Jiwang Corner :)

Selasa, 11 November 2014

Hadiah lagi @ Jaya Jusco

Hah, macam nilah bila jadi Ketua JK Hadiah. Berhari-hari juga nak selesaikan pembelian hadiah. So hari ini aku dan dua sahabat fokuskan kepada hadiah murid yang memenangi anugerah pasukan sukan dan permainan terbaik. Anggarannya dalam RM10 untuk 12 orang pemain bola tampar lelaki. Pasukan ini mewakili permainan hingga ke peringkat negeri Johor. 

So, pusing punya pusing akhirnya kami memilih tuala sebagai hadiah. Senang nak bungkus dan mungkin ia boleh digunakan dalam jangka masa yang panjang. Kemudian kami selesaikan juga pembelian hadiah kepada guru yang melatih murid yang membuat persembahan pada Hari Anugerah Fiesta Gemilang yang akan diadakan pada hari Sabtu nanti. Esok, misi membeli hadiah untuk murid-murid yang membuat persembahan pula. Huhuhu...

Sebenarnya aku agak serabut skit dengan pertindihan tugas sebagai JK Majlis Graduasi Tahun 6 juga. Itu yang loading semacam je. Banyak urusan pembelian yang nak diurus. Tambahan pula, semuanya melibatkan kewangan yang diuruskan oleh aku. 

Aku harap semuanya dapat berjalan dengan lancar. Moga kesihatan aku turut tidak terjejas. Inshaa Allah.

Isnin, 10 November 2014

JK Hadiah @ Jaya Jusco

Hari ini bermulanya tugasan membeli belah hadiah sempena Hari Fiesta Gemilang Kokurikulum. Nampaknya setiap tahun aku ditugaskan sebagai JK Hadiah ni. Tahun lepas tugas JK Hadiah agak ringan sedikit memandangkan hadiah telah disediakan oleh unit koko. Tapi tahun ni nampaknya hadiah perlu dibeli oleh JK Hadiah sendiri.

So, berbekalkan wang yang telah diperuntukkan, aku dan seorang sahabat menuju ke Jaya Jusco Tebrau untuk proses pemilihan dan pembelian hadiah. Hari ini aku fokus untuk membeli hadiah kepada guru yang memakai uniform seragam lengkap sepanjang tahun. Akhirnya, kami memilih untuk membeli set mug beserta tangkai sebagai hadiah sesuai dengan buget yang diberikan.

Mujurlah di Jusco ni ada perkhidmatan pembungkusan secara percuma. So, kami tinggalkan barang-barang kami untuk kerja-kerja pembungkusan. Esok, kami akan menyusul untuk membuat pungutan. Hohoho...

Sabtu, 1 November 2014

Surat Rayuan Pertukaran EGTukar

Keputusan pertukaran guru dah pun boleh mula disemak sejak 11.30 malam tadi. Bagi aku sekarang belum masanya untuk aku mengisi EGTukar. Walaupun tahun ini merupakan tahun ke 11 aku di SKTM, namun aku masih mencari-cari pengalaman yang terbaik di sini. Macam biasa, aku roger-roger rakan-rakan yang mengisi EGTukar. So, ada berita yang menggembirakan, dan pasti ada juga berita yang mendukacitakan.

Buat masa ini ada seorang sahabat yang  berjaya bertukar ke Pulau Pinang mengikut suami. Alhamdulillah, dan syukur aku panjatkan tambahan pula dia dalam proses awal hamil. Kepada yang masih gagal, inshaAllah mungkin ada lagi usaha yang boleh dilakukan seandainya situasi benar-benar berkehendak.

So kat sini aku  kongsikan contoh surat rayuan pertukaran yang dirujuk daripada blog CikguHailmi.com, untuk download korang boleh rujuk terus ke blog tersebut.