlh mmbina ramai insan yg hebat spt dirinya. Dia mnyelesaikn kjahilan, 'kmskinn' n 'pnyakit' msyrkt dgn kikhlasnnya mndidik. Berkatilh dn lindungilh khidupannya ya allah. Jauhknlh dia dr fitnah dn ksengsaraan dunia. Letakknlh dia dsisi rasulmu dakhirat kelak. Semoga dia trus tbah menanggung tggjwb ini. Ameen ya rbbal a'lameen. Selamat hari guru.


Selasa, 15 Mei 2012

Pra Sambutan Hari Guru

Tahun ini kami berpeluang bertanding semula dalam pertandingan bowling sempena hari guru. Sejak beberapa tahun lalu acara ini tidak dpertandingkan memandangkan masa yang selalu mencemburui kami. 

Aku yang dah lama tidak memainkan permainan ini, sejak awal hanya redha jika pin itu masuk ke dalam longkang. Apa yang penting, aku inginkan keseronokkan semasa bermain. Hehehe...

Sebenarnya kami melangsungkan pertandingan bowling ni awal 4 hari sebelum hari guru iaitu 12 Mei bertempat di Daiman Bowl, Johor Jaya. 


Bersama sahabat sekumpulan


Kenangan selepas tamat pertandingan. Ini sebahagian sahaja. Ada  guru yang tidak dapat hadir bersama  atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan.

Tips Ringkas Keperluan Pendidik

Bahagian I : TIPS PERSIAPAN ASAS PENDIDIK 


1. Luruskan niat Anda 
2. Jangan lupa mempersiapkan bahan 
3. Catat apa yang akan Anda bicarakan dengan pelajar 
4. Persiapkan fizikal Anda 
5. Tingkatkan keyakinan diri Anda 
6. Belajarlah jadi Pendidik yang merendahkan hatinya 
7. Siapkan bahan cadangan 
8. Simpan persediaan bahan seperti dokumen berharga 
9. Sabarlah terhadap proses perkembangan pelajar 
10. Beri skor angka 10 terhadap pelajar (optimis) 
11. Yakin akan sukses membina 



Bahagian II : TIPS MENINGKATKAN KREDIBILITI DAN WIBAWA PENDIDIK 


12. Tambah pengetahuan Anda 
13. Tambah pengalaman Anda 
14. Katakan tidak tahu, jika memang tidak tahu 
15. Jangan terlalu banyak bercanda 
16. Hafal beberapa ayat/hadits “favorite” 
17. Berikan informasi eksklusif (istimewa) 
18. Jauhi ganjaran duniawi (pujian dsbnya) 
19. Berikan keteladanan dengan kesederhanaan 
20. Hati-¬hati dalam berpendapat 
21. Manfaatkan keterampilan khusus Anda 
22. Jaga bau badan Anda 
23. Hati-hati dengan bau mulut Anda 
24. Jangan mengeluh di depan pelajar (selalu terlihat optimis) 
25. Penuhilah janji Anda 
26. Jangan mengata kelemahan pelajar di depan pelajar lain 
27. Jangan suka mengumbar kemarahan 
28. Jangan menegur kesalahan pelajar di depan umum 


Bahagian III : TIPS MENARIK SIMPATI PELAJAR 


29. Senyumlah! 
30. Hindari perdebatan 
31. Sering-¬seringlah memuji pelajar 
32. Jika diundang pelajar, hadirlah 
33. Jenguk pelajar jika tertimpa musibah 
34. Jangan enggan meminta maaf, jika salah 
35. Sempatkan untuk “say hello” melalui telefon atau email 
36. Katakan sesering mungkin, “Saya mengasihi anda” 
37. Berikan hadiah kepada pelajar 
38. Berkunjung ke rumah pelajar 
39. Buatlah “kebaikan” sebanyak mungkin 
40. Tempatkan diri Anda sebagai sahabat pelajar 
41. Pandanglah wajah pelajar 
42. Bantu kesulitan keuangan pelajar, walau sedikit “Tangan di atas (membantu) lebih baik daripada tangan di bawah
43. Biasakan berjabat tangan dan memeluk pelajar 
44. Jangan menggunakan telefon atau SMS untuk menegur pelajar 
45. Jangan memotong pembicaraan pelajar


kredit untuk ummi hana

Khamis, 3 Mei 2012

Program Penghargaan Guru Pembimbing ( JCorp )

Hari ini selaku guru pembimbing Kelab Didik Bistari anjuran Johor Corperation dengan kerjasama Jabatan Pelajaran Negeri telah menyertai program Majlis Penghargaan Guru Pembimbing Berwibawa dan Mentor Cemerlang 2011 di Hotel selesa, Johor Bahru.

  

Sebelum acara kemuncak berlangsung, guru pembimbing didik bistari diberi peluang memainkan catur cilik bistari. Wah, inilah masanya untuk bergumbirasss...Aku seronok memainkan catur itu walaupun aku kalah. Hehehe...



Guru pembimbing Tunas Bistari pula bertanding dalam Catur Bistari. Seronoklah mereka. Cemburu juga aku melihatnya kerana aku juga ada sedikit kemahiran untuk memainkan catur tersebut. Secara tidak langsung ada juga terdetik dalam hati, " Kalau aku main, tidak mustahil aku boleh menang." Perasanlah pulak !!! 



Alhamdulillah acara selesai kira-kira jam 4.30 petang. Perut kenyang hati pun senang. Menu makanan yang disediakan memang cukup menyelerakan. Berkali-kali aku makan. Sarapan pagi, makan tengah hari, dan minum petang. Memang puas hati. 

Terima kasih, Johor Corperation !

Isnin, 23 April 2012

Rombongan Ilmu

Hari ini aku ditugaskan sebagai pengiring murid ke program Panitia Matematik Daerah Zon Johor Jaya. Program ini sebenarnya berfokuskan kepada calon2 UPSR tahun ini. 



Seramai 40 orang murid GALUS dan 40 orang murid nearmiss cemerlang mengikuti program ini. Ia di adakan di dua sekolah yang berbeza iaitu di SK Tmn Mohor Jaya 1 dan SK Tmn Johor Jaya 5. 

Teknik menjawab soalan telah didedahkan kepada calon2 dari 4 buah sekolah ini oleh guru-guru matematik di sekolah berkenaan. Apa yang aku harapkan peluang ini dapat membuka minda murid-murid aku untuk menjawab soalan dengan lebih serius.

Ahad, 22 April 2012

Penanda Buku dan Kerongsang Hari Guru

Tidak lama lagi, sambutan Hari Guru akan tiba. Dikesempatan ini aku mengambil peluang untuk pasarkan Kraf Felt dalam bentuk kerongsang dan penanda buku. 

Usahawan Muda daripada Hybrid Bistari Enterprise akan ditugaskan untuk mempromosikan produk ini kepada murid-murid. Kepada murid-murid sekolah aku khasnya dan peminat-peminat kraf di luar sana bolehlah membuat tempahan jika berminat.

Produk ini boleh dijadikan cenderamata kepada guru-guru kesayangan anda. Selain itu, ia boleh dijadikan cenderamata untuk ahli keluarga anda sendiri. Hari ibu pun semakin tiba, So, apa tunggu lagi. 

Antara rekabentuk kerongsang











Jika berminat untuk membuat tempatan sila email ke mimisha_9347@yahoo.com.my

Pendaftaran Permata Pintar UKM

Hari ini sempat aku daftarkan murid sekolah aku untuk Program Pendidikan PERMATApintar UKM. Pihak JK telah bersetuju untuk mendaftarkan seramai 39 orang murid tahun 6 untuk mengikuti program ini jika berkelayakan.

Meraka akan melayari http://ukm1.permatapintar.edu.my/ dan menjawab soalan-soalan yang disediakan untuk menyaring darjah kecerdasan (IQ) pelajar dari umur 8 hingga 15 tahun. Ujian saringan ini dijalankan bermula 1 Februari 2012 dan berakhir pada 30 April 2012 nanti. Masih ada masa lagi untuk mendaftar bagi mereka yang masih belum berbuat demikian.


Program Pendidikan PERMATApintar UKM, merupakan satu program pendidikan pelajar pintar cerdas yang permata di Malaysia yang dilahirkan oleh sebuah institusi pendidikan tinggi tempatan. Universiti Kebangsaan Malaysia telah diberi kepercayaan oleh Jabatan Perdana Menteri untuk melaksanakan program pendidikan ini melalui Pusat PERMATApintar Negara, UKM yang ditubuhkan pada bulan Januari 2010. 

ppmt


Program ini akan bermula pada bulan 17 Januari 2011. Pengambilan pertama pelajar pintar cerdas untuk program ini ialah seramai 116 orang pelajar berumur 16 tahun dari seluruh Malaysia yang telah melalui tiga ujian saringan iaitu Ujian PERMATApintar UKM1, Ujian PERMATApintar UKM2 dan Ujian Kompetensi Matematik dan Sains (Ujian UKM3).

ppmt

Program ini memberikan tumpuan pendidikan serta pembelajaran yang bersifat holistik dan berlandaskan Falsafah Pendidikan Negara. Ia juga memberi penekanan kepada perkembangan jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial yang seimbang. Justeru, program ini akan memberikan tumpuan kepada pembangunan pelajarnya berlandaskan falsafah serta prinsip hidup sejahtera yang seimbang dalam kelima-lima aspek yang dinyatakan.

Untuk maklumat lanjut, bolehlah layari laman sesawang berikut :



Sabtu, 21 April 2012

Simulasi Cilik Bistari anjuran Johor Corperation & JPNJ

Hari ini merupakan hari persekolahan seperti biasa bagi menggantikan cuti raya haji akan datang. Aku dan seorang rakan lain dilantik sebagai guru pembimbing bagi program Didik Bistari daerah Pasir Gudang. Seramai 10 orang peserta telah terlibat dengan program ini. Bermula jam 8.30 pagi hingga 5.00 petang di Dewan SMK Agama Johor Bahru. 

Beberapa aktiviti secara berkumpulan dijalankan mengikut syarikat masing-masing. Semua ahli perniagaan sekolah aku berketerampilan menonjolkan kewujudan Hybrid Bistari Enterprise mereka kepada penganjur. Ini disebabkan ada ahli yang telah mempunyai pengalaman menyertai program ini pada tahun sebelum. Alhamdulillah, markah untuk syarikat mereka akan dikreditkan oleh pihak penganjur dari semasa ke semasa.

 Agenda satu : Membentuk carta organisasi syarikat 

 Masing-masing memberikan kerjasama yang baik

 Perasmian oleh Pegawai Pelajaran Daerah Pasir Gudang iaitu Hjh. Fatimah Binti Ahmad


 Simulasi permainan catur Cilik Bistari

 Mengisi hasil dapatan bengkel. Murid ini ceria dalam letih sementara nak menamatkan program. Waktu ini jam menunjukkan kira-kira jam 4.15 petang.

 Taklimat awal sebelum aktiviti kumpulan dijalankan

Pembentangan mengenai syarikat dan produk pengeluaran semasa. Syabas kepada Eksekutif Kewangan kerana dapat membuat pembentangan dengan cemerlang.

Secara tidak langsung, aku sempat jumpa dengan x-student aku yang belajar di SMKA Johor Bahru ini. Masing-masing dah meningkat remaja. Mereka sempat bertanyakan khabar aku. Sedar tak tak sedar ada yang nak ambil SPM tahun ini. Aku doakan agar mereka terus cemerlang baik di dunia mahupun di akhirat. Amin...