Jiwang Corner :)

Isnin, 31 Disember 2012

RM 1? Biar betul?

Malam tadi aku pulun menyiapkan keperluan yang patut aku sediakan untuk anak2 buah aku. Memandangkan kami tidak terima buku resit daripada kerani lagi, maka aku sediakan borang berserta nama murid untuk 7 orang anak buah aku.
Apa yang aku nak cerita di sini adalah tentang fail plastik nih. Aku beli di Carrefour yang berhampiran dengan rumah aku tu. Apa yang memusykilkan aku adalah harganya. Dalam paket itu ada 24 keping fail plastik. Memandangkan tiada jualan satu keping aku cuba ambil sepeket lalu scan harga.
"Aik, biar betul nih. Takkan RM 1 jerk? Musykil ni," kata aku pada sahabat yang menemani aku. Seorang lelaki yang turut berada di mesin pengimbas itu turut tersenyum lalu menyampuk,"Betul lah tu RM 1. Tak payah nak musykil," katanya. Aku tersenyum memandangnya.
Aku terus ke kaunter pembayaran. Aku bertanya kepada remaja juruwang itu," Dik, fail ni tak boleh beli satu ek? Kat rak semuanya dalam peket. Tadi akak ada scan harga sepeket ni. Harganya RM 1.Betul ke?" Remaja itu cuba buat rujukan pada seniornya di kaunter bersebelahan.
Kemudian dia kembali dan mengiakan soalan aku. Aku masih curiga. Biasanya harga fail itu RM1 untuk sekeping je. Ini dapat 24 keping! Huh...biar betik! Remaja itu pun scan harga pada mesin kiranya. "RM1, kak. Akak jangan risau. Kami akan tanggung," katanya lagi. Aku pun menghulurkan wang kertas RM1 kepadanya.
Rezeki aku kot. Fail ini aku kongsikan pada anak buah dalam aliran aku. InsyaAllah aku akan gunakan bakinya untuk keperluan murid2 aku. InsyaAllah...


Jom, racing!

Petang kelmarin aku pasang lego2 ni. Hah...parah. Dah minat dengan kereta lumba lego lah pula. Hehehe....mengisi masa lapang katakan...


Ala...nak pasang kereta lumba ni bukan susah le sangat. Semudah ABC je pun. Budak tabika pun tau. Tapi jangan samakan aku dengan budak tabika pulak tau!


Jom tengok apa yang telah aku usahakan.Cantik kan? Lehlah aku letak kat atas deskboard si Comel :)

Sabtu, 29 Disember 2012

Tipah Tertipu :(

Dalam keadaan sedar dan bukti yang diberi itu kukuh, maka bermulalah episod aku tertipu. Huhuhu...

Setelah sampai di rumah sewa tempohari, aku mula mesej rakan2 serumah. Maklumlah mereka bergerak dari pantai timur. Apa yang kita sedia maklum kawasan di sana sedang dilanda banjir. Berita terkini tv3 dari semasa ke semasa melaporkan yang banjir semakin buruk menenggelami Terengganu dan Kuantan.

Seorang rakan memberi tahu bahawa dia tidak dapat pulang untuk bermesyuarat. Katanya mereka dikecualikan atas sebab banjir. Dia juga turut dipindahkan ke pusat pemindahan. Mereka terpaksa menaiki bot untuk dipindahkan. Aku beria2 percaya dan menyatakan simpati kepada mereka. Jiran2 turut bertanya dan simpati dengan khabar yang aku sampaikan.

Kira2 jam 1.15pagi kedengaran pintu rumah dibuka. Argh...rupanya rakan yang kononnya pindah dengan bot itu sampai. Argh....aku kena tipu! Mati2 aku percaya mereka tidak pulang bermesyuarat kerana banjir. Padahal mereka tidakpun berpindah ke pusat pemindahan. Jiran2 turut tertipu. Hahaa...

Apapun syukurlah mereka telah sampai dengan selamat.

Jumaat, 28 Disember 2012

Aku dan Dunia Pendidikan ( siri 2 )


Rentetan kisah yang aku tulis pada entri sebelum ini belum berkesudahan rupanya. Aku masih mahu berkongsi kisah tentang dunia kerjaya aku. Mengapa aku memilih untuk menjadi guru dan terus menjadi guru ?

Hakikatnya aku sangat mensyukuri atas rezeki yang Allah berikan pada aku. Kerjaya aku adalah ketentuanNYA. Dalam usia yang muda aku terus diterima untuk menjalani latihan perguruan di ibu kota. Aku sendiri tidak dapat bayangkan jika aku bekerja di sektor lain. Adakah aku lebih puas bekerja ? atau kerjaya itu lebih menyeronokkan berbanding bekerja mendidik murid-murid ?

Aku akui kadang-kadang penat dengan kerja-kerja perkeranian. Macam-macam data yang perlu dikemaskini. Walaupun sudah ada sistem secara atas talian dan kemudahan perkomputeran, namun masih ada lagi borang-borang tertentu yang perlu diisi secara manual. Namun, apakan daya ‘ kami yang menurut perintah’.

Ada masanya langkah jadi longlai bila semangat belajar murid sentiasa terkulai. Mana tidaknya, ketika kaki melangkah ke kelas tambahan kelihatan kerusi yang kosong lebih banyak berbanding murid yang hadir. Itu belum lagi ditambah dengan hasil kerja murid yang dibuat ala kadar, malah tulisannya pula bagaikan cakar ayam. Argh, geramnya !!!

Lazimnya, masyarakat di luar sana nampak cikgu sudah berada di rumah sekitar 2.00 petang. Itupun jika tiada aktivti lain mahupun mesyuarat di sekolah. Tetapi mereka tidak tahu, dalam pada mengurus keluarga, guru-guru masih memikirkan strategi pengajaran untuk P&P keesokkan harinya, menyemak buku latihan malah ada masanya ditambah dengan kerja-kerja perkeranian. Bagi seorang guru kerja lebih masa tanpa bayaran sudah jadi lumrah dalam kerjaya.  Selain menyemak buku latihan, guru turut menyediakan soalan peperiksaan, menyemak kertas jawapan peperiksaan, dan membuat pendokumentasian.

Guru juga perlu mengiring aktiviti perkhemahan pelajar, masuk ke hutan berhari-hari, malah turut terpaksa meninggalkan keluarga. Mereka selesa menginap di bilik hotel berhawa dingin, sedangkan guru kadangkala terpaksa tidur di dalam bilik asrama atau khemah bagi memastikan keselamatan pelajar terjamin. 

Teringat pula aku satu masa dahulu. Waktu itu aku mengiring murid-murid ke perkhemahan. Mendaki Gunung Angsi di Kuala Pilah. Tidur di dalam khemah dalam keadaan hujan renyai-renyai. Mulalah mata terkelip-kelip, mulut terkumat kamit tidak berhenti berzikir. Bila teringat kenangan itu aku tersenyum sendiri. Dalam hati berbisik, “ Bagaimana nak jaga murid, jika diri sendiri pun penakut. Huhuhu....” Namun, aku bangga kerana daripada pengalaman aku banyak belajar tentang kehidupan sebenar. Mungkin  pengalaman sebegini tidak dapat dikutip oleh pekerja sektor awam yang  lain. Anda setuju ?

Aku tahu kerjaya  seorang guru memerlukan komitmen yang kuat, tenaga yang banyak dan kesabaran yang tinggi dalam menghadapi karenah pelajar, ibu bapa, dan masyarakat. Dahulu guru dihormati, ditakuti, digeruni, disegani. Kini guru sering dikritik, dicela dan dikasari. Ilmu yang diberi kurang dihargai. Akibatnya, tidak hairanlah jikalau disiplin pelajar semakin teruk bila perasaan hormat pada guru sudah hilang.

Kini, pelajar tidak boleh dirotan lagi. Semuanya terbatas. Bagaimana mahukan jati diri yang cemerlang jika sahsiah diri tidak dapat dikawal lagi. Bagi aku, niat guru merotan itu murni hanya semata untuk mendidik pelajar. Namun, secara tidak langsung ianya boleh mendatangkan mudarat dan menjadi mimpi ngeri kepada guru jika dilakukan secara berlebihan. Setakat ini aku akui memang ada masa tertentu aku akan merotan pelajar aku. Aku merotan bersebab. Aku kesal dan aku sedih bila melihat pelajar aku yang tidak minat untuk belajar. Mereka ke sekolah untuk berjumpa rakan-rakan dan hanya memenuhi kehendak ibu bapa mereka. Di manakah arah tuju mereka ? Apakah nasib mereka pada masa akan datang jika bukan aku yang bantu ?

Teringin pula aku kongsikan pengalaman aku ketika berhadapan dengan seorang murid tahun 6 baru-baru ini. Sikapnya memang aku anggap kurang ajar dan biadab. Waktu itu aku masuk ke kelas itu untuk ajarkan subjek Matematik. ‘ Si Polan itu tidak membawa modul Matematik dan mula mengganggu rakan lain yang sedang belajar.

“ Si Polan, mana modul Matematik awak ?” tanya aku. “ Kat rumah, cikgu,” jawabnya bersahaja. Bukan sehari dua dia tinggalkan modul itu, malah seringkali. Pernah juga aku merotannya kerana hilang sabar dengan sikapnya. “ Kalau perangai kamu seperti ini, bagaimana kamu nak berjaya dalam pelajaran? Lama-lama, cikgu tengok muka kamu pun rasa nak muntah,” marah aku padanya. Aku mula hilang sabar. Kemarahan aku semakin membuak apabila dia menjawab percakapan aku. Katanya, “ Kawan-kawan, cikgu nak muntah. Siapa ada minyak cap kapak. Leh, bagi kat cikgu sikit.” Subhanallah...tersentap jantung aku. Hampir mengalir airmata aku. Ikutkan hati aku nak halau dia keluar dari kelas pada waktu itu juga. “ Kurang ajar !” Suaraku mula meninggi. Aku cuba kawal kemarahan dengan beristiqfar. Aku takut aku bertindak di luar kawalan. “Ya, Allah...lembutkanlah hati murid ini. Dia kurang kasih sayang daripada ibu bapanya. Dia anak yatim,” bisik hati aku.

Inilah kerjaya aku. Aku perlu bangga dan bersyukur kerana Allah masih bersama aku untuk melawan semua cabaran itu. Pernah juga airmata ini mengalir bila mahukan mereka berubah. Aku tahu aku lemah. Kekuatan yang aku ada perlu aku simpul rapi agar ianya utuh bersama semangat yang ada.

Bagi aku setiap usaha yang aku lakukan adalah untuk pelajar aku. Aku bawa harapan agar mereka dapat menerima ilmu dengan baik dan menjadi anggota masyarakat yang bertanggungjawab. Aku tidak perlukan mata tajam para pentadbir  untuk memantau kerja aku. Tetapi aku hanya cuba pastikan aku dapat berikan komitmen yang terbaik. Aku bekerja bukan untuk mendapat nama atau pangkat, tetapi dengan penuh kesedaran bahawa setiap apa yang  aku lakukan akan dicatat sebagai amal atau dosa.

“ Jika tidak sanggup berkorban sedikit masa,
tenaga dan wang ringgit untuk kebaikan murid,
Jangan jadi guru...
Jika tidak sanggup berpanas di dalam kelas,
bermalam di hutan, berjemur di padang, maka
Jangan jadi guru...
Jika tidak sanggup bantu murid cuci muntah dan berak,
Jangan jadi guru...
Jika sudah hilang minat mengajar
dan hanya bekerja semata-mata kerana tiada kerja lain yang terbuka,
Jangan jadi guru...dan,
Jika bekerja hanya untuk mendapatkan gaji bulanan setiap 25hb,
Jangan jadi guru...”

Aku selalu berfikir, “ Adakah kerjaya aku sebagai satu ibadah buatku? Adakah kerjaya yang aku lakukanku ini hanya kerana khuatir gaji dianggap syubhah andai tidak dilaksanakan dengan baik? Berapa banyakkah ilmu yang aku sampaikan tersemat di hati anak didikku? Dan yang paling utama, berapa ramaikah di antara mereka yang mengamalkan ilmu yang telah ku sampaikan selama ini?”

Aku dan Dunia Pendidikan ( Siri 1 )

“Cikgu, kenapa cikgu suka jadi cikgu ?” Begitulah persoalan dari seorang anak didik aku. Wah..agak mencabar juga untuk aku jawab. Teringat pula aku tatkala aku menghadapi ujian temuduga untuk masuk ke maktab perguruan. Soalan yang sama diajukan kepada aku oleh penemuduga pada hari itu. Aku tidak dapat mengingati namanya lagi kerana telah 15 tahun berlalu.

Aku teringat akan jawapan aku, “ Saya suka nak jadi cikgu sebab saya nak didik anak bangsa saya. Saya nak mereka jadi insan berguna satu masa nanti. ” Wah, begitu yakinnya aku dengan jawapan itu. Pakcik aku yang juga seorang guru memang berpesan kepada aku. Begini katanya, “ jika disoal, kita kena tunjukkan keyakinan ketika menjawab.” Jadi, aku praktiklah.

Pengalaman belajar di maktab banyak mematangkan hidup aku. Kami dididik untuk menjadi insan cemerlang jasmani, emosi, rohani dan intelek agar dapat membentuk generasi cemerlang. Pelbagai teori dan praktikal menjadikan kami lebih matang dalam dunia pendidikan. Dunia remaja aku dihiasi dengan pelbagai pengalaman tatkala praktikum. Kami terpaksa tinggal menyewa rumah di negeri orang. Waktu itulah pengalaman untuk hidup berdikari bermula. Aku syukur dengan pengalaman indah itu.

Kini, hampir 13 tahun aku berada dalam dunia pendidikan. Bilangan yang memohon menjadi guru turut bertambah. Beribu-ribu calon yang memohon tetapi hati ini sering tertanya, “ Antara yang ramai-ramai itu berapa ramaikah yang benar-benar komited dengan kerjaya guru di sekolah?” Hakikatnya bukan mudah untuk menjadi seorang guru. Ada yang berpendapat nak jadi guru ni sebab kerja seorang guru itu mulia. Tapi bagaimana pula dengan kerjaya lain? Adakah tidak mulia? Bagi aku semua kerja itu mulia asalkan apa yang kita usahakan itu dengan niat hati yang ikhlas. InsyaAllah semuanya akan jadi satu ibadah.

Namun, tidak disangkalkan bahawa kerjaya guru ini ada keistimewaannya tersendiri. Mana tidaknya dari usia enam tahun kita dah melangkah ke TABIKA ataupun prasekolah. Enam tahun kemudiannya pula kita  berada di sekolah rendah. Sambung pula 5 tahun lagi di sekolah menengah. Wah...hari-hari ke sekolah lah kita selagi tidak jejak ke usia 60 tahun, Namun aku bangga selamanya kalimat ‘ cikgu’ itu akan digunapakai pada gelaran semua guru oleh masyarakat di luar sana.
“ Cikgu, nak ke mana tu ?” Begitulah teriakan jiran-jiran aku ketika aku nak keluar berjalan mengisi masa. Dulu aku janggal dengan panggilan itu. Mana tidaknya itu bukan nama aku. Itu hanya gelaran. Namun, kini panggilan itu sudah menjadi sebati dan lali buat aku.

Aku juga sering terdengar masyarakat mengatakan kerja guru ini terjamin masa depannya. Masuk maktab, belajar hingga tamat, kemudian tunggu panggilan penempatan. Tidaklah seperti graduan lain yang terpaksa mencari kerja sesuai dengan bidang mereka. Guru juga tidak perlu khuatir tentang risiko dibuang kerja seperti kakitangan swasta yang lain jika tidak komited. Pelbagai andaian yang sering berbisik di gegendang telinga aku. Namun aku biarkan ianya berlalu kerana ada ketikanya tanggapan itu adalah benar belaka.

Aku bersyukur saat mengingatkan kembali kata-kata pensyarah aku semasa di maktab dulu. “ Di Sabah dan Sarawak banyak kekosongan jawatan guru. Tidak mustahil kamu akan di tempatkan di sana. ” Seram sejuk juga aku mendengarkannya. Mana mungkin aku akan berjauhan dengan keluarga aku? Mana mungkin aku mengajar di pedalaman ? Naik rakit ? Naik bot ? Merentas hutan rimba paya bakau ? Oh, tidak...

Ini adalah penempatan kedua aku. Kedua-dua penempatan aku adalah di kawasan bandar raya. Syukurlah Allah beri aku peluang dan permudahkan urusan aku. Pengalaman mengajar di sekolah di kawasan bandar raya semestinya memberi pengalaman yang berbeza berbanding di luar bandar. Namun dalam masa yang sama aku mengambil peluang mendengar kisah pengalaman rakan yang ditempatkan di luar bandar mahupun di pedalaman. Sungguh unik kehidupan mereka di sana. Yang pastinya aku tidak akan dapat pengalaman seperti itu !

Masih banyak yang perlu aku pelajari untuk cari pengalaman dalam kerjaya aku. Budaya kerja yang berbeza dari satu tempat ke satu tempat sebenarnya lebih memberi aku timba pengalaman hidup dan pengajaran. Jadi tidak mustahillah jika aku berhijrah untuk mendapatkan sesuatu yang lebih baik. InsyaAllah rezeki yang luas itu akan jadi milik kita sedikit demi sedikit.

Menghadapi kerenah murid dahulu berbanding murid sekarang memang jauh jurang bezanya. Semasa zaman aku bersekolah  dahulu tidak pernah pula menjawab atau membuat memek muka bila ditegur oleh guru. Tetapi sekarang, aku biasa melihat gelagat itu. Dalam  hati sering berbisik, “Argh...inikah anak-anak zaman siber?”

Zaman ini, kuasa guru terhakis. Ibu bapa yang lebih mendengar kata-kata anak tidak teragak-agak untuk mengeluarkan surat saman kepada cikgu. Teringat aku akan kisah seorang sahabat guru yang disaman. Bagi aku sahabat aku itu seorang yang komited terhadap kerjaya. Dia memang bersungguh dan tidak pernah duduk diam. Malah ada sahaja kerja yang nak dilakukannya termasukkan menceriakan kelas mahupun sekolah.

Suatu hari, sahabat tersebut yang juga rakan guru Matematik aku, menegur seorang anak didiknya. “ Aina, kenapa tidak siapkan kerja kamu ? Mana lembaran kerja yang saya beri semalam?” Murid tersebut hanya diam membatu sedangkan murid itu bukanlah murid yang lemah. Dari sehari ke sehari murid tersebut semakin malas walaupun telah dikaunselorkan. Maka, rakan aku tadi telah merotannya hinggalah berbekas pada lengannya. Tanpa di duga ibu bapa murid tersebut pun datang ke sekolah. Wah, saat yang sungguh mencemaskan !!!

Alkisahnya, datuknya punya ramai kenalan yang bekerja di Kementerian Pelajaran Malaysia. “ Ini sudah jadi kes berat ,” hati aku berbisik. Hah, rupa-rupanya apa yang disangka jadi kenyataan. Rakan aku itu di saman ! Atas rayuan guru besar, saman tersebut dikecualikan dengan syarat. Akhirnya sahabat aku tadi terlepas. Dalam pada itu, sahabat tadi terpaksa menulis laporan setiap hari. Pihak Jabatan Pelajaran Negeri pun sentiasa bertanya khabar memandangkan sekolah aku waktu itu berstatus Sekolah Harapan Negara.

Siapa kata mudah menjadi seorang guru ? Bagi aku, guru yang lalai dalam tugasnya bukan sahaja membunuh semangat pelajar untuk belajar malah perlu menjawab kepadaNYA di akhirat sana. Hakikatnya, Ikrar dan janji telah dilafaz. Lagu pun telah dinyanyikan “ Kami guru Malaysia, berikrar dan berjanji, mendidik dan memimpin, putra putri negara kita...Pada Seri Paduka, kami tumpahkan setia, rukun negara kita,panduan hidup kami semua...

Di bidang pembangunan, kami tetap bersama, membantu, membina, negara yang tercinta...amanah yang diberi, kami tak persiakan,
apa yang kami janji,  tunai tetap kami tunaikan...”

Besarnya tanggungjawab menjadi seorang guru. Tapi kenapa aku memilih untuk menjadi guru dan terus mahu menjadi guru ?

Renungan bersama...


Jangan baring ketika azan, nanti jenazah kita berat."


Rasulullah S.A.W bersabda "Sebarkan Walaupun Daripada Sepotong Ayatku 

Jangan berkata-kata semasa azan, agar lidah tidak kelu menyebut shahadah ketika sarakatul maut.. 


Assalamualaikum...

5 perkara orang Islam patut tahu berkenaan dengan kesihatan Al-Quran ada mengajar kita menjaga kesihatan dengan membuat amalan seperti berikut:


1. Mandi pagi sebelum subuh atau sekurang-kurangnya sejam sebelum matahari naik. Air sejuk yang meresap ke dalam badan boleh mengurangkan lemak yang terkumpul. Kita boleh lihat orang mengamal mandi pagi kebanyakan badan tidak gemuk.

2. Rasulullah SAW mengamalkan minum segelas air sejuk (bukan air ais) setiap pagi.Mujarabnya, In sha Allah jauh dari penyakit (susah nak kena sakit).

3. Waktu solat subuh disunatkan kita bertafakur (iaitu sujud sekurang kurangnya seminit selepas membaca doa). Ia boleh mengelak dari sakit pening atau migrin. Ini terbukti oleh para saintis yang membuat kajian kenapa dalam sehari perlu kita sujud. Ahli-ahli sains telah menemui beberapa milimeter ruang udara dalam saluran darah di kepala yang tidak dipenuhi darah. Dengan bersujud maka darah akan mengalir ke ruang berkenaan.

4. Dalam kitab juga ada melarang kita makan makanan darat bercampur dengan makanan laut. Nabi pernah menegah kita makan ikan bersama ayam. Dikhuatiri akan cepat mendapat penyakit. Ini terbukti oleh saintis yang menjumpai dimana dalam badan ayam mengandungi ion + ve, manakala dalam ikan mengandungi ion-ve, jika dalam suapan ayam bercampur dengan ikan maka terjadi tindak balas biokimia yang terhasil yang boleh merosakkan usus kita. Orang yahudi suka memakan ikan tanpa bercampur dengan makanan berasaskan ayam.

5. Nabi juga mengajar kita makan dengan tangan kanan dan bila habis hendaklah menjilat jari. Begitu juga ahli sains telah menjumpai bahawa enzyme banyak terkandung di celah jari, iaitu 10 kali ganda terdapat dalam air liur. (Enzyme sejenis alat percerna makanan, tanpanya makanan tidak hadam). Sabda Nabi Ilmu itu milik Tuhan, barangsiapa menyebarkan ilmu demi kebaikkan InsyaAllah, Allah akan menggandakan 10 kali kepadanya.

Cara senang utk dptkan pahalawalaupun slps mati . 

1) Pasang kipas di surau/masjid wlaupun 1 , setiap kali org guna , anda dpt pahala walau slps mati .

2) Derma kerusi roda di hospital . Setiap kali psakit guna , anda akn dpt pahala .

3) Beri baju kpd org , setiap kali org pakai , anda dpt pahala .

4) Beri makanan kpd org , anda dpt pahala selagi makanan itu mnjadi darah dagingnya .

5) Menyampaikan ilmu yg bermanfaat , selagi mereka mengamalkan pahala anda tetap ada .


7 kalimat yg harus di biasakan..

1.Bismillahirrahmannirrahim-Setiap hendak melakukan sesuatu.
2.Alhamdulilah-Setiap habis melakukan sesuatu.
3.Astagafirullah-Jika melakukan sesuatu yg buruk.
4.InsyaAllah-Jika ingin melakukan sesuatu pada masa yg akan dtg.
5.Laa hawla walaaquwwata illaah billaah-Bila tidak dpt melakukan sesuatu yg agak berat/melihat hal yg buruk.
6.Innalillahi wainna ilaihi rojiun-Jika melihat/menghadapi musibah atau menerima khbr kematian.
7.Lailaha illallah-Bacalah siang dan malam sebanyak-banyaknya.


Selasa, 25 Disember 2012

Peringatan Untuk Diri Sendiri

Esok dah mula mesyuarat guru bagi sesi persekolahan 2013. Argh...cuti sekolah telah pun berakhir. Banyak sekolah yang dah mula meeting semalam. Sepatutnya kami juga bermesyuarat semalam. Hah, PK1 aku telah memberi sedikit kelonggaran! Korang tau kenapa? Ce teka ce teka?  Dah dapat jawapan? Hehehe...


Nak tau jawapannya? 

Actually ramai cikgu sekolah aku yang jadi pengantin cuti sekolah ni. So kami turut diberi peluang. Hikhikhik....Apapun sebentar nanti aku akan mulakan perjalanan ke JB di mana tempat aku mencari rezeki. Perjalanan mengambil masa kira2 2 jam. Doakan aku selamat yea...


# Renungan untuk hari ini :

Belajarlah bersyukur walaupun diri dalam kekurangan,
Belajarlah ikhlas walaupun kau tidak rela,
Belajarlah taat walaupun ianya payah,
Belajarlah memahami walaupun diri tak sehati,
Belajarlah setia walau banyak godaan,
Belajarlah memberi walaupun sedikit,
Belajarlah mengasihi walau kau disakiti,
Belajarlah tenang walau kau sedang kegelisahan,
Belajarlah percaya walaupun susah...
Percayalah bahawa Allah swt sentiasa ada untuk melindungi kita...

Allahu Akbar!



Isnin, 24 Disember 2012

Aku @ Puduraya?

Semasa aku sedang memandu tadi satu mesej masuk ke telefon bimbit aku. Aku biarkan seketika. Dalam hati kecil ini berbisik, "siapalah yang mesej aku." Maklumlah sejak kebelakangan ni telefon aku memang jarang sekali berbunyi.

Sampai di kawasan yang agak selamat aku cuba baca mesej tadi. Mesej itu aku terima daripada teman tapi mesra satu ketika dulu. Catatan pada mesej itu aku baca dan buat aku tersengih sorang2.

Begini bunyinya, " Saya nampak awak kat Pudu tadi. Saya kejar dan panggil awak. Rupa2nya salah orang. Malunya saya...."

Hik3...memang melucukan. Aku balas mesej itu, " Ngeh3...awak buat saya sengih sorang2 nih."

Dia balas kembali mesej aku. Katanya, " Saya terlalu ingatkan awak kot. Bilalah kita dapat jumpa semula kan?"

Aku tidak membalas mesej itu lagi. Hah...nampaknya ada gula tumpah kat mulut dia kot. Tu yang bicaranya manis semacam. Ahaks...

Plate baru si Comel

Petang ni aku keluar bersendirian. Banyak perkara yang aku perlu buat sendiri. Dalam erti kata lain tak nak mengharapkan orang. InsyaAllah Allah sentiasa ada bersama aku.

Aku terus menuju ke Jalan Rahmat untuk beli plate baru si Comel. Plate yang ada telah patah. Bagi aku memadailah sebab usianya pun dah agak lama. Aku akur dengan kehendak semasa si Comel.
Dengan bayaran tidak melebihi RM 100 kini plate si Comel telah bertukar. Aku rasa lebih yakin bersama si Comel. Esok aku akan kembali ke tempat bertugas. Bila cuti aku tamat perkhidmatanmu sangat2 diperlukan.Jom, Comel!

# Tak sangka pejam celik pejam celik usia si comel hampir 9 tahun. Alhamdulillah, si Comel masih sihat!

Jom makan, Bubur Pulut Hitam Berjagung !

Semalam : Seorang sahabat upload gambar bubur pulut hitam berjagung. Kecurnya! 

Hari ini : Ekoran daripada kecur, maka aku beli bahan2 untuk memasaknya. Memang sedap. Bukan nak puji diri sendiri tapi setiap orang yang makan memuji2. Dalam hati, tepuk tangan suka.


Bahan :

1 cawan beras pulut hitam ~ direndam lama2 skit. nanti cepat kembang
jagung manis - aku beli yang dalam tin je
6 cawan air
5 sudu besar gula
sedikit gula nisan
secubit garam
3/4 cawan santan fresh
2 helai daun pandan
sedikit santan fresh - untuk bubuh atas bubur masa nak makan

Cara:

Masak beras pulut hitam bersama air dan daun pandan hingga beras pulut tu empuk (dgn api sederhana).
Masukkan gula, gula nisan dan secubit garam.
Masak lagi hingga gula hancur.
Kemudian masukkan santan dan masak seketika lagi.
Masukkan jagung.
Padamkan api.
Hidangkan dlm mangkuk dan masukkan sedikit santan fresh diatasnya.

Selamat mencuba :)

Sabtu, 22 Disember 2012

Si Comel Kembali

Kira2 jam 5.10 petang pekerja workshop itu menelefon aku. Aku rasa lega sebab dah hampir 3 jam aku menunggu panggilan daripadanya.

Akhirnya si Comel telah siap di make up. Aku rasa si Comel lebih cantik berbanding aku. Hehehe...namun aku adalah aku. Mana mungkin boleh disamakan antara aku dengan di Comel. Apa yang aku merepek ni ek. Waduh2x...

Setelah membayar habis wang baki aku pun pulang bersama si Comel. Hah...rindunya dengan si Comel. Kini aku kembali ceria bersama si Comel. Alhamdulillah...

# walaupun poketku semakin tipis, namun aku puas, yeaha....

Belilah, belilah!

Petang tadi cuaca mendung. Aku menonton tv sementara menunggu Mr Rocker call aku untuk ambil si Comel. Yeah...tak sabar nak tengok si Comel!

Tiba-tiba...

"Assalammualaikum....assalamualaikum..." Eh, ada orang datang! Kenapa takda bunyi kenderaan? Hairan juga nih, bisik hati aku. Aku pun menjawab salam tersebut. Tapi aku tidak munculkan diri ke muka pintu walaupun dekat. Aku minta abah yang ada di tepi aku untuk menjenguknya.

" Pakcik, sy jual barang. Nak beli?" kata perempuan itu. Aku melihat muka abah. Abah kata kat perempuan itu, " tak pa lah..." Perempuan itu tidak berganjak. Malah dia berkata, " belilah...belilah..." Aku naik musykil.

Abah terus berkata, " tak apa lah...jangan marah eh." Aku pun bingkas bangun. Sementara menuju ke pintu perempuan itu berkata, " Saya Siti lah pakcik." Hehehe....kawan aku rupanya. Walaupun dia ada datang ke rumah aku beberapa kali, abah masih tidak cam wajahnya. Ketawa besar aku dibuatnya.

Aku pun segera jemput sahabat itu masuk. Berbual2 seketika. Rupanya dia dari rumah saudaranya yang tidak jauh dari rumah aku. Sementara dia nak pulang ke JB dia singgah ke rumah abah. Lawak sungguh!

Renungan hari ini

Rahsia di sebalik mengambil air wuduk

Hari ini aku terus berblogwalking. Seronok bila membaca dari satu info ke satu info melalui blogger2. So salah satu yang aku nak kongsikan di sini adalah tentang rahsia di sebalik wuduk. Mungkin ada yang dah tahu dan tidak mustahil ada yang tidak tahu lagi.

Setiap hari kita akan mengambil wuduk untuk menunaikan kewajiban bersolat mahupun ibadah sunat yang lain. Tetapi tahukah kita setiap anggota wuduk tersebut mempunyai rahsia tersendiri. Jom, kita renungkan...

1.. Ketika berkumur, berniatlah kamu dengan, "Ya Allah, ampunilah dosa mulut dan lidahku ini".

2.. Ketika membasuh muka, berniatlah kamu dengan, "Ya Allah, putihkanlah muka ku di akhirat kelak. Janganlah Kau hitamkan muka ku ini". 

3.. Ketika membasuh tangan kanan, berniatlah kamu dengan, "Ya Allah, berikanlah hisab-hisab ku di tangan kanan ku ini". 

4.. Ketika membasuh tangan kiri, berniatlah kamu dengan, "Ya Allah, janganlah Kau berikan hisab-hisab ku di tangan kiri ku ini". 

5.. Ketika membasuh kepala, berniatlah kamu dengan, "Ya Allah, lindunganlah daku dari terik matahari di padang Mahsyar dengan Arasy Mu".

6.. Ketika membasuh telinga, berniatlah kamu dengan, "Ya Allah, ampunilah dosa telinga ku ini".

7.. Ketika membasuh kaki kanan, berniatlah kamu dengan, "Ya Allah, permudahkanlah aku melintasi titian Siratul Mustaqqim". 

8.. Ketika membasuh kaki kiri, berniatlah kamu dengan, "Ya Allah, bawakanlah daku pergi ke masjid-masjid, surau-surau dan bukan tempat-tempat maksiat". 

Maksud Tersirat:

Penjelasan nombor 1 : Kita hari-hari bercakap benda-benda yang tak berfaedah. 

Penjelasan nombor 2 : Ahli syurga mukanya putih berseri-seri. 

Penjelasan nombor 3 : Ahli syurga diberikan hisab-hisabnya di tangan kanan. 

Penjelasan nombor 4 : Ahli neraka diberikan hisab-hisabnya di tangan kiri. Penjelasan nombor

5 : Panas di Padang Masyar macam matahari sejengkal di atas kepala. 

Penjelasan nombor 6 : Hari-hari mendengar orang mengumpat, memfitnah dll. 

Penjelasan nombor 7 : Ahli syurga melintasi titian dengan pantas sekali. 

Penjelasan nombor 8 : Qada' dan Qadar kita di tangan Allah. 

# Ramai di antara kita yang tidak sedar akan hakikat bahawa setiap yang dituntut dalam Islam mempunyai hikmahnya yang tersendiri.

Pernahkah kita terfikir mengapa kita mengambil wuduk sedemikian rupa?. Pernahkah kita terfikir segala hikmah yang kita perolehi dalam menghayati Islam?. Pernahkah kita terfikir mengapa Allah lahirkan kita sebagai umat Islam? Bersyukurlah dan bertaubat selalu.

Jumaat, 21 Disember 2012

Apa yang akan berlaku?

Hati ini masih tidak keruan. Aku sentiasa panjatkan doa agar tiada musibah yang berlaku pada diri ku. Aku masih ingat apa yang berlaku pada minggu lepas. Hingga kini ia masih segar dalam ingatan.

Dah beberapa hari kebelakangan ini kelopak mata kiri aku berkedip2 lagi. Jika minggu lepas aku bersedih kerana peristiwa itu bagaimana pula dengan petanda kali ini? Ya Allah...lindungilah aku dari sebarang merbahaya dan bala bencana.

Bukan aku nak percaya sangat tentang petanda seperti ini. Mungkin juga apa yang berlaku adalah kebetulan semata2. Namun bila petanda seperti ini sudah berulangkali berlaku pada aku dan ramalannya benar, ia menjadi satu kepastian.

Biasanya jika kelopak mata kiri aku berkedip2 aku akan mengalami kesedihan. Kesedihannya merujuk kepada kekecewaan, kematian mahupun kegagalan. Semuanya berbentuk negatif. Jika kelopak sebelah kanan berkedip pula ia menunjukkan aku nak tengok orang jauh yang lama tidak bersua muka. Adakalanya juga aku  menangis gembira.

Hah...apa yang aku kongsikan ni janganlah dipercayai 100%. Ini hanya pendapat aku sahaja. Mungkin ia tidak berlaku pada korang. Jika ada yang nak kongsi pengalaman aku alu2kan. Sila2 :)

# Semua yang baik itu datangnya daripada Allah dan yang buruk itu datangnya daripada diriku sendiri.

Percubaan Pertama : Bantal Felt

Hari ini aku fokus menjahit bantal felt aku. Alhamdulillah dengan usaha gigih dan kekuatan tangan aku menjahitnya, bantal aku pun siap! Aku bangga juga kerana ini adalah hasil tangan aku yang pertama. Yahuuu...

Mee Racun lagi!

Petang smlm aku jemput abah dan mak tiri di stesen bas BP. Mereka baru pulang dari KL. Lepas tu kami g makan le. Abah nak belanja. So apa lagi. Hik3...

Kami menuju ke Taman Sri Jaya. Cadangnya nak makan mee racun. Orang kata mee racun kat sini popular. Aku pun tak tau sebab tak penah makan di situ. So aku pun pandu ke sana. Sesampainya di warung itu kami agak kecewa. Semua kerusinya dok di atas meja. Itu menunjukkan warung itu tidak beroperasi pada hari Khamis. Huhu...



Aku terus pandu ke Jalan Rahmat. Di situ ada kedai mee racun jugak. Alhamdulillah kami sampaj dengan selamat. Pesanan dibuat dan kami pun makan ler. Aku order mee racun biasa jer.

Jom makan....


Khamis, 20 Disember 2012

Semakan Tawaran ke Sekolah Kawalan dan SMKA Tingkatan 1 2013

Sukacita dimaklumkan bahawa semakan tawaran ke Tingkatan 1 (SATU) ke Sekolah Kawalan di bawah Jabatan Pelajaran Negeri (Sekolah Kawalan dan Sekolah Menengah Kebangsaan Agama(SMKA)) Ambilan Januari 2013 bagi murid-murid Tahun 6 Sesi 2012 (kecuali permohonan dari negeri Perak) boleh dibuat melalui sistem online Aplikasi Pangkalan Data Murid (APDM) bermula pada 17 Disember 2012 selepas jam 2.30 petang hingga 31 Disember 2012.

Sila layari Laman Web

http://parents.sekolahmalaysia.com untuk membuat semakan.

Semakan melalui sms juga disediakan dengan menaip MOEKWLAngka Giliran UPSR  (contoh: MOE  SKWL AG9999999) kemudian SMS ke 15888 mulai 17 Disember 2012 selepas jam 2.30 petang hingga 24 Disember 2012. 

Untuk semakan tawaran ke Tingkatan 1 (SATU) ke Sekolah Kawalan di bawah Jabatan Pelajaran Negeri untuk Kelas Kawalan, Kelas Rancangan Khas (KRK) dan Kelas Aliran Agama (KAA) Ambilan Januari 2013, sila hubungi Jabatan Pelajaran Negeri (JPN) atau Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) masing-masing untuk maklumat lanjut.

Sekian, terima kasih.

Maklumat daripada Web Kementerian Pelajaran Malaysia.

Tazkirah Hari Ini

Siapakah orang yang sibuk? 

Orang yang sibuk adalah orang yang tidak mengambil berat akan waktu solatnya seolah-olah ia mempunyai kerajaan seperti kerajaan Nabi Sulaiman a.s

Siapakah orang yang manis senyumannya?

Orang yang mempunyai senyuman yang manis adalah orang yang ditimpa musibah lalu dia kata "Inna lillahi wainna illaihi rajiuun." Lalu sambil berkata,"Ya Rabbi Aku redha dengan ketentuanMu ini", sambil mengukir senyuman.

Siapakah orang yang kaya? 

Orang yang kaya adalah orang yang bersyukur dengan apa yang ada dan tidak lupa akan kenikmatan dunia yang sementara ini.

Siapakah orang yang miskin? 

Orang yang miskin adalah orang tidak puas dengan nikmat yang ada sentiasa menumpuk - numpukkan harta.

Siapakah orang yang rugi? 

Orang yang rugi adalah orang yang sudah sampai usia pertengahan namun masih berat untuk melakukan ibadat dan amal-amal kebaikan.

Siapakah orang yang paling cantik? 

Orang yang paling cantik adalah orang yang mempunyai akhlak yang baik.

Siapakah orang yang mempunyai rumah yang paling luas? 

Orang yang mempunyai rumah yang paling luas adalah orang yang mati membawa amal-amal kebaikan di mana kuburnya akan di perluaskan saujana mata memandang.

Siapakah orang yang mempunyai rumah yang sempit lagi dihimpit?

Orang yang mempunyai rumah yang sempit adalah orang yang mati tidak membawa amal-amal kebaikkan lalu kuburnya menghimpitnya.

Siapakah orang yang mempunyai akal? 

Orang yang mempunyai akal adalah orang-orang yang menghuni syurga kelak kerana telah mengunakan akal sewaktu di dunia untuk menghindari siksa neraka.

Credit to : i luv islam

PMR 2012 : Semak Secara Talian atau SMS

Salam pagi Khamis. Diharap semua pengunjung blog aku ni sihat-sihat belaka. Moga kalian sentiasa dalam rahmat dan lindungan Allah.

Semalam keputusan PMR telah pun diumum. Kepada pelajar-pelajar yang berjaya dengan cemerlang, diucapkan tahniah. Sebenarnya itu adalah hadiah hasil daripada usaha gigih kalian. Para ibu bapa akan turut bangga dengan kalian.

Secara totalnya keputusan yang mendapat semua A dalam semua subjek menurun. Namun bilangan gagal semakin berkurangan. Alhamdulillah...Bagi yang kurang cemerlang diharap tidak berputus asa. Teruskan usaha gigih kalian kerana SPM penentu masa depan. Ada masa lagi untuk mengubah yang biasa jado luar biasa.

Kepada yang tidak berjaya perjuangan anda bukan sampai di sini. Peluang masih cerah dihadapan sana jika anda bijak memilih bidang yang anda minati terutamanya dalam bidang teknik dan vokasional. Teruskan perjuangan anda. Tidak mustahil anda akan jadi orang yang lebih baik daripada mereka yang kita jangka baik.

Ada lagi pelajar yang masih belum ambil keputusan? Mungkin ada sebab tersendiri kot. Atau tidak berada di dalam negara? Hah, kini semua kemudahan ada di hujung jari.

Keputusan PMR 2012 boleh disemak sehingga pukul 11.59 malam, 25 Disember 2012 dengan mengikuti langkah seperti berikut:

Taip PMR jarak No kad pengenalan jarak No angka Giliran dan hantar SMS ke 15888

Contoh SMS : PMR 970527105755 AZ005Z055

Cara Semak Keputusan PMR 2012 Secara Online :

Untuk semakan secara online, pelajar boleh menyemak keputusan PMR 2012 melalui Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah (SAPS).

PMR 2012 : Bilangan mendapat semua A sedikit merosot

JUMLAH PELAJAR CEMERLANG DAPAT SEMUA A PMR MEROSOT

PUTRAJAYA: Jumlah pelajar yang mendapat gred A bagi semua mata pelajaran dalam ujian Penilaian Menengah Rendah (PMR) tahun ini merosot berbanding tahun lalu.Seramai 30,474 daripada 440,643 calon yang menduduki peperiksaan itu mencatat gred A bagi semua matapelajaran, menunjukkan penurunan sebanyak 0.85% berbanding 2011.

Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran, Dr Amin Senin berkata keputusan itu perlu dianalisis dengan lebih lanjut untuk menjelaskan mengenai kemerosotan tersebut."Sama ada ia adalah prestasi keseluruhan atau pelajar cemerlang dalam mata pelajaran individu, kita perlu melakukan kajian secara menyeluruh untuk menerangkan pencapaian para pelajar," katanya kepada pemberita selepas mengumumkan keputusan itu disini pada Rabu.

Sementara itu, hanya 241 calon memperoleh keputusan gred E dalam semua mata pelajaran berbanding 346 calon tahun lalu.- M STAR

Rabu, 19 Disember 2012

Celcom oh Celcom!

Entri aku kali ini adalah mengenai talian Celcom nih. Hampir sebulan yang lalu aku sendiri tertanya-tanya apakah punca talian aku ni tertanggu. Adakah sebab Celcom atau telefon pintar aku?  Tak mungkin kot. Dah hampir 7 bulan aku guna kenapa baru sekarang nak buat hal kan? Sebelum ni ok je pun. Arghhh...tention!

Korang tau apa yang berlaku? Telefon aku tidak dapat menerima sebarang sms, mahupun panggilan. Apatah lagi jaringan internet walhal signal talian pada telefon ada. Geram tak?  Sure geram kan?  So fikir punya fikir, bagaimana nak selesaikannya? Lastly aku off and on semula telefon aku ni. Barulah dapat talian. Huhuhu...

Sebelum ni semasa aku sedang gunakan broadband, tetiba taliannya terputus. Haiskhh...mulalah darah naik ke kepala! Aku cuba telefon celcom helpline. Operator cuba jawab dengan baik. Dia turut hairan mengapa boleh berlaku sedemikian sedangkan kawasan rumah aku bukanlah dipedalaman. Tidak lama kemudian talian kembali baik. Pelik bin ajaib!

Baru2 ini aku kenalpasti yang talian Celcom ni semakin pulih. Dah hampir seminggu lebih aku tak perlu on and off telefon aku nih. Hah, lega!  harap2 ia tidak mengganggu aku semula untuk melayari internet nih.

Selasa, 18 Disember 2012

Lepaking @ Mee Racun Batu Pahat

Petang ni aku ajak abah makan kat warung Mee Racun Batu Pahat. Ini pertama kali aku ke tempat ini. First try lah konon! Tak cuba maka tak tahu. Betol tak? Jom, jalan2 cari makan!

Lokasinya berhadapan dengan Hotel Pinetree Batu Pahat. Dekat dengan Kompleks Tabung Haji.Jalan menuju ke Bukit Pasir. Jalan apa aku tak pasti pula. Haiskhh....teruk betullah aku nih. Tapi mudah je nak mencarinya kan? Waktu operasinya?  Aku pun kurang pasti. Tapi aku rasa petang baru ia beroperasi.

Oklah sesampai aku di sini kelihatannya dah ramai. Hanya ada dua meja sahaja yang kosong. Jika ramai begitu mungkin memang sedap makanannya kot. So aku pun order mee racun tulang kambing sementara abah mee racun biasa. Hakikatnya abah memang suka makan kambing. Memandangkan abah ada penyakit darah tinggi dia terpaksa berpantang.

Erm...masa untuk menikmati makanan tidaklah lama. Aku cuba menikmatinya perlahan2 agar rasanya betul-betul dapat dihayati. Rasa kambing! Hahahahaha....

Aku memang kekenyangan. Rasa kambing tu memang segar dari ladang. Kalau korang teringin lehlah singgah ke sini. Harganya juga berpatutan. Aku tak pasti berapa harga sepinggan mee tu. Yang pasti aku bayar RM22.20 untuk 2 mee racun biasa, 1 mee racun tulang, 1 milo suam dan 1 limau suam.



Pulun Jangan Tak Pulun

Hari ini aku penuhkan masa dengan meneruskan jahitan kraft aku. Malam semalam aku dah siapkan susun atur reka bentuk coraknya. So ini memudahkan aku untuk menjahitnya.

Walaubagaimanapun, aku sendiri tak tahu bila boleh siap bantal kusyen dan bantal kepala kerusi jahitan tangan aku nih. Huhuhu...



Isnin, 17 Disember 2012

3X hampa!

Petang tadi aku keluar berdua dengan abah. Abah dan aku punya destinasi tersendiri. Namun aku yang menumpang ini hanya mengambil kesempatan. Hehehe...

Mula2 aku teman abah ke Klinik Kesihatan Batu Pahat. Abah ambil giliran untuk mendapatkan ubat darah tinggi. Mujurlah giliran abah menunggu tidak lama. Perlu tunggu giliran untuk 28 orang saja. So aku hanya duduk sambil berfacebook. Manfaatkan masa yang ada. Mujurlah ada smart phone. Hehe...

Seterusnya aku ke kedai eksesori di mana Si Comel di tempatkan. Aku ingat leh tengok Si Comel tapi tak boleh. Dia kata bila dah siap dia akan call. Ada ke patut tak leh nak tengok harta sendiri. Hampa jugak dibuatnya.

Destinasi diteruskan ke Jalan Penggaram. Aku nak beli kain felt. Bekalan yang ada tidak mencukupi membuatkan jahitan aku tergendala. Namun perasaan hampa singgah untuk kali kedua. Aku minta abah teruskan pemanduan ke Jalan Mohd Akil pula. Sampai di sana perasaan hampa singgah lagi. Arghh...dah 3x hampa nih. Huhuhu...

Nampaknya kat Batu Pahat ni tak ramai yang meminati seni kraft daripada kain felt ni. Mereka hanya jual kainnya sahaja. Bentuk yang telah siap dipotong masih tiada dipasaran. Tak pasti pula jika memang ada lokasi yang menjualnya.

Cuti sekolah hampir berada di garisan penamat. So, aku kena fikirkan alternatif untuk siapkan bantal aku tuh. Nampaknya aku kena potong sendiri bentuk2 bunga yang aku perlukan. Huhuhu...chaiyok2x!

Ahad, 16 Disember 2012

Kota Bharu Aku Datang ( Part 6 )

Travelog aku belum selesai lagi. Aku sambung catatan aku tentang kunjungan ke KB. Pagi ini kira2 jam 9.30 kami telah check out dari bilik yang sempit tuh. Argh...baru bernafas rasanya bila keluar dari bilik. Huhuhu... 

Kami bersarapan di warung yang berhampiran dengan hotel. Warung itu asalnya adalah rumah. Bahagian depannya diubahsuai untuk dijadikan warung. Bahagian belakang still rumah pakcik dan makcik tu. Kami makan nasi bungkus yang sedia ada di atas meja. Terdapat juga beberapa jenis kuih yang aku makan. 

Aku nak kongsikan cerita tentang usaha gigih pakcik dan makcik yang mengusahakan warung nih. Aku kira aku boleh panggil atuk dan nenek kepada mereka nih. Aku jangkakan umur mereka telah mencecah 70an. Aku tak sampai hati plak tengok mereka buat kerja. Tak menang tangan dibuatnya memandangkan ramai yang makan di situ. Apapun air yang mereka bancuh memang khaw2! 

Hujan mula membasahi bumi. Kami teruskan perjalanan ke Pasar Siti Khadijah. Objektif aku adalah untuk membeli keropok dan dodol. Aku hanya borong 3kg keropok dan sekilo dodol. Aku turut membeli sehelai baju kelawar. Aku geram je melihat baju2 batik yang dijual. Memang cantik2. Nak beli tapi ia tidaklah menjadi keperluan aku. Cukuplah apa yang ada dalam almari. Tudung2 bawal turut menjadi igauan aku. Aku tidak membelinya lagi kerana aku telah membelinya di Pasar Wakaf Che Yeh. 

Bagi aku harga tudung yang ditawarkan di Pasar Siti Khadijah ni agak murah berbanding di Wakaf Che Yeh. Namun apakan daya. Nasi telah menjadi bubur. Kalau tidak pasti aku dapat beli dengan harga yang lebih rendah. 

Perut mula berkeroncong semula. Kami mengambil keputusan untuk menyimpan beg di stesen bas terlebih dahulu. Ini memudahkan kami sementara nak menunggu bas gerak pada jam 8.30 malam nanti. Cik Guided pun nak pulang ke rumahnya di Kuala Krai petang nanti. Namun keputusan untuk meletakkan beg di stesen bas gagal. Kedai yang menyediakan perkhidmatan itu tidak mampu menyimpan beg2 kami yang banyak itu. Arghhhh....

So kami terus menuju ke Tesco bersebelahan stesen bas itu. Objektif kami adalah untuk memenuhkan perut. Aku hanya makan yong tau fu berharga RM8.00. Selesai makan aku singgah di kedai Sus n Dfelt. Aku sempat beli kain felt polister dan butang. Aku turut bertemuramah dengan penjual di situ tentang beberapa cara membuat kraf felt.


Hah...ada pula jualan durian crepe di depan pintu masuk Tesco tu. Aku ambil peluang untuk rasa sebelum membelinya. Sebekas ada 6 ketul. Harganya RM10. Sementara menunggu seorang sahabat sampai, aku makan durian crepe itu. Memang sedap. Durian crepe sedang popular buat masa ini.


Kunjungan ke rumah seorang sahabat agak melegakan. Dapatlah kami merehatkan diri buat sementara. Kami sempat bermandi manda menggunakan air perigi. Huhu...sejuk. Selepas makan nasi kami dijamu dengan buah rambutan jarum emas dan buah salak. Buah2 itu ditanam oleh bapa sahabat di kebunnya. Manis banget! 



Selepas maghrib kereta MyVi yang memuatkan 6 orang penumpang itu meluncur laju menuju ke stesen bas. Itu adalah kami! Haha...tak percaya? Macam sardin gamaknya. Bukan padat dengan penumpang sahaja malah dengan beg dan barang2 shopping. Mujurlah perjalanan hanya mengambil masa 15 minit. Kalau tidak....agak2 jadi pe ek?


Sampai di stesen bas aku menanti seorang sahabat lama. Dah hampir 18 tahun kami tidak berjumpa. Maklumlah mamat ni adalah rakan sekolah menengah aku dulu. Akhirnya aku bertemu dengannya. Memandangkan bas lewat sampai maka kami dapatlah berbual lama skit. Hehehe...

Akhirnya bas sampai setelah 45 minit lewat daripada waktu yang ditentukan. Alhamdulillah...selamat tinggal Kota Bharu! Ada tujuan aku akan sampai lagi.









Aku dan Kraf Felt Lagi...

Hari ini aku masak ayam masak merah je. Sukanya bila ada kenduri kahwin sebab mesti dapar berkat. Sebab tu tak payah masak banyak2. Lagipun tinggal bertiga je.

Korang tau apa iti berkat? Hah, ni nak cerita sikit tentang berkat. Budaya ini biasanya diamalkan oleh orang Johor. Orang yang datang sebagai jemputan akan dapat bawa balik makanan yang di makan masa kenduri tu. Itulah yang dinamakan berkat.

Oklah aku sebenarnya nak share tentang apa yang aku usahakan hari ini. Setelah siap 10 biji donut, aku cuba usahakan jahitan cup cake  pula. Namun untuk hari ini, ku hanya sempat siapkan 2 biji cup cake.

Pada sebelah petang aku cuba usahakan jahitan bantal tengkuk di kerusi Si Comel. Apa yang ada sebelum ini telah pun buruk. Untuk kali ini aku nak hasilkan daripada tangan aku sendiri. Erm...nmpknya felt berbentuk bunga itu tidak cukup. Hanya satu bantal sahaja yang boleh dilengkapkan. So mood aku terhenti seketika. Esok aku akan minta abah bawa aku ke kedai untuk melengkapkan keperluan itu. Hehehe...

Abah bawa jalan, yeah!

Petang semalam aku minta bantuan Abah untuk bawa aku keluar. Maklumlah si Comel masih ada di bengkel. So tujuan aku adalah untuk membeli kain di Nagoya. Aku nak jahit bantal kerusi Si Comel! Hehehe...

So sampai di Square One bersebelahan Carrefour Batu Pahat, aku pun menuju ke Parkson. Actually kat perkarangan aras bawah Parkson tu ada pameran Raja Sehari utk wedding 2013. Macam2 ada. Pelbagai pamplete aku terima. Seronok tengok boot kadkahwincun. Design dia memang cantik dan kreatif. "Kak, ada promosi kak. Leh masuk tengok." Memang aku puji design2 yang ada tu. "Terima kasih, dik. Akak lom da tarikh. Calon pun takda," jawab aku. Hehehe...

Lepas tu aku singgah di boot Cuppacake B'licious. Mak tiri aku nak beli durian crepe. Maklumlah sekarang ni sedang musim durian crepe. Namun, di Cuppacake B'licious bukan sahaja ada durian crepe malah ada juga cempedak dan mangga crepe. Setiap satu berharga RM10.

Aku turut membeli cake in the jar. Kalau tak silap ada 5 jenis semuanya. Setiap satu bernilai RM10 hingga RM12 atau lebih. Oleh kerana aku nak rasa, so terbelilah juga 3 jenis daripadanya iaitu Red Velvet, Tiramishu dan Choclate Orea in the car. CB ni juga menerima sebarang tempahan cupcake pelbagai reka bentuk dan juga kek2 ulangtahun mahupun perkahwinan. Memang cantik!

Balik rumah kami pun makan apa yang dibeli. Durian crepe dan cempedak crepe memang sedap. Tapi bagi aku ia agak mahal sebab saiznya lebih kecil berbanding yang pernah aku beli sebelum ini. Mango pula aku belum sempat rasa.

So siapa yang berminat untuk menempah apa2 yang dibekalkan oleh syarikat ini, lehlah hubungi mereka di Facebook : Cuppacakes B'licious (tolong promotelah pulak :)




Jumaat, 14 Disember 2012

Mengapa Aku Sering Diuji

KENAPA KITA DI UJI? 

Apakah manusia itu mengira bahwa mereka dibiarkan (saja) mengatakan: "Kami telah beriman", sedang mereka tidak diuji lagi?Dan sesungguhnya Kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, makasesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Diamengetahui orang-orang yang dusta.  
Al-ankabut (29) 2-3    

KENAPA KITA TAK DAPAT APA YG KITA NAK?

Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. Iamendapat pahala (dari kebajikan) yang diusahakannya dan ia mendapat siksa (darikejahatan) yang dikerjakannya. (Mereka berdo`a): "Ya Tuhan kami, janganlah Engkau hukum kami jika kami lupa atau kami tersalah. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau bebankan kepada kami beban yang berat sebagaimana Engkau bebankankepada orang-orang yang sebelum kami. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau pikulkankepada kami apa yang tak sanggup kami memikulnya. Beri maaflah kami; ampunilah kami; dan rahmatilah kami. Engkaulah Penolong kami, maka tolonglah kami terhadapkaum yang kafir
Al-Baqoroh (2) 216     

DAN BILA HATI SANGAT SAKIT &SEDIH?
 
Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah (pula) kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi (derajatnya), jika kamu orang -orang yang beriman
Ali Imran (3) 139 

BAGAIMANA HARUS KITA MENHADAPI UJIAN ITU?

Katakanlah: "Hai hamba-hamba-Ku yang melampaui batas terhadap diri merekasendiri, janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya Al lah mengampuni dosa-dosa semuanya. Sesungguhnya Dialah Yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang 
Azzumar (39) 53 

BAGAIMANA KITA NAK HADAPI UJIAN NIE?

Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan sabar dan (mengerjakan) shalat.Dan sesungguhnya yang demikian itu sungguh berat, kecuali bagi orang -orang yang khusyuk
Al baqarah(2) 45

PADA SIAPA YG KITA HARUS MENGHARAP & MEMINTA? 

Jika mereka berpaling (dari keimanan), maka katakanlah: "Cukuplah Allah bagiku; tidak ada Tuhan selain Dia. Hanya kepada-Nya aku bertawakal dan Dia adalah Tuhan yang memiliki Arasy yang agung"
At taubah(9) 129

APA YG KITA DAPAT? 

Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang mukmin, diri dan harta merekadengan memberikan surga untuk mereka. Mereka berperang pada jalan Allah; lalumereka membunuh atau terbunuh. (Itu telah menjadi) janji yang benar dari Allah didalam Taurat, Injil dan Al Qur'an. Dan siapakah yang lebih menepati janjinya (selain)daripada Allah? Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan itu,dan itulah kemenangan yang besar
At taubah(9) 111  

Roti Goreng Sosej

Pagi tadi aku memenuhi kemahuan anak buah aku. Dia nak makan sosej dengan roti. So fikirkan untuk masakkan roti goreng sosej untuknya. Memandangkan ibunya telah ke tempat kerja, maka aku cuba buat dia gembira.

So, apa lagi. Mula-mula aku goreng sosej itu. Kemudian aku penyekkan roti menjadi nipis agar mudah di gulung. Then aku gulung sosej dalam roti tersebut. Bubuh sedikit telur dihujung gulungan roti itu agar tidak terbuka semasa menggoreng nanti. Celup roti tadi ke dalam telur yang telah dipukul. Lastly goreng hingga kekuningan. Yum2...

"Mak ngah, sedaplah! ", kata Arrisa. Aku tersenyum bangga kerana dapat memenuhi kehendaknya. Alhamdulillah....



Setelah sekian lama, kini aku tunggang semula

Hari ini dah genap sminggu si Comel aku tiada dalam pandangan aku. Entah apa jadi pada ia sekarang ni. InsyaAllah aku yakin ia akan jadi lebih cantik banding sebelum ini. Ini bermakna dah seminggu aku tak keluar rumah. Hanya memerap dalam rumah menguruskan kerja2 rumah, jadilah surirumah. Hik3...

Apa yang aku nak sampaikan pada entry ini sebenarnya adalah kisah aku menunggang motosikal. Setelah sekian lama aku tidak menunggang, hari ini aku cuba tunggang semula Yamaha SRX aku. Motor ini aku telah hadiahkan pada abah semenjak aku memiliki si Comel.

Pada mulanya aku agak kekok jugak. Tapi lama kelamaan aku cuba suaikan diri. Maklumlah motor ini pernah dilanggar pada tahun lepas. So kestabilannya mula terjejas. Tunggangan aku tidaklah jauh. Setakat ke kubur arwah mak dan ke kedai di taman perumahan berdekatan.

Teringat pula akan aku 10 tahun yang lalu. Motor inilah yang aku tunggang semasa aku mengajar di Pulau Pinang dahulu. Tak sangka ia telah banyak berbakti kepada aku. Kira2 dua tahun aku gunakannya di sana. Bila cuti ada pula yang tolong menjaganya di sana. He3....semuanya tinggal kenangan.


Ziarah ke Kubur Arwah Mak

Pagi Jumaat ini agak redup. Ini memudahkan aku untuk ziarah ke kubur mak. Seperti biasa aku akan memetik bunga yang ada dikeliling rumah. Bunga-bunga tersebut secara faktanya ditanam oleh arwah mak. Waktu2 cuti seperti ini aku akan memantau dan membajanya.

Kali ini 4 pokok orkid mak berbunga. Aku cuba petik untuk di bawa ke kubur mak. Bunga lain yang ada termasuklah bunga kenanga, melur, siantan, bunga kertas dan sedikit bunga sunday monday.

Suasana yang tenang di kawasan perkuburan membuat hatiku sayu. Aku sedekahkan al-Fatihah buat semua ahli kubur lantas melangkahkan kaki ke pusara mak. Aku sedekahkan Yaasin panjatkan doa agar roh mak tenang dan sentiasa mendapat rahmat dariNya. Begitulah aktiviti aku jika pulang ke kampung. Pasti aku curi masa untuk ziarah pusara mak.

Rindu pada arwah mak memang tidak terhingga. Hampir dua tahun aku tidak lagi melihat wajah mak apatah lagi memeluk mak. Namun, hingga kini airmata ini akan mengalir setiap kali aku sedekahkan al-Fatihah selepas selesai solat. Pengorbanan mak tidak terhingga. Seorang wanita tabah dan tidak pernah putus asa lalui kesusahan dlm hidup. Apa yang pasti arwah inginkan anak2nya berjaya.

Coretan tentang arwah mak nyata membuat airmata ini tumpah. Tidak mampu untuk dibendung lagi. Aku memang rapat dengan mak. Setiap hari aku pasti berhubung melalui telefon dengannya. Setiap kali cuti pula aku pasti akan bawanya bersiar2. Tapi kini semuanya tinggal kenangan. Aku hilang tempat mengadu apatah lagi untuk bermanja. Hanya Allah yang tahu apa yang aku rasakan kini...

Ya, Allah!  Cucurilah rahmat ke atas roh arwah mak, Salamah binti Baba. Lapang luaskanlah kuburnya, kurangkan hisabMu atas kejahilannya semasa di hayatnya. Janganlah Kau seksa mak atas dosa2 aku. Ya, Allah! ampuni dosa2 mak. Sesungguhnya Kau mengetahui setiap penderitaan yang mak lalui sepanjang hidupnya. Allahu Akbar!


Akhirnya Aku Berjaya!

Hah, entry aku hari ni tentang aku dan dunia felt. Kelmarin aku dah siapkan sebiji sample keychain donut aku. Comel, kan? Terpaksalah aku puji diri sendiri sebab takde yang nak puji pun. Hahaha...

So petang semalam aku dah berjaya menyiapkan kesemua 10 biji donut felt itu. Pelbagai warna menarik gitu! Ada 2 biji yang aku tak jadikannya keychain. So apa yang aku nak buat. Haa...of course fridge magnet! 

Ada sesiapa yang berkenan? Nak order leh jek. Sambil memenuhi masa aku untuk berhobi, dapatlah juga aku jadikan aktiviti ini sebagai kerjaya sampingan.


Ujian Itu Singgah Lagi

Sebagai hambaNya aku memang tidak sesekali terlepas daripada ujian Allah. Aku yakin korang di luar sana turut merasakan ujian daripada Allah. Namun setiap ujian yang Allah berika itu berbeza mengikut kemampuan hambaNya.

Kali ini satu lagi ujian singgah dalam hidupku. Patutlah dah hampir seminggu kelopak mata kiri aku berkedip2 tak henti2. Aku risau juga. Biasanya ada sahaja perkara buruk yang akan berlaku hingga buat aku menangis. So kerisauan aku sudah pun terjawab. Ujian ini harusku tempuh jua.

Panggilan daripada beliau membuatkan aku bahagia. Namun ianya bersifat sementara. Aku redha dengan apa yang telah disampaikan oleh beliau. Namun dalam masa yang sama ada juga perkara yang kurang menyenangkan aku. Hanya Allah yang tahu.

"Tahniah, syukur alhamdulillah. Akhirnya masanya tiba," hanya kata2 itu yang mampu keluar dari mulut. Dalam kejutan itu aku masih mampu untuk menceriakan perbualan. Ya Allah, sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui apa yang terbaik untukku. Dalam tangisan aku tetap mendoakan yang terbaik untuk beliau. Aku yakin apa yang berlaku ada hikmahnya.

# Aku yakin Allah bersama dengan orang2 yang sabar. Ya Allah berikanlah aku kekuatan untuk meneruskan perjalanan hidup ini. Aku tidak akan mengalah kerana aku tahu Allah tidak suka pada orang yang berputus asa.


Khamis, 13 Disember 2012

Cik Ti yang malang

13/12 - Semalam Cik Tikus dah jadi penceroboh. Aku memang bengang. Awal tu aku dapat kesan yang ia ada dalam laci mesin jahit di tepi bilik aku. Macam nilah jika berumah di tepi kebun kelapa sawit. Cik Ti memang singgah dan nak menetap. " Huh, jangan ko ingat mudah nak menetap kat umah bapak aku ni!"

Pagi ini selepas solat subuh ketika aku masih duduk atas sejadah, Cik Ti mula turun menuju ke belakang katil aku. Terkejut jugak aku dibuatnya. Aku bingkas bangun untuk bertindak. Mungkin Cik Ti tu sedang marah. Abang Long beritahu dia ada bunuh 3 ekor anak Cik Ti tu semalam. Hu3...

So apa lagi. Aku pun memanggil abah. Abah datang membawa sheltox dan kayu. Abah sembuh keliling bilik. Mudah2an Cik Ti tu akan mabuk. Aku bantu abah tarik katil. Ternyata Cik Ti itu ada di situ. Hahahaha...siap kau!

Akhirnya tamatlah riwayat Cik Ti. Dengan sekali ketukan kayu oleh abah, Cik Ti terus kaku. Aku lega sebab Cik Ti dah tak menganggu aku lagi walaupun laci mesin jahit telah dimamahnya. Tasbih aku juga telah putus dan maniknya di mamah. Tak suka..tak suka...tak suka...Huk3....

Isnin, 10 Disember 2012

Istanbul Aku Datang

Hari ini aku berpeluang tonton filem Istanbul Aku Datang. So leh lah aku nak komen or bagi sinopsis sikit tentang filem ni. Takde kerja katakan. Oppsss...Orang lain jangan marah. Hujung tahun memang masa untuk cikgu2 berehat dan tenangkan minda.

Melepak depan tv di rumah itu sudah semestinya. Kali ini aku menonton filem ni bersama kak ipar aku dan 2 orang anak buah aku. Budak2 ni layan jugak cerita2 cinta ni walaupan baru usia 8 dan 4 tahun. Adeh...

Citer ni mengisahkan kisah cinta remaja di mana Azad (lakonan Tomok ) melanjutkan pelajaran dalam bidang perubatan di Istanbul. Kehadiran Dian (lakonan Lisa Surihani) yang datang ke Istanbul untuk dekat dan dengan kekasihnya ( lakonan Tomok ) sedikit sebanyak menghuru harakan keadaan. Dia ditipu semasa mendapatkan rumah sewa hingga terpaksa menyewa bersama seorang lelaki bernama Haris ( lakonan Beto ).

Pelbagai pergolakan berlaku antara dia pasangan ini. Namun hubungan yang lama terjalin antara Azad membuatkan Dian keliru untuk memilih jodohnya sedangkan dia mula jatuh hati pada Haris.

So kesudahannya....dia memilih siapa? Lelaki yang bertahun2 dia kenali atau lelaki yang baru sahaja 2 minggu dia kenali? Hehehe....the best man win, right? sure dia pilih Haris.

Kalau aku sure aku pilih Haris juga. Nampak dia ikhlas dan bersifat penyayang. Tambahan pula aku memang minat dgn lakonan Beto Khusairy nih. Citer ni memang sweet!

Cik Kiah Yang Becok

Malam ni Cik Kiah beraksi lagi. Melompat-lompat di depan tv. Menari menyanyi bagai dirasuk. Ala-ala KPop la kononnya. Orang Jawa kata lagak seperti itu ' menjeng' gitu.

Sebentar tadi aku suap dia makan. Punyalah banyak dia makan. Siang tadi dah makan biskut gula cicah air kopi. Lastly dia kata, "kita dah taknak makan. Dah kenyang. Nanti perut meletup." kahkahkah...memang kecoh.

Itulah lagak anak buah aku yang kedua nih. Umurnya 4 tahun. Tapi mulutnya macam makcik2. Namanya Syafira Alliya kini aku gelar Cik Kiah. Bila tengok Zizan dia mulalah senyum2. Syiok gitu. Auwww....


Kenapa Aku Temui Orang Yang Salah

Petang ni sambil2 aku menjahit aku layan perasaan aku jugak. Maklumlah bila bersendiri begini mulalah fikirkan masa depan. Sampai bila nak menyendiri? Kenapa aku sering temui dengan orang yang salah?

Aku cuba menggoggle. Aku temui sebuah blog yang mengongsikan rasa hati ini. Sebelum ini aku pernah jumpa dan baca. So kali ini aku cuba kongsikannya.

MENGAPA ALLAH SENGAJA TEMUKAN KITA DENGAN ORANG SALAH?

Memang ALLAH sengaja menemukan kita
dengan orang yg salah
supaya kita dapat menjadi penilai yg baik.

memang ALLAH sengaja menemukan kita
dengan orang yg salah
supaya kita sedar bahawa kita hanyalah makhluk yg sentiasa mengharapkan pertolongan ALLAH

memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah
supaya kitadapat KASIH SAYANG YANG TERBAIK,KHAS UNTUK DIRI KITA.

memang ALLAH sengaja menemukan kita
dengan orang yg salah
supaya kita sedar bahawa
ALLAH MAHA PEMURAH &PENYAYANG
kerana mengingatkan kita
bahawa dia bukanlah pilihan yg hebat
untuk kita dan kehidupan kita
pada masa depan...

memang ALLAH sengaja menemukan kita
dengan orang yg salah supaya kita dapat mengutip pengalaman
yg tak semua orang berpeluang
untuk mengalaminya.

memang ALLAH sengaja menemukan kita
dengan orang yg salah supaya kita jadi
MANUSIA YG HEBAT JIWANYA.

memang ALLAH sengaja menemukan kita
dengan orang yg salah
supaya kita lebih faham bahawa
CINTA YG TERBAIK HANYA ADA BERSAMA ALLAH.

memang ALLAH sengaja menemukan kita
dengan orang yg salah
supaya kita
LEBIH MENGENALI KEHIDUPAN
YG TAK SELAMANYA KEKAL...

Rasulullah SAW bersabda : "Cintailah siapa yang ada di bumi supaya kamu akan dicintai oleh makhluk yang berada di langit " (Riwayat Tabrani)

Di antara tanda-tanda cinta seseorang kepada Allah SWT adalah memperbanyakkan bermunajat, mendirikan solat sunnah,membaca al-Quran dan berzikir kerana dia ingin selalu bersama dan mencurahkan semua perasaan hanya kepada-Nya.

Apabila Sang Khaliq memanggilnya melalui suara azan maka dia bersegera menuju ke tempat solat untuk berjumpa dengan-Nya. Bahkan bila malam tiba, dia ikhlas bangun tidur untuk berduaan (berkhalwat) dengan Tuhan kekasihnya melalui solat tahajjud. Betapa indahnya jalinan cinta itu!

Aku Terima Nikahnya

Hari ni mencari2 lagi aktiviti untuk memenuhkan masa cuti nih. So apa lagi. Jom layan movie Melayu. Kalau takde orang nak tengok citer Melayu, jadi akulah yang tengok. 

Kalau semalam aku tengok Istanbul Aku Datang maka hari ini aku tonton Aku Terima Nikahnya. Hehehe...pasti ada yang dah layan kat panggung kan? So apa komen korang yang dah tengok tuh. Memandangkan ini adalah blog aku maka aku sendiri nak komen tentang dua cerita nih.

Untuk filem ATN ni memang filem romantik. Kisah sepasang suami isteri ( lakonan Ady Putra dan Nora Danish )yang baru berkahwin atas dasar cinta. Mereka bahagia sangat2 sehingga pada suatu hari kebahagiaan mereka diuji. Suaminya telah terlibat dalam kemalangan.

Selepas koma beberapa bulan, akhirnya suami tadi sedar dan kembali ke rumah. Malangnya ingatan si suami tidak pulih sepenuhnya. Dia hanya ingat tentang dirinya sebelum usia sekarang. Pada waktu itu dia tidak mengenali isterinya langsung. Sangat menyedihkan....

Si suami hanya kenal ibu bapa dan rakan-rakannya sahaja. Pelbagai usaha yang dilakukan oleh si isteri untuk kembalikan ingatan si suami namun gagal. Si isteri berkorban apa sahaja. Biarpun airmata menjadi pengganggu emosi namun si isteri tidak pernah berputus asa.

Dalam pada itu si suami lebih menyenangi akan sahabat baik si isteri. Bertambah hancurlah hati si isteri tadi. Pada satu hari, si suami brsuara untuk menceraikan si isteri kerana rasa hidupnya bagaikan membuat maksiat di dalam rumahnya. Dia tidak sayang isterinya lagi.

Si isteri cuba mempertahankan rumah tangga mereka. Baginya si suami adalah cinta pertama dan terakhir buatnya. Si suami jugalah syurganya. Namun tahap kesabaran si isteri ada batasnya. Atas layanan buruk daripada si suami akhirnya dia minta dilepaskan. Hah...syahdu?

Si isteri meninggalkan si suami. Hinggalah pada satu hari ingatan si suami semakin pulih. Dia mula mengingati kemalangan yang menimpanya. Dia juga mula mengingati saat2 dia diijabkabulkan dengan isterinya. Dia turut terdengar2 suara isterinya memanggilnya di rumah.

Akhirnya.....korang mesti dah tau kan. Biasalah citer Melayukan....kita dah boleh teka apa endingnya. So korang fikirlah sendiri the happy ending tu. Namun aksi2 dalam filem ini agak keterlaluan. Peluk2 cium tu memang tak patut ditayangkan. Perkara itu seakan telah menghalalkan yang haram! 

So itu saja sinopsis dan komen daripada aku. Ada yang nak kongsi komen. Aku takda masalah...jom buka minda!