Jiwang Corner :)

Isnin, 22 Oktober 2012

Kerja Akhir Tahun

Lama aku tidak menulis di sini atas kesuntukan masa. Maklumlah, kerja-kerja pengurusan murid pada akhir tahun tersangatlah banyak. Macam-macam nak kena buat. Minggu lepas baharu sahaja selesai peperiksaan akhir tahun setara peringkat negeri Johor.

Lepas murid-murid periksa, maka giliran guru pula menanda kertas mereka. diikuti dengan key in markah dalam Sistem Aplikasi Peperiksaan Sekolah. Lepas tu kena cetak dan serahkan keputusan peperiksaan mereka. Fai-fail mereka juga perlu dikemaskini. Kad laporan koko sepanjang tahun juga perlu dilengkapkan untuk mendapatkan markah prestasi mereka. 

Hah, nampaknya entry aku kali ini cerita pasal kerja-kerja hujung tahun kat sekolah. Yang agak rumit adalah saat nak screening murid ke kelas tahun hadapan. Arghh...memang agak memeningkan aku. Nak kena tengok jumlah murid, bilangan murid lelaki dan perempuan, dan murid bukan Islam. Itu belum lagi nak pisahkan murid-murid tegar ke dalam kelas yang berlainan. Huhuhu...

Tadi, murid-murid aku dah dah mula pulangkan buku teks yang telah dipinjamkan oleh KPM. Esok pula, proses peminjaman buku teks untuk sesi persekolahan 2013 pula. Apa yang aku kesalkan sebahagian daripada murid-murid ini tidak tahu nak menjaga buku-buku mereka.


Minggu lepas aku telah ingtakan mereka agar dapat memperbaiki buku-buku yang rosak sebelum dipulangkan. Tapi ada juga yang buat tidak endah. Bila aku tegur ada pula yangmenjawab, " Ala..cikgu ni banyak songeh pulak !. Orang dah bawa buku ni ambik sahajalah... " 

Aku sangat sedih dengan murid yang begini. Hendak sahaja aku tangankan. Namun aku cuba kawal dan marah sambil menjerit, " Awak ni dah melampau. Kurang ajar !". 

Beginilah sikap mereka. Baharu mencecah usia 10 tahun, dia sudah berani menunjukkan belang. Aku tidak tahu bagaimana jika murid-murid seperti ini tidak diberi perhatian dan tunjuk ajar. Bagaimana pula sikapnya ketika bersama keluarganya di rumah ? Wallahulam..

Isnin, 15 Oktober 2012

Hari Temuduga SPP

Penantian untuk ditemuduga bagi kenaikan pangkat telah berakhir pada hari ini. Pelbagai ujian perasaan yang aku lalui sepanjang menanti masa aku masuk ke dalam bilik berhadapan dengan penemuduga.

Sesi pada tahun ini berbentuk kumpulan. Satu kumpulan ada 6 orang. Kumpulan aku terdiri daripada seorang guru lelaki dan 5 lagi guru perempuan. Dua orang merupakan Peneolong Kanan.

Satu persatu soalan diajukan. Semuanya dalam bidang berkaitan. Hati meraung menangis kesedihan kerana waktu itu nasib tidak menyebelahi aku. Kalimat astaqfirullah halazim sering terpacul dari bibir aku. Mana tidaknya, beberapa kali soalan diajukan kepada aku, ada yang tidak mampu aku menjawabnya sedangkan aku telah membacanya.

Terasa waktu itu otak aku aku bergerak perlahan. Bagaikan gear 1 sedangkan ahli yang lain bagaikan sudah menggunakan gear 4 dan 5. Ya, Allah, ampuni aku...

Sepanjang perjalanan pulang aku rasa bagaikan dunia aku kosong. Hampir mengalir airmata kerana rasa terlalu teruk semasa menghadapi sesi temuduga tadi. Ya, Allah...moga ujian dariMU tadi tetap melayakkan aku untuk lulus. 

Aku masih teringat beberapa ayat panas daripada Tuan SPP itu kepada kumpulan kami. Anataranya,      " Cikgu, saya ni tanya mengenai bidang pendidikan. Bukan bidang lain. Belum lagi tanya tentang Menteri Kabinet. Mesti cikgu tak tau. " Bila lambat menjawab soalan daripadanya, terus dia ajukan pada rakan sebelah. Katanya, " lambat ". Sepatutnya semuanya dah ada dalam kepala. Bukankah banyak soalan dah bocor daripada rakan-rakan sebelum ?" Adeh...memang mencemaskan. 

Rakan sebelah aku merupakan junior aku semasa di maktab dulu. Mujurlah kami boleh berbisik berkongsi idea. Memang mendebarkan. Maklumlah, aku ni jenis yang cepat panik juga. huhuhu...

Aku akan cuba kongsikan soalan-soalan yang berkaitan pada posting yang akan datang. InsyaAllah :)

Rabu, 10 Oktober 2012

Sistem sekolah satu sesi bermula 5-10 tahun akan datang, kata Muhyiddin

GOMBAK, 10 Okt — Kerajaan akan melaksanakan sistem sekolah satu sesi dari lima ke 10 tahun dari sekarang, kata Tan Sri Muyiddin Yassin (gambar).


Beliau yang juga timbalan perdana menteri berkata, setakat ini kira-kira 20 peratus dari 10,000 sekolah telah menggunakan sistem demikian.

“Kita mempunyai guru yang cukup untuk sistem itu, tetapi kita perlu membina lebih banyak lagi sekolah.

“Sistem ini juga memerlukan waktu persekolahan yang lebih lama,” kata Muhyiddin lagi.

Muhyiddin yang merupakan menteri pelajaran ditemuramah ketika melawat pelajar yang menghadapi peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) di Sekolah Menengah Kebangsaan Gombak Setia, hari ini.

Beliau berkata, kementeriannya memerlukan lebih banyak peruntukan bagi menambah bilik darjah bagi memenuhi kemasukan pelajar yang semakin meningkat.

“Seperti di dalam blueprint (pelan pendidikan) yang kita dah keluarkan baru-baru ini, kita berharap dalam satu tempoh kita akan dapat buat sebahagian besarnya sudah jadi sekolah satu sesi, caranya dengan menambah bilik darjah.

“Apabila sudah ada sekolah satu sesi, kita akan dapat memberi fokus kepada pada matapelajaran Sains, Matematik dan Bahasa Inggeris, seperti sekolah swasta.

“Buat masa sekarang ini, kita tidak boleh lakukannya kerana terdapat dua sesi dan sesi petang pula yang akan nak masuk,” katanya lagi.

Sekolah swasta misalnya tamat antara jam 3 atau 4 petang dan mereka turut menerapkan program sukan dan kokurikulum.Pengerusi Panel Penasihat Sekolah Kluster Kecemerlangan, Tan Sri Dr Abdul Rahman Arshad menyarankan kerajaan melaksanakan persekolahan satu sesi dari jam 8 pagi hingga jam 4 petang dengan memperkenalkan jadual kerja anjal untuk guru supaya tiada beban kerja berlebihan.

Isnin, 8 Oktober 2012

e-SPLG

Baru je siap isi pautan e-profile dalam e-SPLG. Punyalah mencabar. Bukannya mencabar nak menaip tapi mencabar dengan server. Mana tidaknya, semalam aku cuba isi. Bila nak hantar, keluar plak perkataan error tuh. Manalah aku bengkek jika perlu buang masa isi perkara yang sama berulang kali.

Subuh tadi aku cuba buka sekali lagi menggunakan telefon pintar aku. Perkara yang sama juga yang berlaku. Arghhhh...Sampai di sekolah, rupa-rupanya ramai yang mengadu nasib yang sama. 


Lastly, aku cuba sekali lagi ( untuk ke berapa kali pun tak pasti ) dalam jam 10.00 malam tadi. Alhamdulillah, semua maklumat selamat di hantar. So, boleh senyum lega sebelum dihambat oleh penyelaras LDP. Yahuuu....


Ahad, 7 Oktober 2012

Hentikan Keroncong @ LC Katering

Ojektif ke Home Fair @ PERSADA Johor dah tercapai. Lepas solat Zohor, kami teruskan perjalanan. Objektif kali ini adalah jalan-jalan cari makan. Perut dah mula berkeroncong nih. Lapoo...( versi Johor )

So, aku buat keputusan untuk singgah ke LC Katering. Ayam penyet jadi pilihan. Sementara menunggu menu sampai, seperti biasa Jelly Kelapa dihulurkan. So, tunggu apa lagi, yum2x je lah...

Tak lama kemudian, ayam penyet pun sampai. Tanpa suara, kami pun membaham nasi ayam penyet tuh. Memang sedappp ! Tambah pula dengan bandung laici. Pergh...memang berbaloi2x. 

Dah separuh aku makan baru teringat nak snap gambar. Hihihi..
( tak senonoh betullah )

Jelly kelapa...menu pertama yang kena yum2x

Nyum,nyum...actually pinggan makan aku licin tadi. Ekeke...

Tambahan gambar carian Pak Google

Sesiapa yang belum sempat singgah makan nasi ayam penyet di LC Catering ni, sila-silakan lah yea...

@ Home Fair PERSADA Johor

Pagi-pagi lagi aku dah terima SMS daripada seorang rakan. Dia minta aku hantarkan seorang rakan lama kami ke Larkin Sentral. Dia mau pulang ke Muar. Dahulu dia mengajar di sekolah yang sama dengan kami. Tapi sejak 2 tahun lepas dia telah pulang balik mengajar ke kampung halamannya di Muar. Namun, hubungan kami tetap baik.

Sampai di Larkin, kami bersarapan sambil bersembang. Bercerita tentang masa depanlah kononya. Hehehe...Okle tu, setidak-tidaknya takde lah kami menceritakan hal orang lain. Mengumpat namanya tu. Yang penting selalu bersihkan hati. Baru Allah sayang !

Lepas tu aku ke Persada dengan 2 orang rakan lain. Objektif aku nak skodeng keperluan utama untuk rumah baharu aku nanti. Walaupun masih menunggu kunci, aku sudah bersedia bertindak. Maklumlah, semuanya kena buat sendiri. Huhuhu...

Hah, dah pasti aku kena cari grill untuk rumah aku. Ronda punya ronda, tanya punya tanya, akhirnya aku jumpa satu boot grill yang agak menarik perhatian aku. Aku lihat beberapa orang sedang booked buat grill. Mula-mula, aku risaukan juga tentang perkhidmatannya. Namun, datang seorang perempuan India ke arah aku. Asalnya dia sedang booked sesuatu di kaunter. Tiba-tba dia kata kat aku, " it's expensive, but sangat bagus. I pernah buat grill dengan dia before." 

Terkejut juga aku. Mungkin Allah hantarkan wanita India itu supaya aku lebih yakin untuk buat keputusan. Lastly, aku booked syarikat tersebut untuk buat grill rumah aku. Alhamdulillah, selesai satu perkara. 


Sabtu, 6 Oktober 2012

Puad: 30 peratus pelajar terbaik SPM akan ditawar kursus perguruan

BATU PAHAT - Pengambilan calon untuk Kursus Perguruan Lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tidak akan diiklankan mulai tahun depan dan sebaliknya akan ditawarkan kepada 30 peratus pelajar lepasan SPM yang memperolehi keputusan terbaik.

puad-zarkashi

Timbalan Menteri Pelajaran Dr Mohd Puad Zarkashi berkata langkah tersebut adalah usaha bagi meningkatkan kualiti guru selari dengan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025.

Sebelum ini, katanya, lepasan SPM yang ingin menjadi guru perlu memohon untuk menduduki ujian kelayakan khas atau M-Test dan akan dipanggil untuk temuduga selepas lulus itu.

Bagaimanapun mulai tahun ini, permohonan untuk mengambil ujian M-Test adalah terbuka kepada semua pelajar SPM pada hari terakhir peperiksaan, katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau berkata apabila keputusan peperiksaan SPM keluar nanti, kursus itu akan tawarkan kepada 30 peratus pelajar yang memperoleh keputusan terbaik.

Sebelum itu, Mohd Puad, yang juga Ahli Parlimen Baru Pahat, menghadiri majlis pemimpin bersama rakyat dan penyampaian cek baikpulih rumah nelayan peringkat Parlimen Batu Pahat di Pengkalan Nelayan Kampung Sungai Suloh di sini.

Sebanyak RM1.5 juta diperuntukkan untuk membantu membaiki 155 buah rumah dari enam kampung nelayan di daerah itu. - Bernama

Jumaat, 5 Oktober 2012

Sesi Bergambar Unit Uniform 2012


Salam petang Jumaat...

Hari ini penghulu segala hari. Alhamdulillah, kita masih bernafas di dunia Allah ini lagi. Mudah-mudah kehidupan kita lebih bermakna dari sehari ke sehari sebagai hambaNYA.

Apa yang aku nak kongsikan hari ni ek ? Oklah, aku cuba kongsikan rakaman gambar unit uniform sekolah aku. Gambar ini telah dirakam pada hari Rabu lalu.

Akhirnya aku dapat pakai baju Pandu Puteri aku yang baru siap dibaiki itu. Apa yang penting, control cun. Hehehe...








JPA kaji selaras gaji graduan

Kerajaan cadang mekanisme baru gred penjawat awam

Ipoh: Kerajaan sedang mengkaji untuk menyelaras tangga gaji penjawat awam berkelulusan ijazah yang kini memulakan kerjaya dengan Gred 41.


Ketua Setiausaha Negara, Datuk Seri Dr Ali Hamsa berkata, pelarasan itu perlu bagi mencapai sasaran masyarakat berpendapatan tinggi dan negara maju menjelang 2020.

Bagaimanapun, beliau tidak menyatakan gred yang dicadangkan. Penggredan perjawatan awam berkelulusan ijazah kini bermula daripada gred 41, diikuti Gred 44, Gred 48, Gred 52, Gred 54, Jawatan Utama Sektor Awam (JUSA) C, JUSA B, JUSA A, Turus 3, Turus 2, Turus 1 dan Ketua Setiausaha Negara.

Penyelarasan gaji

“Ia di peringkat awal perbincangan dengan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) untuk melihat segala aspek mengenai pelarasan gaji bagi penjawat awam berkelulusan graduan.

“Sebagai graduan, mereka memasuki kerja bermula dengan Gred 41 dan boleh mencapai jawatan setinggi Ketua Setiausaha Negara, tetapi tidak semua boleh mencapai tahap sedemikian.
“Jadi, kita mencadangkan satu mekanisme baru untuk memastikan pelarasan mengenai penggredan serta had gaji berasaskan kemampuan sedia ada,” katanya selepas merasmikan penutup Persidangan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) Malaysia, di sini semalam.

Mengenai cadangan CUEPACS memohon bonus satu setengah bulan dikecualikan daripada cukai, Ali berkata, ia membabitkan perbincangan di peringkat Kementerian Kewangan.

“Kita perlu melihat cadangan itu dalam pelbagai aspek serta apa juga implikasi kewangan sebelum membuat keputusan,” katanya.

Berhubung dakwaan pembangkang bilangan 1.4 juta penjawat awam terlalu ramai sehingga meningkatkan kos kerajaan, Ali berkata, bilangan itu seimbang bagi membantu menyediakan perkhidmatan terbaik kepada rakyat.

“Apa yang penting, matlamat penjawat awam ialah meningkatkan produktiviti dengan kreatif dan berinovasi,” katanya.

INFO: Tangga Gaji Permulaan

- Gred 41 RM1,690
- Gred 44 RM2,976
- Gred 48 RM4,349
- Gred 52 RM4,894
- Gred 54 RM5,160

Khamis, 4 Oktober 2012

Teks Pengacara Majlis Hari Anugerah Kokurikulum 2012





Mengumumkan ketibaan Yang Berusaha Encik Nordin bin Rukani, Penyelia Unit Kokurikulum, Pejabat Pelajaran Daerah Pasir Gudang.

Diminta hadirin dan hadirat berdiri untuk sama-sama menyanyikan lagu Bangsa Johor dan ke Puncak Jaya.

Terima kasih kepada semua hadirin dan hadirat sekalian. Semua dijemput duduk di tempat masing-masing.

Bismillahhir Rahmannir Rahim...

Assalamualaikum wbt, salam sejahtera dan salam 1 Malaysia...

Yang berusaha, Yang Berusaha Encik Nordin bin Rukani, Penyelia Unit Kokurikulum, Pejabat Pelajaran Daerah Pasir Gudang,

Yang berusaha, Tuan Syed Sulaiman bin Syed Ariffin, Guru Besar SK Taman Molek,

Yang dihormati, Puan Rosni binti Gani, Penolong Kanan Kurikulum, Puan Hajah Rokiah binti Mat Isa, Penolang Kanan Kokurikulum, Puan Som binti Koming, Penolong Kanan Petang, Dr Hj Sabri bin Talip, Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru SK Taman Molek, Guru-guru, AJK PIBG, murid-murid serta hadirin sekalian....

Daun layu di tengah gurun,
Nampak jalur pohon cemara,
Tradisi Melayu turun temurun.
Pantun ditutur pembuka bicara.

Sirih pinang di dalam puan,
Buat santapan putera idaman,
Sebagai hidangan puteri rupawan,
Buat cicipan dagang nan maulan,
Selamat datang kami ucapkan,
Buat semua hadirin budiman,
Ke sidang majlis penuh taakulan,
Bersama merapat ukhwah dan taulan.

DUET : Selamat datang ke, Majlis, Hari Anugerah Kokurikulum, SK Taman Molek...
Saya Cik Salmi binti Mohd Sharif dan saya Cik Nur Wahidah binti Jalal akan mengacarakan majlis ini sehingga ke penghujungnya...

Sarung ketupat berisi inti,
Dibawa budak sambil berlari,
Kehadiran semua sangat dihargai,
Moga majlis bertambah seri.

Terlebih dahulu, kami ingin panjatkan rasa syukur, kerana dengan limpah dan kurniaNYA, kita dapat, bersama-sama berhimpun, untuk meraikan kejayaan, anak-anak kita, dalam bidang kokurikulum.

Ribuan terima kasih, diucapkan kepada, Yang Berusaha Encik Nordin bin Rukani, Penyelia Unit Kokurikulum, Pejabat Pelajaran Daerah Pasir Gudang dan semua ibu bapa kerana sudi meluangkan masa ke majlis kami.

Semoga usaha kita dalam memberi sokongan kepada anak-anak dan pihak sekolah sentiasa diberkati Allah.

>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>> 

Hadirin yang dihormati,

Demi memberkati acara dan agenda kita pada hari ini, marilah kita semua, selaku insan kerdil sifat dan upaya, dengan sanubari yang bersih, minda yang jernih, menghimpunkan segala harapan dan hasrat, dengan bait-bait doa serta munajat.

Untuk itu, majlis dengan segala hormatnya mempersilakan Ustaz Ahmad Baihaki bin Zakarni tampil seketika untuk memimpin pembacaan doa pembuka majlis pada pagi ini. Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

 ( DOA )

Aamin, Amin, Ya Robbal ’Aalamiinn..
Semoga pertemuan kita pada pagi ini dipelihara,
Dilimpahkan sepenuh manfaat dan keceriaan,
Menambah tautan kemesraan,
Serta, berpisahnya kita nanti, akan diiringi dengan seribu ketenangan.

Majlis merakamkan setinggi-tinggi ucapan terima kasih, kepada Ustaz Ahmad Baihaki bin Zakarni, atas pimpinan doa sebentar tadi.
Hadirin sekalian,

Majlis pagi ini dimulakan, dengan persembahan Silat Seni Gayung, daripada Persatuan Silat Sekolah. Persembahan silat seni ini dipimpinan  oleh Puan Siti Mustaqimah binti Abd Rahman dan Cik Sharimah binti Yusof.

( PERSEMBAHAN SILAT )

Terima kasih kepada Pasukan Seni Silat Sekolah yang telah membuat persembahan itu tadi.

Pencak silat cantik berseni,
Tersadung kaki langkah tersasar,
Majlis kita takkan berseri,
Tanpa ucapan tuan Guru Besar.

Majlis diteruskan dengan menjemput Yang Berusaha Tuan Syed Sulaiman bin Syed Ariffin, Guru Besar SK Taman Molek untuk menyampaikan ucapan. Dengan segala hormatnya dipersilakan.

( UCAPAN GURU BESAR )

Terima kasih diucapkan kepada Yang Berusaha Tuan Syed Sulaiman bin Syed Ariffin atas ucapan itu tadi.

Tuan-tuan dan puan-puan sekalian,

Kita teruskan lagi acara kita pada pagi ini. Oleh itu, marilah sama-sama kita saksikan,  persembahan Dikir Barat Bahasa Arab daripada kumpulan Auladur Muslimin. Buat pengetahuan semua, kumpulan Auladur Muslimin ini telah menjadi Johan peringkat Daerah dan telah mewakili daerah Pasir Gudang ke peringkat negeri Johor baru-baru ini. Kumpulan Auladur Muslimin ini adalah di bawah pimpinan Ustazah Nurul Izzah binti Merzuki dan Ustazah Raihan binti Jaafar dibantu oleh semua guru JQaf yang lain.

( DIKIR BARAT )

Terima kasih dan ucapan tahniah atas persembahan dikir barat itu tadi.

Tanpa membuang masa, majlis diteruskan dengan mempersilakan Yang Berusaha Encik Nordin bin Rukani, Penyelia Unit Kokurikulum, Daerah Pasir Gudang untuk menyampaikan ucapan seterusnya merasmikan Majlis Hari Anugerah Kokurikulum  SK Taman Molek bagi sesi 2012. Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

( UCAPAN PPD )

Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan, dan ucapan terima kasih, kepada Yang Berusaha Encik Nordin bin Rukani, Penyelia Unit Kokurikulum, Daerah Pasir Gudang atas ucapan dan perasmian itu tadi.

Dengan Bismillah kita mulai,
Alhamdulillah tanda mensyukuri,
Dengan takdir Ilahi Rabbi,
Selesai sudah upacara merasmi.

Hadirin sekalian,

Kami teruskan agenda majlis pagi ini, dengan mempersilakan, pasukan koir tahun 3 dengan lagu I’m 4U dan SKTM Inovatif. Dipersilakan.

( KOIR )

Terima kasih kepada murid-murid tahun 3, yang telah membuat persembahan itu tadi. Kumpulan koir itu, adalah di bawah pimpinan, Puan Rosmazura binti Roslyi, dibantu oleh, Puan Norziana binti Mamat, dan Encik Mohd Fauzee bin Ibrahim.

Hadirin yang dihormati sekalian,

Kecemerlangan yang dicipta, adalah hasil daripada, usaha gigih yang berterusan. Usaha yang tidak mengenal erti jemu, pasti membuahkan kejayaan dan kecemerlangan. Justeru, setiap individu yang berjaya, sepatutnya diberi penghargaan. Dengan adanya penghargaan, ia akan menjadi pencetus semangat seseorang untuk terus berjaya.


Acara yang seterusnya adalah, penyampaian hadiah dan sijil kepada Jawatankuasa Kokurikulum.

Terlebih dahulu majlis menjemput Tuan Syed Sulaiman b Syed Ariffin mengiringi  Yang Berusaha Encik Nordin bin Rukani, Penyelia Unit Kokurikulum, Daerah Pasir Gudang untuk menyampaikannya.


( PENYAMPAIAN HADIAH : RUJUK LAMPIRAN 1 )


Seterusnya anugerah Piala Wira Emas de Molek,  diberikan kepada,                       Mohd Hosaini bin Suacti. Murid ini dinobatkan sebagai murid lelaki terbaik dalam sukan. Antara penglibatan beliau dalam sukan adalah

·         mewakili negeri Johor, dalam permainan Sepak Takraw, pada tahun 2011 dan 2012,
·         mewakili daerah Pasir Gudang, dalam permainan hoki, dan bola tampar

Tahniah diucapkan....

Bagi anugerah Piala Wirawati Emas de Molek,  dijemput penerimanya                      Irda Sari binti Zainuddin. Disebabkan penglibatannya yang aktif dalam bidang sukan, murid ini telah dinobatkan sebagai, murid perempuan terbaik dalam sukan. Antara penglibatan beliau dalam sukan adalah

·         mewakili daerah Pasir Gudang dalam acara olahraga sejak tahun 2010
·         mewakili daerah Pasir Gudang dalam permainan softball
·         mewakili sekolah dalam permainan bola baling dan bola tampar

Tahniah diucapkan...

Kategori murid lelaki terbaik sahsiah dan aktif dalam kokurikulum, dengan ini dijemput, Mohd Aizat bin Abdullah untuk menerima Piala Tun Perak. Murid ini aktif melibatkan diri, dalam aktiviti seni dan budaya. Baru-baru ini pasukan beliau telah mewakili daerah Pasir Gudang ke pertandingan dikir barat Bahasa Arab ke peringkat negeri Johor.

Tahniah diucapkan...

Kategori perempuan terbaik sahsiah dan aktif dalam kokurikulum, dengan ini dijemput Nurul Aqilah binti Muslan untuk menerima Piala Tun Fatimah. Murid ini telah mewakili sekolah ke peringkat daerah Pasir Gudang dalam permainan catur.

Tahniah diucapkan...

Seterusnya diumumkan pula jurulatih terbaik sekolah, untuk itu dijemput                              Encik Mohd Fadeli bin Jaafar untuk menerima anugerah Piala Amar Diraja.

Kategori jurulatih harapan lelaki, Piala Laksamana Bentan dianugerahkan kepada, Encik Mohd Sumardi b Lamat.

Kategori jurulatih harapan perempuan, dijemput Cik Iling Frances Robert untuk menerima Piala Mahsuri.

Pihak majlis berbesar hati, untuk memberikan cenderamata, sebagai tanda penghargaan, dan ucapan terima kasih kepada, Yang Berusaha Encik Nordin bin Rukani, Penyelia Unit Kokurikulum, Daerah Pasir Gudang, kerana telah sudi hadir, dan menyerikan acara, Majlis Hari Anugerah Kokurikulum                 SK Taman Molek bagi sesi 2012.

Dijemput Yang Berusaha Tuan Syed Sulaiman bin Syed Ariffin, Guru Besar SK Taman Molek untuk menyempurnakan acara.

( HADIAH VIP )

Terima kasih diucapkan kepada Yang Berusaha Encik Nordin bin Rukani, Penyelia Unit Kokurikulum, Pejabat Pelajaran Daerah Pasir Gudang atas kesudian menyempurnakan acara penyampaian hadiah sebentar tadi.

>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>> 

Pohon angsana menghias taman,
Daun berguguran disapa angin,
Sumbangan PIBG tidak ketinggalan,
Uniform diberi tandanya prihatin.

Acara diteruskan dengan penyampaian sumbangan uniform kepada murid-murid yang terpilih. Terlebih dahulu dipersilakan Pn Rosni binti Gani mengiringi                    Dr Hj Sabri bin Talip untuk menyempurnakan acara.

( PENYAMPAIAN UNIFORM : LAMPIRAN 2 )
Pihak majlis seterusnya berbesar hati untuk memberikan sedikit tanda mata kenangan sebagai penghargaan kepada Dr Haji Sabri bin Talip.                     Dijemput Puan Rosni binti Gani untuk menyampaikannya.

Terima kasih diucapkan kepada Dr Haji Sabri bin Talip.

Untuk meneruskan majlis, marilah sama-sama, kita saksikan, persembahan pergerakan kreatif. Persembahan ini merupakan, acara pertandingan antara rumah-rumah sukan, yang akan diadili, oleh para juri secara langsung.

Tanpa membuang masa, dijemput pasukan rumah....................untuk membuat persembahan.

Terima kasih atas persembahan itu tadi.
Hadirin sekalian,

Sukacita saya umumkan majlis berhenti rehat sebentar. Dijemput Yang Berusaha Encik Nordin bin Rukani, Penyelia Unit Kokurikulum, Daerah Pasir Gudang diiringi oleh Guru Besar, Pen Kanan 1, Pen Kanan Kokurikulum, Pen Kanan Petang, Yang Di Pertua PIBG, AJK PIBG, dan guru-guru, ke kantin untuk menjamu selera.

Hadirin diminta dapat kembali berkumpul di sini pada jam ..........................

>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>> 

Alhamdulillah, kita dapat berkumpul semula di sini. Kami teruskan agenda majlis pagi ini dengan persembahan pergerakan kreatif daripada rumah sukan .......................

Pergi sekolah di awal pagi,
Melintas jalan berhati-hati,
Penyampaian hadiah diteruskan lagi,
Penerima-penerima sabarlah menanti.

Acara seterusnya, kami umumkan penerima anugerah kehadiran penuh kokurikulum dan skuad pemantau unit uniform 2012.

Dipersilakan Puan Rozilawati binti Mat Ghaza mengiringi Puan Som binti Koming, Penolong Kanan Petang untuk menyampaikan anugerah.

( PENYAMPAIAN HADIAH : LAMPIRAN 3 )

KEHADIRAN PENUH UNIFORM

1-47                 : CIK SALMI BINTI MOHD SHARIF
48- 94              : CIK WAHIDAH BINTI JALAL
95-114, 1-13   : CIK SALMI BINTI MOHD SHARIF

SKUAD PEMANTAU UNIT KOKURIKULUM – CIK WAHIDAH BINTI JALAL

Terima kasih diucapkan kepada Puan Som binti Koming atas kesudian menyempurnakan acara tadi.

Hadirin sekalian,

Kita saksikan pula pergerakan kreatif daripada rumah sukan ............................ diikuti oleh rumah sukan ........................

Terima kasih atas persembahan tadi.

>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>> 

Tuan-tuan dan puan-puan,

Acara diteruskan dengan anugerah kokurikulum kategori uniform lengkap.

Dipersilakan Puan Fazliaton binti mansor mengiringi ........................................................., Penolong Kanan ........................................... untuk menyampaikan anugerah.

( PENYAMPAIAN HADIAH : LAMPIRAN 4 )

·         silat -   Nurwahidah binti Jalal
·         PBSM – Salmi binti Mohd Sharif
·         Pengakap – Nurwahidah binti Jalal
·         Tunas Puteri – Salmi binti Mohd Sharif
·         Puteri Islam – Nurwahidah binti Jalal
·         TKRS – Salmi binti Mohd Sharif

Terima kasih diucapkan kepada ............................................... kerana sudi menyempurnakan acara tadi.

Hadirin sekalian,

Pertandingan pergerakan kreatif diteruskan. Mari sama-sama kita lihat persembahan daripada pasukan rumah .................................. seterusnya pasukan rumah ..............................

Terima kasih atas persembahan pergerakan kreatif itu tadi. Nampaknya persembahan daripada semua rumah sukan telah pun berakhir. Kita akan tunggu dan umumkan keputusannya pada akhir majlis ini nanti.

Sayang kumbang mencari makan,
Terbang seiring di tepi kali,
Terima kasih murid sekalian,
Persembahan kalian menghiburkan kami.

Melati kuntum berhias rotan,
Tumbuh melata di tepi kali,
Anugerah Kokurikulum kita diteruskan,
Anugerah khas kita beri...

Dengan ini, acara majlis diteruskan dengan penyampaian anugerah khas. Sebelum itu dijemput, Puan Hjh Rokiah binti Mat Isa, Pen Kanan Kokurikulum mengiringi Tuan Syed Sulaiman bin Syed Ariffin untuk menyampaikan hadiah.

>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>> 

Anugerah Guru Beruniform Penuh, dipersilakan....

( PENYAMPAIAN HADIAH : LAMPIRAN 5 )


Seterusnya,

Penghargaan Komander Kawat Kaki, dipersilakan :

( PENYAMPAIAN HADIAH : LAMPIRAN 6 )

Anugerah Komander Terbaik, dipersilakan :

Cik Azrin Fazura binti Abd Aziz

Penghargaan jurulatih pasukan sekolah

( PENYAMPAIAN HADIAH : LAMPIRAN 7 )

Kategori pasukan terbaik sukan, dianugerahkan kepada , sukan olahraga.

Untuk itu, dijemput En Muhammad Hazizie bin Mohd Zain untuk menerima hadiah.

Penghargaan jurulatih senamrobik

( PENYAMPAIAN HADIAH : LAMPIRAN 8 )

Anugerah papan kenyataan paling kreatif

Unit Uniform : Persatuan Bulan Sabit Merah

Kelab Permainan : Kelab Sepak Takraw

Persatuan : Agama Islam

Anugerah Fail Terbaik
Persatuan Puteri Islam

Anugerah blogger paling aktif
Cik Salmi binti Mohd Sharif

Anugerah Catatan Terbaik di Facebook
En Mohd Rizam bin Sarbini
En Mohd Salimi bin Baharudin

Anugerah guru paling aktif
Puan Rosmazura binti Mohd Roslyi
Anugerah perhimpunan bulanan terbaik disandang oleh unit uniform Silat Seni. dijemput Puan Siti Mustaqimah binti Abd Rahman dan ....................................................
untuk menerima hadiah.

Cenderamata kepada hakim pertandingan pergerakan kreatif. Dipersilakan,
1
DUET

Keputusan pemenang, pertandingan pergerakan kreatif, telah ada di tangan kami. Diumumkan,

Saguhati dipersilakan .....................
Tempat ketiga dipersilakan ........................
Naib Johan jatuh kepada  ............................
Johan pertandingan pergerakan kreatif, sempena Hari Anugerah Kokurikulum 2012, disandang oleh, rumah sukan .........................................................

Sebelum mengakhiri majlis ini, saya bagi pihak majlis menjemput Tuan Syed Sulaiman bin Syed Ariffin untuk membuat cabutan bertuah antara kelas. Diminta tuan membuat 2 cabutan.

Cabutan bertuah yang pertama, dipersilakan kelas ....................
Cabutan bertuah yang kedua, dipersilakan kelas ....................

Sebagai tanda terima kasih, majlis mempersilakan Puan Hajah Rokiah binti Mat Isa, Pen Kanan Kokurikulum untuk menyampaikan cenderamata kepada Tuan Syed Sulaiman bin Ariffin, Guru Besar SK Taman Molek.

Terima kasih diucapkan kepada Tuan Syed Sulaiman bin Ariffin, Guru Besar                       SK Taman Molek atas kesudian tuan menyampaikan sijil dan hadiah dalam majlis yang gilang gemilang ini.

Tahniah diucapkan kepada barisan penerima hadiah. Semoga penghargaan yang diterima pada hari ini menjadi dorongan dan sokongan kepada guru-guru dan murid-murid untuk mengejar, meningkatkan, serta mengekalkan prestasi yang cemerlang dalam bidang kokurikulum.

Hadirin sekalian,

Kata  orang  lama, 

Kok berkayuh dah sampai ke muara,
Kok berenang dah sampai ke tepian,
Kok berlari dah sampai ke garisan
Kok berjalan dah sampai ke penghujung

Hari Anugerah Kokurikulum SK Taman Molek sesi 2012 hampir sampai ke penghujungnya.

Ucapan terima kasih yang tidak terhingga saya ucapkan kepada semua warga kerja yang terlibat dalam menjayakan majlis ini. Bagi pihak ahli jawatankuasa pengelola dan seluruh warga SK Taman Molek, saya menyusun jari sepuluh memohon kemaafan jika terdapat sebarang kesilapan dan keterlanjuran kata sepanjang majlis ini berlangsung.

Ucapan salam pengakhir kata
Segala yang ada dikongsi bersama
Apa yang kurang maaf dipinta
Sudilah berkunjung di lain masa.

Tuan puteri pergi ke Rasah
Pulang semula sebelah pagi
Kita bertemu akhirnya berpisah
Diizin Tuhan bersua lagi

Diminta semua hadirin berdiri untuk sama-sama menyanyikan lagu Negaraku.

Sekian, terima kasih...
  

Aktiviti Selepas UPSR ( siri 5 : 2012 )

Hari ini aku baru sempat nak kongsikan aktiviti ke-5 program selepas UPSR untuk murid tahun 6. Kali ini adalah giliran Panitia Kemahiran Hidup.





Memandangkan cikgu-cikgu Kemahiran Hidup keluar ke aktivti rombongan ke Terengganu, maka aku dengan sukarela membantu guru KH yang ada. Itu pun seorang je yang tinggal. Huhuhu.....

Sebenarnya aku tidak ajarkan lagi subjek KH ni biarpun ia adalah opsyen kedua aku. Namun, minat aku terhadap KH masih tinggi. 

So, aktiviti Kemahiran Hidup kali ini adalah memasang kotak pensil kayu, bagi murid lelaki. Murid perempuan pula diminta menjahit pundi kacang. Jom, saksikan rakaman gambar mereka.

Rakan-rakan lain, jika sudi di minta dapat kongsikan aktiviti dan program selepas UPSR di sekolah kalian. Sekurang-kurangnya, dapatlah kita bertukar-tukar idea.