Jiwang Corner :)

Selasa, 9 Ogos 2011

Program Pembelajaran Sains Teknologi Dan Inovasi Untuk Pendidik Bhgn 1

       
              Baru-baru ini, saya telah menghadiri Program Pembelajaran Sains Teknologi dan Inovasi Untuk Pendidik anjuran Bahagian Pendidikan Guru ( BPG ) atas kerjasama Pusat Sains Negara di Melaka.


            Banyak pendedahan tentang Sains dan Matematik yang saya akan kongsikan di sini. Program tersebut bertujuan memberi pendedahan kepada guru untuk menjalankan aktiviti-aktiviti dalam pembelajaran supaya lebih kreatif dan menarik. Ini sesuai dengan keperluan negara bagi melahirkan pelajar cemerlang yang berfikiran kreatif dan inovatif.


             Pada mulanya saya fikir kursus ini akan membuatkan saya stress sebab kena banyak kena fikirkan cara2 kreatif dalam P&P. Tapi rupanya sangkaan saya salah. Di sana, saya rasa ' enjoy ' berjumpa dengan rakan2 baharu dari sekolah2 di daerah Melaka, Negeri Sembilan mahupun rakan2 dari Johor sendiri.


             Pelbagai eksperimen Sains dijalankan. Kami dibimbingan oleh 2 orang fasilitator dari Pusat Sains Negara ( PSN ), Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi iaitu Encik Low dan Puan Maznah binti Sadini.




           Gambar-gambar di bawah ini saya cuba kongsikan antara aktiviti2 menarik yang sempat saya rakankan semasa berkursus. Mungkin kita boleh gunakan dalam P& P Sains terutamanya ( walaupun saya guru Matematik ). Namun, saya rasa sedikit hampa kerana pendedahan aktiviti Matematik agak kurang dikongsikan. Walaubagaimanapun, saya tetap seronok dgn setiap aktiviti yang dijalankan :)


Projek 1 : Robotic Ladybird


Bahan-bahan yang dibekalkan kepada kami ialah CD,motor,pemegang bateri,bateri,switch,gear dan skru,2 LED merah ( mata ),pelekat ladybird,dan 10 klip kertas ( kaki dan sesungut )


# Robot Ladybird saya berjaya bergerak. Ia sangat aktif dan dapat menandingi robot ladybird rakan yang lain. Horeyyy !!!




Projek 2 : Eksperimen 10 paku atas 1 paku

Bahan-bahan yang dibekalkan kepada kami ialah paku 11 batang, plastesin, dan bekas plastik. Tugasan ni buat secara berpasangan. Mula-mula dapat tugasan ini saya dan pasangan berusaha macam-macam cara tetapi tetap tidak berjaya.




Akhirnya, setelah semua peserta tidak berjaya menyiapakan tugasan ini, fasilitator kami iaitu Puan Maznah menunjukkan jalan penyelesaiannya. Memang mudah dan tidak terjangka semuanya boleh dilakukan dengan tidak sampai 1 minit pun. Sungguh menakjubkan !!!






Saya seronok dengan aktiviti ini dan mencubanya semula beberapa kali  :))


Projek 3 : Siapa bunuh Becky Boyle ?


Aktiviti ini memberi peluang kepada kami menyiasat di 5 stesen yang disediakan. Tujuannya untuk mengenalpasti siapakah yang membunuh watak yang diberi berdasarkan bahan bukti yang ada. Aktiviti ini seakan-akan kita jadi Detective Conan la...Jom Siasat siapa pembunuh misteri itu ???




Ini patung mayat Becky Boyle. Di tangannya ada biskut. Mungkin dia mati disebabkan termakan biskut yang mungkin mengandungi racun. Terus siasat...



 Ini pula kami sedang kenalpasti dakwat pen yang digunakan oleh suspek-suspek




Kenalpasti warna pen suspek. Kami main campur2 warna....



Antara cap jari suspek-suspek




Antara bekas tapak kasut suspek-suspek


Seronok jugak sesekali jadi detektif ni. Sebenarnya bukan mudah nak kenalpasti seseorang pembunuh atau penjenayah ni. Hanya mereka yang berkelayakan dan bertauliah sahaja yang mampu mengendalikan kes ini.


Projek 4 : Kereta Solar

Projek ni paling best. setiap peserta diberi satu set komponen untuk membuat sebuah kereta solar. Kami dibantu oleh 4 orang pelajar UNITEN. 


Bahan2 dan komponen yang dibekalkan kepada kami


Rakan peserta kursus sedang memasang skru




Rakan peserta dibantu oleh mahasiswa UNITEN




Hasil kereta solar yang telah disiapkan. Kami sempat buat pertandingan kereta solar siapa bergerak paling pantas :)

Banyak lagi eksperimen yang kami jalankan sepanjang kursus ini. Antara lain membuat model DNA menggunakan straw, membuat payung terjun, ' The Swimming Cork ', puting beliung dalam air, ' silver egg ',   ' Panadol Soluble Rocket ', Helikoter kertas dan lain-lain. InsyaAllah saya akan kongsikan dalam Bahagian 2 nanti.

Isnin, 8 Ogos 2011

Let's teach maths the easy way!

Assalamualaikum dan salam sejahtera...


Bertemu semula para pendidik bangsa. Di sini saya ada beberapa video tutorial tentang pengajaran topik Pecahan atau " Fractions". Saya yakin ia dapat membantu kita dalam pengajaran secara berulang kepada murid terutamanya ke yang lemah. InsyaAllah...

1) video pertama : "How to add and subtract fractions"



2) video kedua : " converting mixed numbers to improper fractions and improper fractions to mixed numbers".






Diharap video-video seperti ini dalat membantu kita dalam pengajaran di dalam kelas.
untuk melihat lebih lagi video berkaitan, rakan2 boleh melawat ke http://www.khanacademy.org/

ISTIMEWANYA RAMADHAN AL-MUBARAK...




Bulan Ramadhan merupakan bulan yang mempunyai banyak kelebihan. Kedatangannya selepas dua bulan yang juga tidak kurang keistimewaannya iaitu Rejab dan Sya'ban. Bagi tujuan menyuburkan rasa tanggungjawab dan rasa ingin menambahkan ibadat kepada Allah sepanjang Ramadhan ini, di sini dibawa beberapa hadis yang menceritakan mengenai kelebihannya.

1. Abu Hurairah menyatakan : Telah bersabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud : Apabila telah tibanya Ramadhan, dibuka pintu-pintu syurga dan ditutup segala pintu neraka dan diikat segala syaitan. 
-Hadis dikeluarkan oleh imam Bukhari, Muslim, Nasai'e, Ahmad dan Baihaqi-

2. Daripada Abu Hurairah daripada Rasulullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud :Sesiapa yang berpuasa Ramadhan dengan penuh keimanan dan keikhlasan nescaya akan diampuninya segala dosanya yang telah lalu.

 - Diriwayat oleh imam Nasai'e, Ibn majah, Ibn Habban dan Baihaqi-

3. Abu Hurairah telah berkata : Aku telah mendengar Rasulullah S.A.W bersabda tentang Ramadhan yang bermaksud : Sesiapa yang mendirikannya(Ramadhan) penuh keimanan dan keikhlasan diampunkan baginya apa dosanya yang telah lalu.

 - Hadis riwayat Bukhari, Muslim, Tarmizi, Abu Daud, Nasai'e,Malik,Ahmad dan Baihaqi-

4. Daripada Abu Hurairah telah berkata: Rasullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud : 
Sembahyang yang difardhukan kepada sembahyang yang sebelumnya merupakan penebus apa antara keduanya, dan Jumaat kepada Jumaat yang sebelumnya merupakan penebus apa antara keduanya, dan bulan kepada bulan(iaitu Ramadhan) merupakan kaffarah apa antara keduanya melainkan tiga golongan : Syirik kepada Allah, meninggalkan sunnah dan perjanjian (dilanggar).


Telah berkata Abu Hurairah : Maka aku tahu perkara itu akan berlaku, maka aku bertanya: Wahai Rasulullah! adapun syirik dengan Allah telah kami tahu, maka apakah perjanjian dan meninggalkan sunnah? Baginda S.A.W bersabda : Adapun perjanjian maka engkau membuat perjanjian dengan seorang lain dengan sumpah kemudian engkau melanggarinya maka engkau membunuhnya dengan pedang engkau, manakala meninggal sunnah maka keluar daripada jamaah(Islam).

-Hadis riwayat Ahmad, Al-Hakim, dan Baihaqi-

5. Daripada Abi Soleh Az-zayyat bahawa dia telah mendengar Abu Hurairah berkata: 


Rassullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud : Setiap amalan anak Adam baginya melainklan puasa maka ia untukKu dan Aku akan membalasnya. Dan puasa adalah perisai, maka apabila seseorang berada pada hari puasa maka dia dilarang menghampiri(bercumbu) pada hari itu dan tidak meninggikan suara.


Sekiranya dia dihina atau diserang maka dia berkata : Sesungguhnya aku berpuasa demi Tuhan yang mana diri nabi Muhammad ditanganNya maka perubahan bau mulut orang berpuasa lebih harum di sisi Allah pada hari qiamat daripada bau kasturi, dan bagi orang berpuasa dua kegembiraan yang mana dia bergembira dengan keduanya apabila berbuka dia bergembira dengan waktu berbukanya dan apabila bertemu Tuhannya dia gembira dengan puasanya. 

-Hadis riwayat imam Bukhari, Muslim, Nasai'e, Ahmad, Ibn Khuzaimah, Ibn Habban dan Baihaqi-




Ahad, 7 Ogos 2011

Antara ilmu dan harta

Ilmu merupakan aset paling penting dalam kehidupan setiap manusia. Jika kita hendak melakukan apa sahaja perlukan ilmu. Tanpa ilmu mungkin apa yang kita usahakan tidak menjadi. Malah, ilmu menduduki darjat yang tinggi di sisi manusia dan juga di sisi Allah S.W.T. Orang yang berilmu akan dimuliakan oleh penduduk langit dan bumi sebaliknya bagi orang yang tidak berilmu.

Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:

”Jadikanlah dirimu orang alim (berilmu) atau orang yang menuntut ilmu atau orang yang selalu mendengar pengajaran atau orang yang mencintai (tiga golongan yang tersebut) dan janganlah engkau menjadi dari golongan yang kelima, yang dengan sebabnya engkau akan binasa.”

(Riwayat al-Bazzar)

Maka, jelaslah di sini bahawa ilmu itu lebih penting berbanding harta. Namun, tidak salah untuk mencari harta dan bersedekahlah jika ianya berlebihan bukannya untuk bermegah2x. Sekian.

Sementara harta merupakan keperluan asas bagi manusia. Dr. Abdul Karim Zaidan mentakrifkan harta sebagai "setiap sesuatu yang boleh dikuasai dan dimanfaatkan pada kebiasaannya". Takrif ini menekankan dua perkara iaitu boleh dikuasai dan dimanfaatkan. Manusia dengan sifat fitrahnya amat suka kepada harta dan mengumpulnya. Mereka tidak pernah merasa puas dalam mengejar harta kekayaan. Tidak ada sesuatu yang dapat menghalang kecintaan mereka mengejar harta kecuali kematian. 

Namun harta dunia hanya bersifat sementara. Ianya adalah milik Allah.Diriwayatkan suatu hari sepuluh orang terpelajar mendatangi Imam Ali ra. Mereka ingin mengetahui mengapa ilmu lebih baik daripada harta dan mereka meminta agar masing-masing dari mereka diberikan jawaban yang berbeda. Imam Ali ra menjawab sebagaimana berikut:

[1] Ilmu adalah warisan Nabi, sebaliknya harta adalah warisan Firaun. Sebagaimana Nabi lebih unggul daripada Firaun, maka ilmu lebih baik daripada harta.

[2] Engkau harus menjaga hartamu, tetapi Ilmu akan menjagamu. Maka dari itu, Ilmu lebih baik daripada harta.

[3] Ketika Ilmu dibagikan ia semakin bertambah. Ketika harta dibagikan ia berkurang. Seperti itulah bahwa ilmu lebih baik daripada harta.

[4] Manusia yang mempunyai banyak harta memiliki banyak musuh, sedangkan manusia berilmu memiliki banyak teman. Untuk itu, ilmu lebih baik daripada harta.

[5] Ilmu menjadikan seseorang bermurah hati karena pandangannya yang luas, sedangkan manusia kaya dikarenakan kecintaannya kepada harta menjadikannya sengsara. Seperti itulah bahwa ilmu lebih baik daripada harta.

[6] Ilmu tidak dapat dicuri, tetapi harta terus-menerus terekspos oleh bahaya akan pencurian. Maka, ilmu lebih baik daripada harta.

[7] Seiring berjalannya waktu, kedalaman dan keluasan ilmu bertambah. Sebaliknya, timbunan dirham menjadi berkarat. Untuk itu, ilmu lebih baik daripada harta.

[8] Engkau dapat menyimpan catatan kekayaanmu karena ia terbatas, tetapi engkau tidak dapat menyimpan catatan ilmumu karena ia tidak terbatas. Untuk itulah mengapa ilmu lebih baik daripada harta.

[9] Ilmu mencerahkan pikiran, sementara harta cenderung menjadikannya gelap. Maka dari itu, ilmu lebih baik daripada harta.

[10] Ilmu lebih baik daripada harta, karena ilmu menyebabkan Nabi berkata kepada Tuhan “Kami menyembah-Nya sebagaimana kami adalah hamba-hamba-Nya”, sementara harta membahayakan, menyebabkan Firaun dan Nimrud bersikap congkak dengan menyatakan diri mereka sebagai Tuhan.


Di sini saya kongsikan sebuah kisah yang telah saya baca blog seorang rakan tentang kepentingan ilmu dalam kehidupan kita.

Suatu hari semasa Khalifah Ali sedang memberi syarahan dalam sebuah majlis ilmu, datang 10 orang lelaki yang hendak menguji kehebatan ilmunya.

“Wahai Ali, benarkah Rasulullah berkata; Saya adalah kota ilmu dan Ali adalah pintunya?” Tanya salah seorang daripada lelaki itu.

“Memang benar……,” jawab Khalifah Ali bin Abi Talib.

Lelaki pertama bertanya, “Wahai Ali, manakah yang lebih baikantara ilmu dengan harta?”. “Sudah tentu ilmu itu lebih baik daripada harta,” jawab Sayyidina Ali.

“Apa dalilnya, wahai Ali?” tanya lelaki itu lagi. “Wahai saudaraku, ilmu itu adalah warisan para nabi dan rasul. Harta itu warisan Qarun” jawab Sayyidina Ali.

Lelaki kedua pula bertanya, “Wahai Ali, manakah lebih baik antara ilmu dengan harta?”. “Tentulah ilmu itu yang lebih baik daripada harta,” jawab Sayyidina Ali, tanpa menunjukkan rasa marah.

“Apa dalilnya?” tanya lelaki ke-dua itu lagi. “Wahai saudaraku, ilmu itu menjaga kamu tetapi harta itu kamu yang menjaganya,” jawab Sayyidina Ali.

Lelaki ke-tiga pula bertanya, “Wahai Ali, manakah yang lebih baik antara harta dengan ilmu?”. Maka dijawab oleh Sayyidina Ali, “Wahai saudaraku, orang yang mempunyai banyak harta akan mempunyai ramai musuh. Tetapi orang yang berilmu mendapat ramai kawan,"

Lelaki keempat juga bertanya soalan yang sama. Jawapan Sayyidina Ali, “Wahai saudaraku, harta apabila ia dibelanjakan maka ia akan berkurang, sedangkan ilmu, jika ia diamalkan semakin bertambah."

Lelaki kelima juga bertanyakan soalan yang sama. Maka dijawab oleh Sayyidina Ali, “Wahai saudaraku, orang yang banyak harta biasanya kedekut dan tidak dihormati. Mereka yang banyak ilmu pemurah dan dihormati."

Lelaki keenam pula bertanya soalan yg sama, lalu dijawab oleh Sayyidina Ali, “Pemilik harta akan dihisab pada hari kiamat. Ilmu pula akan memberi syafaat kepadanya pada hari kiamat.”

Sayyidina Ali memandang ke arah lelaki yang ketujuh lalu berkata, “Harta menjadikan pemiliknya keras hati, tetapi ilmu menjadikan pemiliknya terang hati."

Kepada lelaki kelapan Sayyidina Ali berkata, “Harta semakin lama disimpan ia semakin usang; tetapi ilmu tidak usang dan tidak lapuk.”

Kemudian Sayyidina Ali terus berkata, “Pemilik harta akan berkata harta itu milik dia. Pemilik ilmu pula berkata ilmu itu milik Allah.”

Akhirnya 10 orang lelaki yang hendak menduga ilmu Amirul Mukminin Sayyidina Ali bin Abi Talib beredar. Orang ramai berasa kagum kerana Sayyidina Ali dapat memberikan banyak jawapan untuk hanya satu soalan.

”Sekiranya 100 orang yang datang bertanya satu soalan yang sama, aku boleh memberi 100 jawapan yang berbeza,” kata Khalifah Ali bin Abi Talib.

Maka jelaslah di sini bahawa ilmu lebih bernilai daripada harta dunia. Ianya boleh dibawa kemana sahaja walaupun sampai ke dunia akhirat. Berbeza jika dibandingkan dengan harta dunia yang hanya bersifat sementara. Namun dalam agama tidak diajarkan kita supaya tidak berharta. Bahkan harta yang berlebihan kita boleh sedekahkan pada yang layak sebagai saham akhirat kita kelak. InsyaAllah...

Sabtu, 30 Julai 2011

Salam Ramadhan & Selamat Menunaikan Ibadah Puasa


Jika semua HARTA adalah RACUN
maka ZAKAT-lah penawarnya,Jika seluruh UMUR 
adalah DOSAmaka TAQWA & TAUBAT lah ubatnya,
Jika seluruh BULAN adalah NODAmaka RAMADHAN lah pemutihnya,

                 MAAF ZAHIR & BATIN, & SELAMAT MENUNAIKAN IBADAH PUASA KEPADA SEMUA. 
                          Semoga amalan dan ibadah yang kita lakukan sepanjang RAMADHAN kali ini lebih baik daripada RAMADHAN tahun lalu
   InsyaAllah...

Khamis, 21 Julai 2011

16 Kalau Cikgu...


1. Kalau cikgu menunggu arah, semua kerja perlu dikerah.
2. Kalau cikgu kurang bersedia, di dalam kelas banyak cerita.
3. Kalau cikgu kurang kerja, dapat laporan berjela-jela.
4. Kalau cikgu kurang merancang, di dalam kelas banyak temberang.
5. Kalau cikgu suka berdamping, semua murid dapat dibimbing.
6. Kalau cikgu asyik naik marah, akhirnya semua murid buat tak endah.
7. Kalau cikgu rajin mendidik, akan lahirlah murid yang cerdik.
8. Kalau cikgu senyum selalu, murid sentiasa ingat padamu.
9. Kalau cikgu pilih kasih, murid terluka hatinya pedih.
10. Kalau cikgu seorang penyayang, ke akhir hayat tetap dikenang.
11. Kalau cikgu umpama ibu, murid akan sayang setiap waktu.
12. Kalau cikgu buat tak kisah, murid akan bermasalah.
13. Kalau cikgu rajin menasihat, setiap teguran akan diingat.
14. Kalau cikgu kurang ikhtiar, headcount murid akan terbiar.
15. Kalau cikgu kurang kreatif, kelas akan menjadi pasif.
16. Kalau cikgu sentiasa culas, murid akan sentiasa terkandas.




Guru Sepatutnya…..
  • Secara sedar menggunakan pelbagai pendekatan dan kaedah yang berbeza mengikut potensi pelajar.
  • Mempelbagaikan kaedah pembelajaran.
Guru Sepatutnya…..
  • Menguasai pengetahuan dalam bidang yang diajarkan
  • Mengenal pasti potensi pelajar
  • Memberi latihan yang mencukupi dan mencabar
  • Mampu mewujudkan suasana pembelajaran yang menyeronokan dan berkesan
Guru Sepatutnya…..
  • Bertindak sebagai pemudah cara dan bukan pemberi fakta
  • Mempelbagaikan aras soalan
  • Mahir dan bijak memilih perkara yan bersesuaian…




Selasa, 19 Julai 2011

William Kamkwamba & Kincir Angin

Pernahkah anda dengar akan kisah hidup William Kincir Angin ?
William Kamkwamba dilahirkan 5 ogos 1987, di Malawi, Afrika, sebuah negara yang dibelenggu oleh AIDS dan kemiskinan. Seperti kebanyakan penduduk di kampungnya, dia yang terdiri daripada sembilan ahli keluarga hanya menjalankan aktiviti pertanian yang tidak seberapa untuk meneruskan kehidupan. 


Kehidupan mereka yang di pinggir menambahkan lagi kesulitan apabila Malawi mengalami kebuluran terburuk dalam tempoh 50 tahun pada 2002. Bergelut untuk terus hidup, William yang berusia 14 tahun terpaksa keluar dan berhenti dari sekolah kerana keluarganya tidak mampu membayar tuisyennya dengan kos $ 80 setahun.


Walaupun dia tidak berada di dalam kelas, William terus berfikir untuk mencapai impiannya sendiri. Perasaan rasa ingin tahunya sangat tinggi. Dia telah pergi ke perpustakaan yang berhampiran dengan rumahnya untuk meminjam buku. Berbantukan buku yang dipinjamnya iaitu Using Energy , beliau cuba membina kincir angin  bagi membolehkan keluarganya mendapatkan bekalan elektrik. Selepas beberapa percubaan, akhirnya dia berjaya  untuk membina sebuah model kincir angin. 

Building the first windmill: materials and process






Pada tahun 2009, William telah menulis kisah hidupnya bersama seoang wartawan iaitu Bryan Mealer. Bukunya yang bertajuk " The Boy Who Harnessed the Wind: Creating Currents of Electricity and Hope " telah dipasarkan pada tahun tersebut.


Selain itu, pada bulan Ogos 2009, William Kamkwamba telah mengambil bahagian dalam satu pertandingan menguji kebijaksanaan oleh Maker faire Afrika di Ghana. William Kamkwamba merupakan salah seorang daripada empat penerima  Ingenuity Award 2010 yang diberikan oleh Monica Santa.


Dengan penganugerahan itu, Kamkwamba mengadakan bengkel khas untuk golongan belia di kampungnya. Dia telah mengajar mereka bagaimana untuk membuat kincir angin dan pam air yang lebih baik. Hasilnya, pemimpin muda Afrika ini dapat membuktikan kincir angin dan pam air itu dapat berfungsi dengan baik.



Pada bulan November 2006, Daily Times di Blantyre telah menulis cerita mengenai kincir angin Kamkwamba. Cerita tersebut telah diedarkan melalui blogosphere. Sehubungan itu, Pengarah Persidangan TED, Emeka Okafor menjemput Kamkwamba untuk berucap pada 2007 di Arusha. Akhirnya ucapan beliau memberi kesan kepada tetamu yang hadir sehingga sebahagian peserta yang hadir berjanji untuk membantu pembiayaan pendidikan menengah beliau.


Justeru, Kamkwamba  berjaya melanjutkan pelajarannya di Afrika Bible College Christian Academy di Lilongwe. Tetapi  kini beliau menyambung  pembelajarannya di Dartmouth College Hanover, New Hampshire. 


Antara penampilan lain yang membanggakan beliau ialah ditemuramah oleh The Daily Show tentang kebijaksanaan Sainstifik (2009), dan Reddit yang mengendalikan sesawang berita sosial (2009). Disamping itu, beliau juga telah menghadiri  Google Science Fair sebagai penceramah jemputan pada tahun ini.


ersoalannya di sini mampukah pelajar kita dapat menghasilkan sesuatu melalui pemikiran kreatif dan inovatif mereka seperti william ? Sama-sama kita renungkan....

Rabu, 15 Jun 2011

6 Topi Berfikir

Berfikir secara selari -menggunakan teknik ~Enam Topi Berfikir Edward de Bono.
Jika kita selalu berfikir secara serentak, terlalu banyak yang masuk dalam otak.Tetapi dengan kaedah pemikiran selari 'paralel thinking' kita melakukan satu cara berfikir sahaja. Kaedah ini digunakan oleh jurutera pereka TV warna. Dalam TV ada tiga tiub, tiap-tiap satu tiub mengeluarkan warna-warna yang berlainan. Tapi pada skrin TV tiap-tiap warna bergabung dan menghasilkan warna-warna yang penuh. Dalam proses percetakan gambar, proses yang serupa juga digunakan. Kaedah enam topi berfikir pun begitu.


Topi-topi berfikir yang diciptakan ialah:


Hijau


Pemikiran kreatif. Hijau otak yang subur dengan idea- gunakan topi apabila berfikir. Sewaktu pakai topi ini jangan peduli sama ada idea itu betul atau salah. Lebih banyak lebih bagus. Idea gila gila pun tak apa. Pakai topi ini waktu mula-mula berfikir. Situasi sesuai apabila hendak menyelesaikan masalah.Topi hijau pula mewakili kreativiti. Ia melambangkan tenaga pemikiran yang melihat sesuatu perkara dari perspektif yang baru dan juga mengeluarkan idea-idea yang kreatif dalam kaedah penyelesaian masalah.Topi hijau membantu kita untuk bergerak kehadapan dengan menjanakan idea-idea alternatif yang lebih baik berbanding idea asal. Ia juga digunakan untuk menyelesaikan atau memperbaiki masalah yang dilihat melalui topi hitam.


Kuning 


Lambang pemikiran konstruktif atau membina. Kuning lambang hari cerah. Digunakan untuk mencari faedah dan manafaat daripada apa-apa idea yang diterbitkan oleh topi hijau. Bagi topi kuning semua idea boleh diperbaiki. Tidak ada yang mustahil. Semuanya boleh belaka. Idea yang comot sekalipun boleh digilap. Situasi yang paling baik untuk memakai topi ini ialah apabila mendengar idea-idea yang banyak kelemahan.


Putih


Lambang pemikiran objektif. Tujuan untuk mencari maklumat semata-mata. Berapa? Siapa? Di mana? Bila? bagaimana? Tidak emosi. Tidak prejudis. Tidak timbul soal suka atau tidak suka. Gunakan Topi ini sebelum membuat keputusan memilih mana-mana alternatif. Topi ini akan memastikan keputusan yang diambil adalah berdasarkan maklumat yang betulTopi putih digunakan untuk mengumpul secara objektif segala maklumat yang berkaitan dengan apa yang sedang kita amati. Setiap pengguna topi putih tidak seharusnya memberi sebarang penilaian atau pendapat terhadap sesuatu maklumat.Pendapat sendiri tidak akan dibenarkan sama sekali untuk dimasukkan sebagai maklumat yang hendak dikumpul atau menguatkan sesuatu pendapat. Hal ini amat bertentangan dengan pemikiran tradisional yang mana lebih cenderung kepada membuat keputusan terlebih dahulu dan hanya selepas itu sahaja barulah membuat jangkaan fakta-fakta untuk menyokong keputusan berkenaan.Topi putih seringkali digunakan pada permulaan perbincangan untuk mencorakkan latar belakang sesuatu masalah. Ia juga boleh digunakan sekali lagi pada akhir perbincangan bagi memastikan sesuatu cadangan atau keputusan yang telah dibuat itu adalah berdasar kepada maklumat yang telah dikumpulkan.

Hitam


Lambang pemikiran yang kritikal dan negatif. Hitam lambang malam yang gelap. Segalanya tiada harapan. Apabila memakai topi ini cari semua yang salah, yang silap, yang sukar, yang berisiko dan berbahaya. Topi ini sesuai digunakan untuk menghasilkan pelan kecemasan. Situasi ini sesuai memakai topi, sebelum membuat sebaraang tindakan. Fikirkan apa yang buruk dan yang baik.Topi hitam digunakan untuk menganalisis idea atau meneliti sesuatu cadangan secara logikal dari aspek undang-undang, keselamatan dan lain-lain agar kita lebih berhati-hati sebelum menerima sesuatu keputusan atau cadangan. Dalam erti kata lain kita melihat sesuatu keputusan itu dari sudut negatif. Negatif di sini bermaksud berhati-hati atau melindungi kepentingan sendiri. Ini penting kerana ia dapat menonjolkan kelemahan sesuatu keputusan yang akan diambil. Ia juga membenarkan kita untuk menyingkir, mengubah dan menyediakan pelan kecemasan untuk mengatasi sebarang kemungkinan.Topi hitam juga dapat membantu kita menjadikan perancangan yang dibuat itu lebih kukuh dan fleksibel. Ia juga membantu kita dalam menjangkakan risiko-risiko yang mungkin berlaku sebelum membuat sebarang keputusan.


Merah


Topi Merah Lambang pemikiran emotif dan nilai. Warna merah lambang ghairah dan nafsu. Topi ini membenarkan kita mengambil kira emosi semasa berfikir. Situasi yang sesuai memakai selepas mengambil semua fakta yang ada.Menggunakan topi merah kita akan melihat sesuatu masalah itu dengan menggunakan emosi atau intuisi sama ada secara positif atau negatif tanpa perlu menjelaskan sebabnya dan bukan digunakan untuk mengubah sesuatu perkara atau idea yang telah dibuat. Ia juga cuba untuk memahami macam mana orang lain akan bertindak dengan emosi.

Biru


Topi Biru Lambang langit. Topi diatas sekali. Mengawasi topi-topi lain bekerja. Topi biru mewakili kawalan proses berfikir secara keseluruhannya ataupun dalam bahasa yang lebih mudah ia digunakan untuk mengawal kegunaan topi berfikir yang lain. Kebiasaannya, ia digunakan oleh pengerusi mesyuarat atau ketua perbincangan.Ia boleh digunakan pada awal perbincangan untuk menjelaskan perkara yang akan dibincangkan, menjelaskan tujuan sesuatu perbincangan dan merancang corak pemikiran yang akan digunakan dalam perbincangan tersebut. Pemikir yang memakai topi biru boleh bersuara semasa perbincangan sedang berlangsung untuk mengawal perbincangan agar tidak kelam kabut dan pengunaan topi lain adalah mengikut peraturan.

Secara ringkasnya...


Topi Hijau - Melambangkan pemikiran kreatif.
Topi Kuning - Melambangkan pemikiran konstruktif atau membina.
Topi Putih - Melambangkan pemikiran objektif.
Topi Hitam - Melambangkan pemikiran kritikal dan negatif.
Topi Merah - Melambangkan pemikiran emotif dan nilai.
Topi Biru - Topi yang paling dominan dan bertindak sebagai pembuat keputusan.